Monday, January 12, 2009
*MPP Siapa Sewajibnya dipilih?..
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Kewajiban Mengangkat Pemimpin Adil..
Segala puji bagi Allah s.w.t telah meninggikan darjat Saidina Muhammad s.a.w sebagai Pemimpin Agung Ummah Islam sepanjang zaman.. Baginda s.a.w merupakan suri tauladan kepada semua pemimpin di alam ini.. Ketokohannya, sifat peribadi dan semua yang diterangkan oleh Allah s.w.t melalui kekasihNya s.a.w merupakan contoh yang wajib diikuti oleh setiap muslim..
Firman Allah s.w.t dalam Surah An Nisaa’ ayat 59.. “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin) di antara kamu (yang beriman)..”
Allah s.w.t memerintah agar semua hambaNya untuk mentaati Pemimpin yang beriman kepada Allah s.w.t.. Kewajiban ini meliputi kepada semua perkara dalam kehidupan manusia dan ianya terhenti dalam perkara maksiat dan mungkar..
Ayat ini juga menunjukkan bahawasanya hanyalah pemimpin beriman yang adil wajib diangkat dan dipilih untuk mengetuai institusi-intitusi kenegaraan mahupun organisasi seperti universiti.. Tidak boleh mengangkat mereka yang fasiq sebagai pemimpin kerana tiada ketaatan kepada perkara keji dan mungkar..
Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,
Setiap suatu organisasi itu wajib mempunyai pemimpinnya.. Kerana itulah Rasulallah s.a.w menyeru agar semua kaum Muslimin hendaklah member taat setia kepada sebuah jemaah atau komuniti berserta dengan kepimpinannya. Setiap pemimpin itu diangkat di dalam sesuatu organisasi melalui mesyuarat (Syura) ataupun demokrasi (Undian Suara ramai) ..
Sekiranya dikecilkan skop kepimpinanan kepada sebuah organisasi universiti.. Maka, pemimpin daripada kalangan pelajar merupakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).. Pemilihan MPP merupakan kefardhuan kepada semua Warga Kampus.. Setiap Muslim wajib memilih MPP untuk menaungi mereka.. MPP yang dipilih bukan sahaja bertanggungjawab mengatur kehidupan keduniaan sahaja.. Tetapi, MPP ini wajib mengatur kehidupan masyarakatnya ke arah ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Kerana itulah Allah s.w.t menfardhuan ketaatan kepada pemimpin dalam perkara yang dibenarkan Islam..
Muslimin dan Muslimat,
Persoalannya.. Apakah keperluan yang perlu ada sebagai seorang MPP?.. Kerana seperti yang sedia maklum MPP merupakan pemimpin kepada warga kampus.. Mentaati MPP dalam perkara makruf adalah wajib kepada semua masyarakat kampus.. Bagaimana untuk kita mengatahui samada MPP itu wajib ditaati ataupun tidak?.. Kerana ketaatan kepada pemimpin atau MPP hanyalah kepada mereka yang beramal dengan Islam.. Bagaimanakah pula langkah terbaik untuk menentukan siapa sewajibnya diangkat sebagai MPP?.. Apakah memilih MPP dengan hanya melihat jantina, keturunan dan bangsanya sahaja atau melihat pencapaian akademiknya semata?..
Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,
Tunjang utama seseorang MPP ialah mereka bertakwa kepada Allah s.w.t..
Ketaatan kepada perintah Allah s.w.t akan menjadi pemacu kepimpinannya.. Keadilan menjadi teras kepimpinannya.. Seseorang MPP yang dipilih sentiasa memikirkan caru untuk memakmurkan Ummah yakni warga kampusnya dunia dan akhirat..
Bukan hanya Kecermelangan akademik semata.. Urusan ukhrawi Ummah yakni warga kampus diutamakan.. Visi dan Misinya untuk meletakkan kebajikan masyarakat pimpinannya terbela jauh daripada sebarang maksiat dan kemungkaran.. Dia tidak melihat hanya setakat hari ini, esok ataupun sepanjang sidang kepimpinannya.. Tetapi, dia melihat jauh kehadapan iaitu Hari Kebangkitan Manusia, Hari Qiamat.. Dalam apa juga akitiviti ataupun program yang dianjurkan batasan Islam dijaga.. Aurat dilindunginya dan pergaulan dibataskan..
MPP yang dipilih ini sewajibnya amat mengasihi dan menyanyangi warga kampus.. Bukan hanya ketika pemilihan MPP sehaja.. Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya.. Dia bukan hipokrik yang hanya hadir ketika meraih undi.. Bukannya dia sebagai MPP menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana pihak yang cuba memanipulasi tempat perwakilannya.. MPP yang adil mengutamakan amanah yang dipikul ..
Kerana MPP ini tahu akan Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Maidah ayah 1 “Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad (perjanjian yang dibuat dengan Allah s.w.t serta perjanjian sesame manusia) itu”
Muslimin dan Muslimat,
Sebagai akhirnya, Firman Allah s.w.t dalam Surah Hujuraat ayat 13 “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. “
Sesungguhnya MPP yang wajib diangkat oleh warga kampus terutamanya Ummah Islam merupakan mereka yang paling mulia di sisi Allah s.w.t.. Mereka itulah mereka yang bertakwa kepada Allah s.w.t.. Mengajak kepada kebaikan dan menegah akan kemungkaran.. Tidak kira apa bangsanya Melayu, Cina mahupun India.. Lelaki ataupun perempuan.. Beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t merupakan ciri utama seorang MPP.. Zalim kepada warga kampus terutamanya warga kampus mengankat mereka yang fasiq dan tidak menggunakan Islam sebagai dasar sebagai tunjang kepimpinannya..
Sekian, Terima Kasih..
Al Faqir Ila Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hmm.. nice point but Malaysia is made from different ethics, ppl from different colors... background..
too extreme on certain idea will bring rejection from non-muslim ppl...
consider others ppl still is the priority for me...
Post a Comment