Wednesday, January 21, 2009

*Akidah Muslimin..




Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Soalan dan Jawapan Akidah Islamiah..

>Apakah dimaksudkan dengan Fardhu ‘Ain daripada Ilmu agama?.

Setiap Mukallaf wajib mengatahui kadar seharusnya diketahui dari perkara aqidah, bersuci, solat, puasa, zakat bagi yang wajib mengeluarkannya dan haji bagi yang berkemampuan.. Begitu juga, semestinya dia mengatahui tentang maksiat-maksiat yang dilakukan oleh hati, tangan, mata dan selainnya..

Firman Allah s.w.t Surah Al Zumar ayat 9 “Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"

Sabda Rasulallah s.a.w menerusi hadith riwayat al Baihaqi “Menuntut ilmu itu adalah satu kefardhuan bagi setiap Muslim”
..

>Apakah Hikmah di sebalik kejadian jin dan manusia?..

Hikmahnya supaya Allah s.w.t memerintah mereka menyembahNya..

Firman Allah s.w.t Surah Al Zaariyaat ayat 56.. “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu”..

Sabda Rasulallah s.a.w riwayat Bukhari dan Muslim “Hak Allah s.w.t wajib ditunaikan oleh para hambanya ialah menyembahNya dan tidak menyengutukanNya dengan sesuatu”..




>Bagaimanakah caranya supaya ibadah diterima?..

Ibadah kepada Allah s.w.t diterima bagi mereka yang beri’tiqad bahawa Allah s.w.t itu wujud, tidak menyerupakanNya dengan sesuatu dari kalangan makhlukNya..

Firman Allah s.w.t Surah Al Syuura ayat 11 “Tiada sesuatupun yang sebanding dengan(ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya)..

Rasulallah s.a.w menjelaskan “Tidak boleh memikirkan tentang Zat Tuhan..” riwayat Abu al Qasim al Ansori..


Al Ghazali r.a berkata “ TIada sah sesuatu ibadah melainkan setelah mengenali Tuhan yang disembah”..

>Kenapakah Allah s.w.t mengutuskan para Rasul?..

Allah s.w.t mengutuskan para Rasul untuk mengajar dan mendidik manusia tentang kemaslahatan agama dan dunia mereka.. Begitu juga untuk menyeru manusia unyuk menyembah Allah s.w.t dan tidak menyekutukanNYa dengan sesuatu..

Firman Allah s.w.t Surah Al Baqarah ayat 213 “maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata,”

Rasulallah s.a.w bersabda “Yang paling afdhal diucapkan olehku dan Nabi-nabi sebelumku ialah Tiada Tuhan Melainkan Allah s.w.t”.. Diriwayatkan oleh al Bukhari r.a..

Bersambung...


Pimpinan Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki r.a..
Ahli Jawatankuasa Mufti Kerajaan Negeri Sembilan..
Diperakui oleh Fakulti Usuluddin Universiti Al Azhar, Mesir..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..