Monday, January 12, 2009
*MPP Perempuan Boleh ke Memimpin?..
Hai! Moga mereka bertakwa yang di angkat sebagai Pemimpin..
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Bolehkah Wanita sebagai pemimpin?..
Segala puji bagi Allah s.w.t yang menjadikan kehidupan manusia itu sebagai medan penentuan samada kembalinya nanti seseorang hamba itu kepada syurga ataupun neraka.. Sesungguhnya telah diutuskan seorang Rasul yang bernama Muhammad s.a.w sebagai contoh tauladan kepimpinan di dalam Islam..
Firman Allah s.w.t di dalam Surah Hujuraat ayat 13.. “Firman Allah s.w.t dalam Surah Hujuraat ayat 13 “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. “
Sesungguhnya dijadikan manusia itu lelaki dan perempuan, berbangsa –bangsa Melayu, Cina, India, bersuku-suku Jawa, Banjar, minangkabau adalah untuk berkenal-kenallah antara satu sama lain.. Tujuannya untuk mengenali siapa sebenarnya tidak mengikut jantina, bangsa ataupun suku yang bertakwa kepada Allah s.w.t
Hanyalah mereka yang bertakwa kepada Allah s.w.t yang layak diangkat sebagai pemimpin di kalangan manusia.. Kerana ketaatan kepada Pemimpin hanyalah kepada mereka yang bertakwa..
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati,
Adapun Rasulallah s.a.w menyebutkan satu hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Nasa'i, Ibn Manjah sabda Nabi s.a.w: " Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang diperintah oleh kaum wanita".. Hadith ini memberi peringatan supaya tidak diangkat wanita untuk menjadi pemimpin kerana hanyalah lelaki layak menjadi pemimpin sesuatu bangsa dan negara..
Persoalanya, Apakah benar Islam tidak membenarkan wanita untuk menjadi pemimpin secara mutlak?.. Apakah suatu kepimpinan itu perlu diletakkan di tangan lelaki?.. Sejauh manakah Rasulallah s.w.t melarang agar wanita tidak diangkat sebagai pemimpin?.. Apakah Islam tidak membenarkan untuk wanita menjerumuskan diri ke dalam medan politik dan kepimpinan?..
Muslimin dan Muslimat,
Perlu difahami dan diterangkan bahawa bagaimana keadaan sebenarnya lafaz hadith yang disabdakan oleh Rasulallah s.a.w?.. Apa sebenarnya yang hendak dijelaskan oleh Rasulallah s.a.w berkaitan dengan Hadith ini?.. Apakah situasi yang sebenarnya yang bertepatan dengan Hadith ini?..
Al Quran dan As Sunnah atau Dalil Naqli perlu difahami dengan jelas.. Bukan hanya pada lafaz makna semata.. Ketahuilah, ramai orang awam yang selalu melihat dan cuba memahami sesuatu Dalil Naqli tanpa Ilmu.. Mereka hanya melihat zahir sesuatu Dalil tanpa mengetahui waqi’ ataupun sebab sesuatu Nuzul Al Quran dan Wurud Hadith itu dilafazkan oleh Rasulallah s.a.w.. Dan inilah perkara yang bahaya dalam agama.. Ianya bukan sahaja dapat mendatangkan Fitnah di dalam Islam bahkan ianya akan mendatangkan salah faham terhadap Islam..
Muslimin dan Muslimat..
Perlu difahami bahawa amaran Rasulallah s.a.w mengankat wanita sebagai pemimpin bukanlah secara mutlak.. Larangan terhadap perlantikan wanita hanyalah meliputi dalam kepimpinan Utama dalam sebuah kerajaan ataupun Khalifah Islamiah.. Hanyalah lelaki yang diwajibkan menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin sebauah Negara ataupun disebut Khalifah Islam.. Semua kepimpinan yang meliputi daulah Islamian hanyalah dipikul oleh Lelaki.. Tetapi, bukannya meliputi dengan kuasa pentadbiran yang kecil seperti wanita diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, wanita diangkat sebagai Naib Censeler di dalam pentadbiran Universiti.. Wanita sebagai Pengetua di sekolah menengah dan sebagainya.. Wanita sebagai wakil MPP..
Cuba kita lihat sebagai contoh di dalam sejarah Islam.. Sebagai contoh, Saiditina Aisyah r.ha isteri Rasulallah s.a.w.. Beliau r.ha merupakan seorang tokoh kepimpinan di dalam sarjana Hadith.. Berapa banyak Hadith yang diraiwayat oleh Beliau r.ha yang tidak diriwayatkan oleh mana-mana Para Sahabat r.hum yang muslimin.. Berapa banyak permasalahan Ummah yang diselesaikan olehnya r.ha.. Sila rujuk kitab-kitab Sirah Nubuwwah seperti Fiqh Sirah yang ditulis oleh Tuan Guru Haji Adbdul Hadi.. Tidakkah ini menunjukkan kepimpinan Aisyah r.ha di dalam kepimpinan Ummah melaui skopnya?..
Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,
Sebagai akhirnya, Firman Allah s.w.t di dalam Surah An Nisa’ ayat 59 menyebutkan ketaatan kepada pemimpin hanyalah kepada mereka yang beriman kepada Allah s.w.t zalim ke atas Ummah Islam mengankat mereka yang fasiq.. Tidak kiralah apa jantinanya?.. Apa keturunannya?.. Islam meletakkan mereka yang beriman wajib ditaati di dalam perkara yang makruf dan melarang kemungkaran..
Fahamilah agama dengan Ilmu yang diambil dari sumber yang soheh.. Memahami Islam bukan sekadar pembacaan seperti pemahaman akedamik..
Tetapi, memahami agama memerlukan petunjuk iaitu meraka yang ahli yang alim di dalam bidang keagamaan.. Ilmu Islam itu indah sekiranya difahami.. Tetapi ianya akan rosak sekiranya kita tidak memahaminya.. Ilmu islam itu perlu dimasuki secara keseluruhan dan bukan sebahagian sahaja..
Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 208 “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
Sekian, Terima Kasih..
Al Faqir Ila Allah..
Sumber rujukan : Tuan Haji Muhammad Syukri Othman..
Pegawai Hal Ehwal Islam Kampus Kejuruteraan USM..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bagus..
salam..
"Ketahuilah, ramai orang awam yang selalu melihat dan cuba memahami sesuatu Dalil Naqli tanpa Ilmu.. Mereka hanya melihat zahir sesuatu Dalil tanpa mengetahui waqi’ ataupun sebab sesuatu Nuzul Al Quran dan Wurud Hadith itu dilafazkan oleh Rasulallah s.a.w."
boleh minta diulas lebih lanjut mengenai org awam yg melihat dan cube memahami dalil tanpa ilmu?..sekiranya kita ingin menyebarkan sesuatu hadis bagaimana nak pastikan bahawa org awam tidak tersalah tafsir bg mengelakkan fitnah?
wassalam
Assalamualaikum.. kepada zugspitszy.. secara jujurnya penulis juga merupakan orang awam yang bukan Ahli dalam agama.. Hampir kesemua posting di dalam blog ini merupakan kuliah-kuliah Ilmu Islam yang dihadiri oleh Penulis dan disampaikan melalui penyusunan kefahaman Penulis di atas panduan Ustaz-Ustaz saya..
InsyAllah.. ana akan cuba menerangkan secara detail dalam masa yang terdekat.. Setakat ini mungkin anda boleh melihat posting saya berkaitan Bahaya Jahil Dalam Agama..
Mohon Maaf, kerana saya juga bukan ahli dalam Agama.. InsyAllah, saya cuba bertanya kepada Ahli..
"Sesungguhnya dijadikan manusia itu lelaki dan perempuan, berbangsa –bangsa Melayu, Cina, India, bersuku-suku Jawa, Banjar, minangkabau adalah untuk berkenal-kenallah antara satu sama lain.. "
action speak louder than words..
Post a Comment