Monday, December 15, 2008

*Hulurkan Salam, Maniskan Senyuman..


SUNAT BERJABAT TANGAN KETIKA MEMBERI SALAM

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Ucapan Salam dan Ukhuwah Islamiah..



Saban hari, amalan memberi salam semakin kurang mendapat perhatian dikalangan masyarakat Islam di negara ini.. Adapun daripada kalangan kita hanya melebarkan jaluran salam kepada mereka yang kita kenal sahaja..

Lebih malang lagi ada yang memandang remeh perkara ini.. Padahal, amalan memberi salam inilah muqaddimah ta'aruf yang diajar oleh islam untuk umatnya merapatkan jurang persaudaraan sesama Islam..

Kerana sesungguhnya Rasulallah s.a.w telah mengisytiharkan bahawa orang muslim itu bersaudara dan dijelaskankan oleh Allah s.w.t menerusi firmanNya di dalam Surah Hujaraat ayat ke-10 "Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.."


INDAHNYA PERSAUDARAAN ISLAM ITU

Sabda Rasulallah s.a.w..

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulallah s.a.w bersabda "Orang yang berkerendaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, Orang yang berdiri kepada yang duduk, Kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai dan orang yang muda kepada yang tua.."


Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Memberi salam dan berjabat tangan sesama orang yang beriman ketika bersua muka merupakan satu amalan yang amat digalakkan oleh Allah s.w.t bagi mengeratkan hubungan silaturahim.. Rasulallah s.a.w sendiri pernah menegur salah seorang sahabat yang datang menemui Baginda s.a.w tanpa menghulurkan salam..

Daripada Kaldah Bin Hanbal r.a katanya "Saya mengunjungi Nabi s.a.w tanpa memberi salam.. Nabi s.a.w berkata Keluarlah dan ucapkanlah "Assalamualaikum".. Kemudiannya ketalah "Boleh saya masuk.."..

Menurut Para Ulama r.hum sunat berjabat tangan selepas memberi salam.. Kerana antara hikmah yang dapat diperoleh seperti dapat mengeratkan lagi Tali Silaturahim, dapat menambah kemesraan bersama dan mendapat keampunan Allah s.w.t.. Namun perlu difahami dan diingatkan berjabat tangan antara muslimin dan muslimat yang bukan mahram adalah Haram..

Muslimin dan Muslimat,

Ulama' menetapkan bahawa hukum memberi salam adalah sunat muakkad yakni sunat yang dituntut dan menjawab salam itu adalah wajib.. Ini disandarkan pada firman Allah s.w.t di dalam Surah An Nisa' ayat 86 "Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa)[Penghormatan dalam Islam ialah: dengan mengucapkan Assalamu'alaikum]. Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu."

Memberi salam sunat dilakukan dalam keadaan seperti ketika masuk ke dalam sesuatu majlis, ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis dan ketika hendak memulakan sesuatu ucapan.. Namun perlu diingatkan, kerana sering dilakukan oleh masyarakat meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya Makhruh memberi salam kepada mereka yang sedang berada di dalam majlis ilmu, memberi salam kepada mereka yang sedang membaca Al Quran, memberi salam kepada mereka yang sedang solat, kepada mereka yang sedang makan dan minum, kepada mereka sedang membuang air, kepada mereka yang sedang azan dan iqamah, kepada mereka yang fasiq dan kepada perempuan yang boleh menimbulkan fitnah..

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati,

Sebagai akhirnya, marilah kita bersama berazam untuk berubah kepada seseorang yang suka menyebarkan salam di muka bumi Allah s.w.t ini.. Semarakkanlah kembali kalimah Salam bermula daripada dalam diri kita.. Kemudiannya biarlah cahaya keindahannya menyinari masyarakat atau jemaah islamiah ini.. Supaya sebagai akhirnya kita dapat mewujudkan satu kondisi solehah di persekitaran kita.. Kerana Ukhuwah Islamiah itu merupakan antara asas yang amat penting untuk membangunkan kembali daulah Islamiah yang telah pupus.. Semoga kita diampunkan daripada dosa-dosa dab semoga Inayah dan Hidayah Allah s.w.t menyinari kehidupan kita.. InsyAllah.. Sekian, terima kasih..





Sekian, Terima kasih..

Al Fakir Ila Allah..

1 comment:

mujahid4869 said...

:)
indah islam kerana perkara pertama pesanan nabi saw tika di awal penghijrahan d madinah
sampaikn 'salam'
ukhwah fillah abadan abada

Dengan Nama Allah s.w.t..