Thursday, November 13, 2008
*Bahaya kejahilan dalam Agama..
Aktiviti USRAH ATAUPUN AKRAB ANTARA WADAH MEMAHAMI AGAMA..
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Sendi-sendi Ilmu dalam Islam dan kepentingannya..
Keimanan kepada Allah s.w.t merupakan asas pegangan yang wajib kepada mereka yang mengakui menyusuri perjalanan Cahaya Jalan Yang Lurus yakni Jalan Saidina Muhammad Ibnu Abdullah s.a.w.. Semua perkara berkaitan dengan keimanan semuaya telah dirangkum oleh Para Ulama’ r.hum dalam bidang keilmuan Usuluddin..
Perkara yang juga menjadi kewajiban ke atas semua mukallaf adalah mempelajari ilmu berkaitan hukum hakam ataupun lebih dikenali sebagai Ilmu Fiqh.. Ianya mempunyai hubungan yang sangat kukuh dengan keimanan kepada Allah s.w.t dan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan asas-asas yang dirangkum di dalam Ilmu Usuluddin..
Kedua-dua elemen dilengkapkan dengan sendi agama ketiga iaitu Ilmu Tasawwuf.. Imam al Syazuli r.a berkata " Tasawwuf ialah melatih nafsu ke arah pengabdian kepada Allah s.w.t dan mengembalikan nafsu di bawah hukum hakamNya.." Kata Imam Malik bin Anas r.a “Sesiapa yang belajar tasawwuf tetapi tidak mempelajari ilmu Feqah, maka dia adalah zindiq iaitu tidak mempercayai Tuhan.. Sesiapa yang belajar ilmu Feqah tetapi tidak belajar ilmu Tasawwuf maka dia adalah fasiq, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya maka dia adalah ahli hakikat.. (yang mengumpulkan syariat, tariqat dan hakikat..”
Muslimin dan Muslimat yang dikasihi sekelian,
Antara sebab tunjang utama pentingnya untuk kita mempelajari dan memahami kesemua cabang ilmu dalam islam bertujuan untuk mengelakkan diri terjerumus ke lembah kemungkaran Allah s.w.t.. Kerana manusia yang jahil mudah sekali terjerumus dengan kemurkaan Allah s.w.t.. Ramai masyarakat islam hari merasakan meraka telah melaksanakan tuntutan agama.. Namun, hakikatnya mereka sebenarnya semakin jauh daripada kehendak agama.. Seorang islam yang fasik dan terus menerus melakukan dosa dalam keaddan dia tidak tahu bahawa dosanya.. Semuanya kerana kejahilan dirinya dalam agama..
Saya cuba mengambil contoh yang berlaku di dalam kampus saya sendiri.. Saya sering melihat berapa ramai muslimat yang pergi menunaikan solat di Masjid.. Tapi, dalam keadaan seperti mana sabdaan Rasulallah s.a.w akan lahir zaman di mana wanita berpakaian tetapi bertelanjang..
Sabda Rasulallah s.a.w "Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya";- (Riwayat Muslim).
Begitu juga sahabat muslimin.. Bagaimana mereka yang indah berbaju melayu menunaikan solat di masjid.. Tetapi, tidak menutup aurat ketika beriadah.. Sedangkan tuntutan menutup aurat itu meliputi keseluruhan waktu.. Maka, mengikut Ulama Tasawwuf tertolak solatnya kerana solatnya tidak mencegah perkara keji dan mungkar.. Walau pada pandangan Ulama Fiqh bahawa diterima solatnya.. Namun, dalam keadaan rendah darjat solatnya..
Selain itu, ramai yang menyangka dan mengatahui.. Pelaksanaan islam itu hanya meliputi ibadah khusus seperti solat, zakat dan puasa.. Islam hanya dialusi untuk hal-hal perkahwinan dan yang berkaitan kematian.. Walhal, islam itu merupakan Ad deen yang meliputi semua aspek kehidupan.. Dan semua ini berlaku kerana jahilnya kita dalam agama..
Sebanarnya apabila kita yang terjun ke bidang kejuruteraan ini.. Telah kita memegang satu kewajiban iaitu fardhu Ain kepada kita untuk berjihad di bidang kejuruteraan..
Firman Allah s.w.t di dalam Surah At Taubah ayat 122..
“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.”
Sedar atau tidak, sebenarnya kita membawa amanah agama ketika ini dalam bidang kejuruteraan.. Dan barangsiapa di antara kita yang menunjukkan imej buruk kepada dirinya.. Sebenarnya dia telah membawa fitnah kepada agama islam dalam keadaan dia tidak sedar.. Dan tergolong mereka di dalam golongan yang mendustakan agama..
Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,
Ingatlah akan amaran Allah s.w.t di dalam Al Q uran menerusi Surah Al ‘Araaf ayat 38 hingga 40..
“Allah berfirman: "Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu. Setiap suatu umat masuk (ke dalam neraka), dia mengutuk kawannya (menyesatkannya); sehingga apabila mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian[538] di antara mereka kepada orang-orang yang masuk terdahulu[539]: "Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka siksaan yang berlipat ganda dari neraka." Allah berfirman: "Masing-masing mendapat (siksaan) yang berlipat ganda, akan tetapi kamu tidak mengetahui.”
“Dan berkata orang-orang yang masuk terdahulu di antara mereka kepada orang-orang yang masuk kemudian: "Kamu tidak mempunyai kelebihan sedikitpun atas kami, maka rasakanlah siksaan karena perbuatan yang telah kamu lakukan."
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit (Ertinya: doa dan amal mereka tidak diterima oleh Allah. ) dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum (Ertinya: mereka tidak mungkin masuk surga sebagaimana tidak mungkin masuknya unta ke lubang jarum.) Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.”
Sesungguhnya neraka Allah s.w.t amat dahsyat dan menggerunkan.. Maka, mengapa kita semua mahu mencabar keadilan dan kekuasaan Allah s.w.t sedangkan kita merupakan makhluk ciptaannya?.. Mengapa kita semuanya tidak mengikut apa yang diperintah dan dilarang Allah s.w.t sedangkan kita tahu akan pasti saat kematian kita?
Atau sebenarnya apakah kita sebenarnya mempercayai Allah s.w.t, Malaikat, kitab Allah s.w.t, Para Rasul, Hari Kiamat dan Qada’ Qadar.. Cuba selidik kembali, Benarkah kita benar-benar menyakini kalimat syahadah kita.. Maka, tanyalah imam kita sendiri.. BAHAYANYA KEJAHILAN DALAM AGAMA kerana ianya boleh menjerumuskan kearah kemurkaan Allah s.w.t..
Sekian, Terima Kasih..
Al Faqir Ila Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment