Friday, January 15, 2010

*Kenapa engkau tiada?..

HEI!!!! KENAPA TAK DATANG SOLAT GERHANA HA???


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Manusia dan Solat Sunat Gerhana..



Sewaktu melaksanakan Solat Gerhana Matahari 15.1.2010 secara berjema'ah di Pusat Islam sekitar jam 3.30 petang.. Penulis memerhatikan gelagat manusia yang mula memenuhi ruangan dewan solat yang rasanya mampu menampung seribu jema'ah di setiap kali waktu solat..



Pelbagai persepsi yang mungkin terhampar pada setiap diri insan ketika itu.. Ada juga yang seperti seorang abid yang asyik menyeru Tuhannya, ada yang hanya duduk termangu menunggu saatnya mendirikan solat.. Tidak terlepas juga mereka yang sedang berbual sesama sendiri.. Mungkin kali pertama ingin mendirikan solat ini..



Namun, terasa sedikit kehairanan terdetik di hati.. Mengapa masih jelas kekosongan di ruangan dewan solat ini?.. Bukankah warga kampus ini melebihi ribuan manusia?.. Daripada kakitangannya dan pelajarnya.. Rasanya, yang muslimnya bukannya boleh dihitung dengan jari ramainya..



Tika itu, fikirku hanya satu separuh saf sahaja yang terisi dengan manusia.. Mungkin seratus orang rasanya.. Tetapi, bukankah yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t dan membenarkan Rasulallah s.a.w di kampus ini ribuan jumlahnya.. Aneh, mana pergi kesemuanya.. Bukankah saat ini munculnya salah satu bukti kehebatan Allah s.w.t yang mengatur alam semester ini..



Firman Allah s.w.t yang menzahirkan keagungan Allah s.w.t di dalam Surah Yasiin ayat yang ke 38 "dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." Allah s.w.t dengan kekuasaanNya mampu menjadikan matahari yang begitu besar , bumi yang begitu besar dapat diatur olehNya akan pergerakannya tanpa memerlukan bantuan sesiapapun.. Lemahnya manusia, untuk menggerakkan kereta yang kecilpun memerlukan bantuan banyak benda untuk menggerakkannya..



Mengapa mereka yang beriman itu tidak menyahut seruan Allah s.w.t.. Bukankah Allah s.w.t telah memberikan aqal yang waras untuk merenung setiap kejadianNya supaya dapat mengambil iktibar akan lemahnya manusia.. Walaupun dia menyandang gelaran professer.. Sewajarnya dia tetap sujud kepada Allah s.w.t.. Apabila melihat keagungan ciptaannya..



Rasanya, hari Juma'at itu bukannya penuh dengan jadual kelas harian.. Adapun yang terpalit jadualnya akan kelas.. Pasti agak hilang semangat untuk melaksanakannya.. Yalah, saat terakhir mingguan hari pembelajaran.. Apa salahnya sekali sekala dibatalkan untuk sujud atas zahirnya keagungan Allah s.w.t..



Hebatnya manusia mendapat gelaran professer daripada kajiannya terhadap tanah liat.. Tetapi, kehebatannya tetap terbatas.. Kerana dia tidak mampu menghasilkan jiwa yang bernafas seperti mana ciptaan Allah s.w.t yang terbina daripada tanah liat. Sehingga ciptaanya mampu mendapatkan gelaran professer itu.. Maka, mengapa mereka tidak mahu bersujud dengan kehebatan Allah s.w.t?..



Sebak juga di dalam jiwa.. Terdapat juga teman yang ku cinta tidak ku dapati di ruangan ini.. Mungkin ada alasannya.. Tetapi, bagiku semoga Allah s.w.t membuka hatinya untuk sentiasa mencari hidayah dan taufiqnya untuk sentiasa sujud kepadanya dalam setiap perkara.. Walaupun, dia terpaksa meninggalkan urusan sesama manusianya.. Bagiku, tiada makna hubungan manusia tanpa mendirikannya dengan hubungan kepada Allah s.w.t..



Ketika seakan berakhirnya khutbah yang diungkapkan khatib.. Terdetik di sanubari ini.. Semoga hidayah dan taufiqnya menyirami diriku dan mereka yang bersama denganku.. Bukanlah diriku seorang yang sempurna.. Tetapi, ingatanku pada diri.. Kita bukanlah manusia yang punyai kelebihan dan apa keistimewaan kita sehingga kita seakan tidak berhajat kepada Allah s.w.t.. Sombong kita dengan seruan Allah s.w.t.. Walhal, bukannya perkara besar yang memudharatkan berlaku kepada kita sehingga terhalang untuk menyahut seruannya..



Sekian , terima kasih..



http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/



Hukum mendirikan Solat Gerhana..



Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.




Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.




Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.




Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.




http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/solat-sunat-gerhana.html












1 comment:

Farihah Habib said...

salam

"Barang siapa yg yakin bahawa dirinya rasa tawaduk, rasa rendah hati, maka bererti dia benar2 org yg takabur" -ibnu athoillah

nauzubillah..skdr berkongsi..sama2 renungi. xperlu rasenye utk mengaibkan sesiapa sehingga meletakkan gambar. mgkn juga shbt2 solat di tmpt lain, surau, masjid, bilik, jgn terlampau riak dan su'u zon.

maaf jika tersilap kata, skdr pandangan dr insan yg cetek ilmunya..

Dengan Nama Allah s.w.t..