Saturday, July 11, 2009

*Menyesuri Sirah Nabawiyyah (Siri 1)

As Syeikh Soleh Al Ja'fari r.a pencinta Rasulullah s.a.w

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..



Muhammad Bin Abdullah s.a.w qudwah hasanah Ummah Islam..



"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."



Surah Al Ahzab : Ayat 21



Allah s.w.t menerangkan dengan jelas bahawasanya sirah Rasulullah s.a.w merupakan perkara yang utama wajib kepada kehidupan setiap mereka yang beriman supaya menghayati kembara kehidupan Rasulullah s.a.w.. Tujuannya adalah untuk menjadi cahaya jalan yang lurus yang menyuluh perjalanan manusia sebagai hamba di muka bumi ini..



Sirah Nabawiyyah wajib dijadikan tafsiran secara praktikal kepada Ummah Islam.. Ianya bukan sahaja dijadikan bahan bacaan melalui tulisan atau bahan pendengaran untuk hawla telinga.. Tetapi, ianya merupakan suatu kenyataan yaqng bersungguh-sungguh berlaku dengan petunjuk Allah s.w.t untuk diteladai oleh semua Ummah Islam.. Apatah lagi segala perlakuan, perkataan, sifat dan pencirian Rasulullah s.a.w terpelihara dari kelemahan manusia biasa.. Semuanya adalah wahyu daripada Allah s.w.t..



Menganalisis sirah Rasulullah s.a.w bukanlah seperti menganalisis kehidupan tokoh atau pemimpin biasa atau sekadar untuk menjadi kemegahan dan kekaguman dengan ketokohan dan kepimpinannya.. Tetapi, Sirah Nabawiyyah mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan beriman kepada Allah s.w.t.. Ianya terdapat jawapan kepada semua pengsyariatan Islam kepada Ummah manusia..



Di dalam sirah nabawiyyah mempunyai jawapan mengapa pentingnya Islam di Daulatkan?.. Mengapa perlunya berdakwah menyeru manusia mentauhidkan Allah s.w.t?.. Sehinggakan ianya membawa jawapan kepada persoalan jihad dan persoalan mengapa dikatakan tujuan manusia itu dijadikan adalah untuk beribadah semata-mata kerana Allah s.w.t?..



Bukanlah mendalami Sirah Nabawiyyah sekadar mengatahui sejarah atau peristiwa, tetapi sebanarnya adalah lebih daripada itu.. Islam bukan sekadar agama yang berbentuk spiritual semata-mata.. Tetapi, tasawwur Islam menyeliputi seluruh kehidupan manusia.. Hal inilah yang menjadikan Islam sebagai Ad Deen bukan sekadar agama anutan..



Bersambung..



Sekian terima kasih..



Sumber Rujukan : Fiqh Harakah

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..