Saturday, January 17, 2009

*Ummah Islam dan Tekanan..


Kuatkanlah Tautan Kepada Allah s.w.t..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Ummah dan Islam..

Segala puji bagi Allah s.w.t yang sentiasa menguji setiap hambanya untuk menyingkap kekuatan keimanan mereka.. Semua mehnah dan tribulasi yang dihadapi kini.. Terutamanya Ummah Islam Palestin adalah sebagai pentas untuk seluruh Ummah Islam melihat, memahami dan mentafsir.. Bagaimana keadaannya sekiranya kehidupan Ummah Islam apabila tidak lagi selari dengan petunjuk Cahaya Jalan Yang Lurus.. Saidina Muhammad Rasulallah s.a.w?..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,



Pergolakan di Asia Barat bukanlah perkara yang berlaku secara spontan.. Konspirasi perang ini telah diatur berzaman lamanya kerana dendam kesumat yahudi Laknatullah.. Sejak daripada Zaman Mulia Saidina Muhammad Rasulallah s.a.w lagi, Yahudi di Madinah telah menyimpan dendam terhadap Islam..

Firman Allah s.w.t menerusi Surah Al baqarah ayat 120.. “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu..”

Sejarah silam menunjukkan Ummah Islam tidak pernah sunyi daripada kisah hitam.. Pencerobohan tentera Monggol dan Tartar terhadap Baghdad.. Penyembelihan Ummat Islam Andalusia.. Termasuklah pencerobohan yahudi Laknatullah di bumi Palestin sejak 1948..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Kronologi serangan yang dihadapi Ummah Islam menunjukkan strategi jangka panjang musuh Islam.. Kesepaduan musuh Islam digerakkan dalam ketumbukan yang padu.. Rangkaian serangan mereka sebenarnya bukan hanya tertumpu di bumi Palestin.. Tetapi, dirangka dengan strategik untuk melemahkan Ummah Islam di seluruh dunia..

Kecanggihan sains dan teknologi dimanipulasi sepenuhnya untuk melemahkan Islam.. Media cetak, media elektronik, sukan, nyanyian, penyiaran, peragaan, perfileman, system kewangan konvensianal semuanya dipimpin oleh orang yang bukan Islam.. Maka, mudahlah untuk mereka meresapkan perancangan jahat untuk meruntuhkan jati diri Ummah Islam sehingga lupa akan perancangan halus musuh Islam..

Mendiami bumi bertuah ini, sememangnya kita tidak merasai suasana seperti berlaku di Gaza.. Kita tidak diserang dengan bom kimia dan sebagainya.. Tetapi, serangan saraf yang lebih halus dalam bentuk pemikiran telah kita rasai.. Buktinya, lihat muda-mudi kita hari ini.. Berapa ramai yang tidak meninati masjid?.. Berapa ramai muda mudi tidak lagi menghadiri majlis ilmu?.. Berapa ramai muda mudi yang lemas dalam hiburan?.. Ramai yang tidak mengindahkan ibu bapa.. Nikmat Iman, Islam dan Ihsan.. Berapa ramai yang merasa bertuah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.. Betapa ramai muda mudi kita telah rosak kerana hiburan yang melampau..

Serangan pemikiran ini lebih berbahaya sebenarnya berbanding fizikal kerana kesan kerosakkannya lebih dahsyat.. Apabila minda dan pemikiran Ummah telah dilalaikan dan mudahnya untuk musuh Islam menjadikan Ummah Islam umpama binatang ternakan yang boleh dicucuk hidungnya dengan tali kuffar.. Di heret kemana mengikut tuannya.. Ketika itu, pergantungan Ummah kepada musuh Islam lebih kuat sehinggakan keyakinan kepada Allah s.w.t semakin pudar..

Muslimin dan Muslimat..

Justeru, keperluan yang perlu kita lengkapi untuk menangani permasalahan ini antaranya ialah mewujudkan kesedaran terhadap peri pentingnya ilmu agama.. Kecintaan kepada Islam hanya dapat dirasai kepada mereka yang mengenal Islam.. Keindahannya hanya dpat diperolehi dengan Ilmu.. Ibadah yang digariskan dalam Islam memerlukan titik mula iaitu belajar.. Bukan hanya taqlid semata atau tiru meniru perbuatan orang lain tanpa mengatahui asasnya..

Budaya cintakan Ilmu perlu disemai di dalam diri.. Pesanan Nabi Muhammad s.a.w “Jadilah kamu orang yang ‘alim, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar majlis Ilmu, atau orang yang suka majlis Ilmu dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima, maka binasalah kamu..”


Kedua, kembalikanlah kekuatan Ukhwah Islamiyyah.. Inilah factor kekuatan Ummah.. Ummah Islam perlu bersatu di bawah satu panji akidah yang satu.. Persaudaraan Islam perlu dikembalikan lantaran musuh semakin hamper dengan kita.. Ukhmuwahlah antara perkara yang menjadi teras kejayaan Negara Madinah Al Munawaarah..

Ketiga, kesedaran untuk saling bantu membantu sesama mereka yang beiman..

Gunakanlah segala kekuatan-kekuatan yang ada untuk menentang segala perancangan musuh.. Samada harta dan tenaga.. Sekurang-kurangnya, letakkanlah perasaan kebencian akan kemungkaran dan kemaksiatan yang ditaja oleh kaum kuffar di lubuk hati setiap jiwa.. Malang sekali, sekiranya tidak kedapatan apa-apa perasaan benci di dalam diri kita terhadap kemungkaran yang jelas dan nyata.. Kerana itulah selemah-lemah Iman..

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,

Sebagai akhirnya, amat mendukacitakan sekiranya dikala Ummah Islam Palestin sedang bermandikan darah, kita disini masih sibuk bersuka ria, bergelak ketawa, berjom heboh dan gegar di merata tempat.. Kerana ketahuilah, akan kalian dipersoalkan kelak akan diri kalian di Akhirat kelak semuanya..

Semoga diberi kekuatan dan keimanan kepada kita untuk mempertahankan maruah agama..

Sekian, terima kasih..

Al Faqir Ila Allah..

Sumber Rujukan : Khutbah Jumaat Pusat Islam Univerisiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..