Sunday, November 16, 2008

*Bahaya Jahil Dalam Agama Bahagian 2..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Sedar ataupun tidak.. Sebenarnya, komuniti islam semakin hari semakin diserapi,ditindas dan dijajah pemikirannya.. Ramai dikalangan kita lebih terikat serta sering berpaksikan pemikiran dan ideologi tokoh-tokoh ilmuan barat daripada berpandukan tokoh ilmuan Islam Saidina Muhammad Ibnu Abdullah s.a.w, Para Sahabat r.hum dan Para Ulama' r.hum..

Senario ini benar-benar menunjukkan kebanaran lisan Saidina Muhammad Rasulallah s.a.w berkaitan perlaku kesilapan Umat Islam di akhir zaman.. Mereka mengikuti langkah-langkah Yahudi dan Nasrani..

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi s.a.w. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka";- (Riwayat Muslim)

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,

Ketahuilah, di zaman selepas berakhirnya tertegaknya khilafah Islamiah ini.. Umat islam saban hari semakin jauh dengan kehidupan sebenar.. Kehidupan umat islam telah direncana dengan halusnya supaya dijauhkan kita dengan perjalanan Sirah Rasulallah s.a.w.. Yahudi dan Nasrani, mengatahui kehebatan islam sekiranya mereka melemahkan kita dengan kekuatan ketenteraan.. Kerana itulah mereka menggunakan serangan pemikiran dan kehidupan sosial untuk mendodoi umat islam supaya lena daripada seruan jihad menegakkan kalimah Allah s.w.t..

Lihat sahaja generasi pelapis muda islam sekarang.. Berapa ramaikah di antara umat kita yang dapat menyerupai ketokohan Saidina Ali K.w.j.. Sanggup mengorbankan nyawa demi agama.. Begitu juga Abdullah Ibnu Umar r.a.. Di kala awal usinya 15 tahun.. Berkobar-kobar semangat jihadnya.. Mengapakah hilangnya ketokohan di kalangan generasi muda ? Mengapakah lenyapnya semangat menegakkan kalimah Allah s.w.t di kalangan mereka?.

Cuba fikirkan diri kita sendiri.. Tanya pada diri kita.. Sekiranya kita diseru untuk berjihad ke medan peperangan.. Sekiranya kita diarah untuk gugur di medan pertemputan.. Mampukah kita melakukannya.. Mampukah kita melaksakannya?.. Jawapannya ramai di antara kita keberatan untuk melakukannya.. Sedangkan ianya amat dikasihi oleh Allah s.w.t.. Tanya pada diri.. Bagaimana kita ingin berjihad dan menentang kekufuran?. Sekiranya virus cinta dunia dan takut mati itu telah menyerang kita.. Kita telah sakit menghidap penyakit "Wahn" yang telah disebarkan oleh yahudi dan nasrani..

Ramai generasi umat Islam hari ini telah luntur semangat jihad dan pengorbanan dalam diri.. Hilang perasaan di jiwa mereka untuk menuntuk ilmu pengatahuan samada Ilmu fardhu Ain dan fardhu kifayah.. Natijahnya kini, muncullah generasi yang jahil dalam agama.. Lahir golongan yang telah diresapi virus 5S (sex, sport, screen, smoke, song) menjadikan mereka lebih bersemangat untuk berfoya-foya dan memuaskan nafsu mereka.. Mereka lebih suka bercouple, bersorak dan bersuka ria.. Semuanya kerana kejahilan di dalam agama.. Sedangkan banyak lagi bidang cabang ilmu yang perlu diterokai dan dipelopori..

Cuba tanya diri anda.. Berapa banyak lagu yang anda hafal berbanding Ayat-ayat Quran?.. Tanyakan pada diri anda.. Apa persepsi anda terhadap kematian?.. Apa yang anda faham tentang rukun Iman, Islam dan Ihsan.. Bandingkan bilangan tokoh Ulama yang anda ketahui dan Berapa pula artis kesayangan anda yang anda ketahui.. Mari kita mhasabah diri sendiri untuk mengelak diri kita terus tergolong dalam kalangan jahiliah dalam agama..




Muslimin dan Muslimat,

Apa yang lebih malang lagi.. Ramai generasi muda yang menginginkan ke arah ke agamaan.. Tapi, malangnya mereka lebih terjerumus dan di belenggu perkara furuk dan khilaf dalam agama.. Menyebabkan semakin sempit pandangan masyarakat tentang islam.. Mereka asyik membicakan masalah seperti talkin, bacaan Yassin dan Majlis Maulid Nabi s.a.w.. Sedangkan banyak lagi permasalahan umat yang lebih berat tidak dibincangkan.. Banyak perkara yang telah jelas halal dan haramnya tidak dibahas dan disebarkan.. Menyebabkan ramai kita pada hari ini melakukan dosa tanpa sedar.. Semua ini telah dirangka oleh yahudi dan nasrani untuk memperlaga-lagakan umat islam.. Sedangkan Rasulallah s.a.w telah menasihatkan bahawa "Khilaf di antara umatku adalah satu rahmat.." Semua ini berlaku kerana kejahilan kita dalam agama..



Muslimin dan Muslimat,


Saya cuba mengecilkan skop perbincangan ini ke arah pelajar universiti.. Antara kesan kejahilan dalam agama.. Sekiranya kita melihat Sirah Nubuwwah dan Para Sahabat r.hum.. Mereka menjadikan muzakarah ilmu sebagai satu rutin harian mereka.. Mereka sering membicarakan berkaitan permasalahan umat.. Tetapi, cuba kita lihat persekitaran kampus kita.. Yang menjadi topik perbualan dan perbincangan antara kita menfokuskan filem, permainan video, couple dan perkara remeh serta memualkan.. Yang lebih menyedihkan sanggup bergaduh hanya kerana seorang wanita.. Ada juga menjadikan alasan mengulang kaji pelajaran untuk duduk berduaan di kafe.. Fikiran mereka telah tersemat kewajiban untuk bercouple sebagai sebahagian kehidupan di alam pemuda.. Cuba lihat pula pemakaian kita.. Semuanya telah dirangka untuk berbentangan dengan syara'.. Semua kita telah dipengaruhi oleh yahudi dan nasrani yang merangka dengan baiknya..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Kenapa masih kita terus menerus mencorengkan karat pada hati.. Ketahuilah, ramai daripada kita telah berkarat hatinya sehinggakan hanya menilai kenikmatan atau kejayaan seseorang itu hanya pada sijilnya, pada nilaian zahirnya dan pangkat semata.. Ramai di kalangan kita terus berpaksikan pemikiran barat dalam menganalisa kehidupan.. Kerana itulah, kita akan memperoleh jawapan yang menjurus ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.. Dan inilah BAHAYA JAHIL DALAM AGAMA..

Sebagai akhirnya, ingatlah peringatan Allah s.w.t kepada semua hambanya yang beriman.. di dalam Surat Al Baqarah ayat 120.. "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. "..
Kerana itulah, sejak dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w permusuhan kuffar dengan umat islam tidak akan padam sehingga hadirnya qiamat.. Maka, janganlah terus menggolongkan diri dalam golongan jahil dalam agama.. Carilah Ustaz ataupun Tuan Guru yang mursyid untuk mendalami agama.. Jangan hanya mentelaah buku mahupun internet semata.. Kerana ianya boleh membawa kepada kesesatan yang nyata..

Sekian, Terima kasih..

Al Faqir Ila Allah..

Bersambung.....

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..