Tuesday, January 26, 2010

*Kemana aqalmu?..

MASJID WADAH YANG BOLEH MEMBAWA KE PINTU HIDAYAH..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..




Hidayah dan Aqal




Penulis teringat akan suatu tazkirah Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki di dalam satu majlis ilmu.. Syeikh menyebut bahawa bala yang Allah s.w.t turunkan pada manusia yang mengakui beriman di akhir zaman ini ialah mereka tidak mengenali ad deen yang mereka pegang..

Syeikh menjelaskan mereka hanya menyebut kalimah Allah s.w.t dengan lisan mereka.. Tetapi, tidak memahami makna sebenar kalimah Allah s.w.t.. Mereka tidak memahami tuntutan dan natijah yang sepatutnya dicapai apabila kalimah ini tercetus di benak hati mereka..

Syeikh juga mengingatkan kalam Syeikh Daud Al Fathani menyebut bahawa mereka yang sibuk menyebut kalimah Allah s.w.t dengan lisan mereka dengan banyaknya.. Tetapi, tidak memahaminya.. Mereka ini seumpama meeka yang menyebut api, api, api.. Tetapi, tidak akan terasa kepanasan di lidahnya walaupun dilafazkan dengan banyaknya.. Umpama melakukan sesuatu yang sia - sia..

Sering penulis memerhati senario masyarakat sekeliling.. Apabila dicetuskan nilaian Islam.. Pasti paksi jawapan mereka berorentasikan bahawa hidayah Allah s.w.t tidak sampai.. Apabila diseru ke arah kebajikan.. Hidayah Allah s.w.t akan dipersoalkan oleh masyarakat di dalam permasalahan ini.. Persoalan hidayah Allah s.w.t pasti akan menjadi alasan utama untuk berdalih..

Di dalam Surah At Tahrim ayat yang ke 10 sehingga 12.. Allah s.w.t membawakan beberapa kisah Ummah terdahulu yang berkaitan rapat dengan persoalan hidayah.. Ayat ini boleh dijadikan sebagai iktibar kepada manusia yang sering menyalahertikan persoalan hidayah sebagai alasan untuk mengelak menerima Islam sebagai cara hidup..

Firman Allah s.w.t di dalam ayat yang ke 10 Surah At Tahrim yang bermaksud

“Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat[*] kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)."

[*]. Maksudnya: nabi-nabi sekalipun tidak dapat membela isteri-isterinya atas azab Allah apabila mereka menentang agama.

Allah s.w.t memberi contoh, bagaimana manusia yang hidup di dalam suasana dilimpahi hidayahNya.. Allah s.w.t menghidupkan mereka di dalam suasana kenabian.. Tetapi, manusia itu tidak menggunakan aqal untuk memikirkan hidayah Allah s.w.t.. Sebaliknya menjadikan aqal sebagai penjana untuk menentang perjuangan suami masing - masing

Isteri kepada kedua orang Rasul ini merupakan manusia yang dianugerahkan nikmat untuk bersama mereka yang menyeru kepada hidayah Allah s.w.t.. Tetapi, tidak terdetik kepada mereka untuk memikirkan hidayah Allah s.w.t supaya dapat menjadi mereka yang mengembangkannya kepada masyarakat..

Begitulah juga dengan kehidupan manusia di zaman ini.. Kadangkala apabila kita berada di persekitaran kelompok manusia ataupun jema’ah yang cuba merungkaikan hidayah Allah s.w.t untuk disebarkan ke dalam masyarakat.. Tidak terdetikpun di hatinya untuk bersama dan beriltizam yakni memberi komitmen untuk menyebarkan punca kepada hidayah Allah s.w.t..

Tidak terlintas di benak pemikiran kita untuk menjadi golongan muharrik yakni mereka yang cuba beramal soleh dan melakukan kebajikan serta mereka ini cuba membawa manusia lain untuk bersama menyertainya untuk membawa manusia mengenal Allah s.w.t..

Walhal, kadangkala dirinya telah ditempatkan bersama mereka ataupun jema'ah yang cuba untuk mengankat Islam ke puncak yang mentadbir alam.. Malah, kita cuba mencari haluan yang lain sebagai alasan untuk berdalih daripada memikirkan punca hidayah Allah s.w.t..

Allah s.w.t menjelaskan lagi situsasi manusia yang menjadi aqal untuk memahami hidayahNya.. Di dalam Surah At Tahrim ayat yang ke 11 yang bermaksud,

”Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu[*] dalam firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zhalim.”

[*]. Maksudnya: sebaliknya sekalipun isteri seorang kafir apabila menganut ajaran Allah, ia akan dimasukkan Allah ke dalam jannah.

Di dalam ayat ini Allah s.w.t menerangkan perilaku manusia yang mempunyai ciri mereka yang beriman.. Bagaimana manusia menggunakan aqal memikirkan hidayah Allah s.w.t walaupun persekitarannya dihiasi dengan kemewahan dunia yang membawa kepada kesesatan..

Isteri Fir’aun yang bernama ‘Asiah hidup di tengah kelompok manusia yang dilimpahi dengan kemewahan.. Hebatnya anugerah rezeki yang diberikan menyebabkan mereka berasa bongkak sehingga tidak malu mengankat diri sebagai Tuhan.. Namun, ‘Asiah menggunakan aqal untuk memikirkan seruan hidayah yang disampaikan Nabi Musa a.s mengetepikan nikmat sementara..

Allah s.w.t memberi contoh manusia yang menggunakan aqal untuk memikirkan punca hidayahNya walaupun dilimpahi kemewahan.. Ayat ini jelas membuktikan bukanlah permasalahan hidayah Allah s.w.t menjadikan manusia tidak beriman kepadaNya.. Sebaliknya tidak menggunakan aqal untuk memikirkan punca hidayah Allah s.w.t..

Di akhir Surah At Tahrim ayat ke 12, Allah s.w.t menjelaskan Kisah keluarga yang sentiasa mendambakan hidayah Allah s.w.t dan berusaha ke arah itu..

“dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat Rabbnya dan Kitab-KitabNya, dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat.”

Allah s.w.t menunjukkan qudwah daripada keluarga Imran yang cuba menjadikan keturunannya golongan yang menjadikan aqal untuk memikirkan punca hidayah Allah s.w.t.. Bagaimana keluarga Imran mengatur strategi menjadikan keturunan sebagai mereka yang dikasihi Allah s.w.t.. Sehinggakan mereka dianugerahkan kelahiran bayi daripada anak perumpuannya Siti Maryam yakni Nabi Isa a.s.. yang diutuskan untuk menyuluh hidayah ke dasar hati kaumnya..

Kesemua kisah yang sempat dinulikkan penulis ini membuktikan bahawa Allah s.w.t memberi gambaran bagaimana manusia yang dapat menggunakan kekuatan aqal untuk mendapat hidayah Allah s.w.t dan bagaimana manusia yang tidak dapat menggunakan aqal yang diberikan Allah s.w.t dengan sebaiknya.. Sebaliknya menjadikan aqal untuk menafikan hidayah Allah s.w.t..

Kerana itulah, di dalam Al Quran banyak dipersoalkan mengapa manusia tidak mahu menggunakan aqal untuk merenung segala ciptaan Allah s.w.t.. Semua persoalan yang ditimbulkan sebenarnya merupakan seruan untuk manusia menggunakan aqal memikirkan punca – punca yang dapat membawa kepada anugerah hidayah Allah s.w.t..


Secara mudahnya dapat difahami bahawa bukanlah hidayah Allah s.w.t itu jauh daripada manusia.. Tetapi, sebaliknya manusia tidak mahu mencari inisiatif mencari sumber -sumber hidayah Allah s.w.t.. Sedangkan Allah s.w.t telah menjadikan alam supaya manusia berfikir dan merenung akan ciptaanNya.. Natijahnya dapat menzahirkan tuntutan penciptaan di atas muka bumi ini..




Sekian, terima kasih..

Allahu ‘alam..


http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/



No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..