Wednesday, February 17, 2010

*Ilmu dan Pengatahuan..

MACAM MANALAH ACUAN MANUSIA YANG DICIPTA DARIPADA TAHAH?..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..




Senario masyarakat sekarang cenderung ke arah menjana generasi berilmu dan berpengatahuan.. Hari ini terlalu banyak medium yang boleh dijadikan ruang untuk penyebaran ilmu dilaksanakan dengan mudahnya.. Ditambah dengan kemudahan dunia tanpa sempadan yang disebut internet..



Setiap yang berlaku di dunia Arab boleh diketahui oleh masyarakat barat dalam masa yang sama lantaran sempitnya ruang lingkup perhubungan.. Natijah daripada kemajuan teknologi maklumat..

Begitu juga pencabahan institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus melesatarikan terbinanya generasi berilmu dan berpengatahuan.. Manusia semakin hari semakin berilmu dan berpengatahuan.. Semakin ramai mereka yang ditempa dengan gelaran Professor dan Ilmuan..

Namun, pokok persoalannya.. Mengapakah kemajuan dan perkembangan generasi berilmu dan berpengatahuan tidak menjamin perilaku dan peribadi terpuji insani?.. Masyarakat yang berilmu dan berpengatahuan semakin berakhlak jahil dan hilang nilaian murni yang terpuji?.. Masyarakat yang berilmu dan berpengatahuan semakin hilang nilaian malu dan maruah yang menjamin harga diri?.. Masyarakat yang berilmu dan berpengatahuan semakin tidak mengenali keesaan Allah s.w.t yang menciptakan serta menjadikan sekelian Alam?..

Belakangan ini, dilaporkan isu – isu pembuangan bayi secara kejam yang dilaksanakan oleh masyarakat yang dilaung-laungkan sebagai Masyarakat Madani.. Bagaimana pendedahan KOSMO di malam 14 Febuari 2010 ramai pemuda dan pemudi ditangkap dalam keadaan bersekududukan tanpa ikatan yang halal termasuklah pelajar Institusi pengajian tinggi?.. Dan banyak lagi isu – isu keruntuhan moral dan fitnah – fitnah yang dilemparkan kepada individu tertentu lantaran kepentingan peribadi dan politik seperti liwat dan politik wang..

Kebanyakan kerosakan yang dilakukan merupakan mereka yang berilmu dan berpengatahuan.. Mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat.. Musnah dan rosak masyarakat lantaran kemusnahan dan kerosakan yang berlaku berpunca daripada golongan berilmu dan berpengatahuan..

Secara umumnya, satu jawapan yang cuba diutarakan disini.. Inilah yang akan berlaku apabila Ilmu dan pengatahuan yang membentuk manusia tiada perkaitan dengan pencipta yakni Allah s.w.t.. Ilmu dan pengatahuan yang dibina tidak membawa manusia mengenali Allah s.w.t.. Maka, ilmu dan pengatahuan yang sewajarnya membawa kepada keimanan kepada Allah s.w.t sebaliknya telah berubah kepada kemungkaran dan kemaksiatan kepadaNya..

Sedang Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah Al Jaatsiyah ayat 13

“Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.”

Allah s.w.t menjelaskan bahawa setiap yang tercipta di langit dan di bumi serta yang berada di keduanya semuanya sepatutnya akan membawa kepada pengenalan kepada Allah s.w.t.. Kita menkaji ilmu angkasa lepas, sewajibnya ilmu dan pengatahuan itu membawa kepada Allah s.w.t.. Kita menkaji ilmu kejuruteraan bahan dan sumber mineral sewajibnya ilmu dan pengatahuan itu membawa kepada makrifatullah.. Begitu juga lah , bidang keilmuan yang lain.. Sewajibnya ianya membawa kepada Allah s.w.t..

Ilmu dan pengatahuan yang diasaskan melalui aqidah mentauhidkan Allah s.w.t tanpa menyamakan serta menjisimkanNya kepada makhluk sahaja yang akan membawa kepada kesejahteraan dan kelastarian manusia untuk hidup dalam keadaan bertamadun serta beretika..

Ilmu dan pengatahuan inilah yang mampu mengubah manusia yang jahil dan penuh bersifat assobiyah kepada manusia yang cerdik serta disulami dengan ukhuwwah Islamiyyah yang tidak kenal bangsa dan perkauman..

Tiada timbul isu kerosakan sifat insani, kerosakan sifat malu, kerosakan sifat integriti dan sebagainya kerana ilmu dan pengatahuan yang diasaskan dengan konsep tauhid mampu membina masyarakat yang bersifat mahmudah dan sentiasa bersifat ihsan dalam melaksanakan setiap perilaku dan tindakan..

Apabila wujud golongan yang berasaskan tauhid.. Kemudiannya, mengembangkan ilmu dan pengatahuan.. Maka, natijahnya akan tertegaknya keadilan dan kesaksamaan, moral dan nilai murni, wala’ dan thiqah, makruf dan kebajikan serta terhapuslah kebatilan dan kezaliman, kerosakan dan hilang maruah, mungkar dan kemaksiatan..




Sekian, terima kasih..




No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..