Sunday, July 26, 2009

*Siapa pemakmur masjid?..

KESIAN PUSAT ISLAM.. BESAR JER LEBIH.. TIANG KIPAS LAGI BANYAK DARI ORANG..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Orang-orang yang layak memakmurkan Masjid..


Firman Allah s.w.t di dalam Surah At Taubah ayat ke 17 dan 18..


"Tidaklah pantas orang-orang musyrik itu memakmurkan mesjid-mesjid Allah, sedang mereka mengakui bahwa mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka."


"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."


Dapat difahami , berdasarkan ayat Allah s.w.t yang dinukil di atas menjelaskan bahawasanya yang layak untuk memakmurkan Masjid merupakan mereka yang mentauhidkan Allah s.w.t dan membenarkan pesuruhNya Nabi Muhammad s.a.w..


Mereka merupakan di kalangan manusia yang tidak takut kepada sebarang kepada apa-apa perkara atau sesiapapun melainkan Allah s.w.t.. Keimanan mereka dibuktikan dengan mempercayai perkara ghaib seperti hari akhirat serta melaksanakan tuntutan syara' seperti solat dan puasa..


Peri pentingkan, memakmurkan Masjid ditunjukkan oleh Sadiyina Muhammad Bin Abdullah s.a.w ketika mana mengasaskan Sebuah Ketamadunan Islam di Madinah meletakkan pembinaan Institusi ini merupakan dasar yang pertama.. Boleh kita fahami, falsafah disebalik peristiwa ini adalah untuk menunjukkan bahawasanya berjayanya seseorang manusia menjadi hamba dan khalifah di muka bumi ini hanyalah apabila tautan aqidahnya kental kepada Allah s.w.t..


Rasulullah s.a.w memberikan taulan untuk membina keperibadian tokoh-tokoh yang hebat samada tokoh politk agung seperti Khalifah Abu Bakar As Siddiq r.a , Khalifah Umar Al Khattab r.a tokoh ekonomi yang mahsyur seperti Saidina Abdul Rahman Bin Auf r.a, tokoh Ilmuan yang hebah seperti Abu Hurairah r.a dan bermacam ramai lagi para sahabat r.hum yang hebat ketokohan dalam bidang masing-masing.. Semuanya bermula dengan tinggi nilai integriti dan modal insan.. Berasakan tautan hati yang hebat untuk memakmurkan masjid..


Mereka ini keluh-kesah sekiranya tidak dapat melangkah untuk memakmurkan masjid.. Sewaktu hampirnya detik kewafatan Rasulullah s.a.w.. Baginda s.a.w meminta para sahabat membimbing baginda s.a.w untuk dibawa ke masjid dan diimamkan oleh Saidina Abu Bakar r.a..
Ibnu Abbas r.a menitis air matanya sekiranya tidak melangkah ke masjid..


Sekiranya kita melihat kepimpinan yang ada di negara kita.. Seperti Menteri Besar kelantan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Bermulanya kehidupan beliau sebagai seorang pemimpin masyarakat dengan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t di masjid.. Begitu jugalah, seperti Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, beliau begitu cintanya kepada Allah s.w.t, tidak pernah meninggalkan Solat sunat Auwwabin setiap hari.. Keperibadian yang indah di kalangan mereka semuanya membenarkan ayat Allah s.w.t di atas bahawasanya hanyalah mereka yang beriman yang layak memakmurkan Masjid..


Saya ingin mengecilkan skop ke dalam kampus kejuruteraan USM.. Saya begitu tertarik hati kepada beberapa warga pendidik yang diberikan ilmu dan jawatan.. Tetapi, hatinya terpaut pada Masjid.. Sebagai contoh, Dr Kamarul Arifin Ahmad pengerusi rancangan Aeroangkasa, dan Assoc. Prof. Dr. Zainal Alimudin Zainal Alaudin timbalan dekan mekanik dan En muhammad nasiruddin b mahayuddin.. Sering mereka ini memakmurkan Pusat Islam walaupun sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab yang dipikul..


Namun apa yang menghairankan, mengapa dikalangan kita tidak mahu mencalonkan diri sebagai mereka-mereka yang memakmurkan masjid?.. Mengapa dikalangan kita tidak terlintas untuk memakmurkan masjid?.. Sedangkan kita tahu dan mengakui akan keimanan kepada Allah s.w.t.. Sedangkan kita mempunyai kekuatan untuk ke masjid dengan kemudahan basikal, motosikal dan kereta yang mewah..


Sekiranya Rasulullah s.a.w yag maksum dan dijamin syurga.. Begitu menekankan dirinya untuk memakmurkan masjid.. Inikan pula kita yang hidup di zaman fitnah.. Apakah hanya mereka yang menyertai PMIUSMKKj yang perlu memakmurkan masjid.. Sedangkan kita mengaku beriman.. Apakah alasan kita?.. Apakah kita merasakan kita akan kekal hidup di dunia?.. Apakah kita ingin meletakkan diri setaraf dengan mereka yang kufur.. Kerana mereka yang kufur tidak layak untuk memakmurkan masjid..


Apakah kita yakin kehidupan ini berkekalan?.. Fikir-fikirkanlah dan renungkanlah.. Apakah sebabnya berat benar untuk kita melangkah memakmurkan masjid ataupun sekurang-kurang nya surau-surau berdekatan.. Tepuk dada, tanyalah iman..


Apa yang lebih malang lagi, sekiranya kita diajak ataupun dijemput ke Masjid ataupun Surau.. Tetapi, kita memandang sinis dan serong kepada teman-teman yang mengajak ke masjid ataupun surau.. Sedangkan memberi ingatan kepada orang-prang beriman merupakan kewajipan untuk setiap muslim.. Bukan sekadar mereka yang mendaftar PMIUSMMKKj.. Tetapi, kepada semua.. Tidak kiranya, MPP, MPDL, MPDj , MIMATES, SEE dan apa juga.. Semuanya , memikul tanggungjawab untuk memakmurkan masjid dan surau..


Sebagai akhirnya, keimanan kepada Allah s.w.t tidak cukup dengan menyatakan dengan lisan akan ketauhidan kepada Allah s.w.t.. Tetapi, dilengkapkan dengan keyakinan didalam hati dan dibuktikan dengan zahir jasad..


Sekian, terima kasih..


Peringatan untuk diriku dan kalian..





No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..