Thursday, July 16, 2009

*Bagaimana cara berpakaian sebenar?..

JUNGLE TRAKING PUN BOLEH TUTUP AURAT PA.. LEPAS JER REDAH HUTAN..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Etika berpakaian menurut perspektif Islam

Firman Allah swt bermaksud;

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu” Surah al-Maa;idah ayat ke-2..

“Dan sesungguhnya, antara mereka (ahli kitab itu) ada (Ketua-ketua agamanya) yang memutarkan lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian daripada Kitab Taurat padahal ia bukanlah daripada Kitab itu. Dan mereka pula berkata: “(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah daripada sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)”. Surah Ali-Imran ayat 78

Allah s.w.t telah menjelaskan kepada kita berdasarkan Surah Ali-Imran ayat ke - 78 bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak hawa nafsunya sekalipun terpaksa mengadaikan agama dan maruah bangsanya.. Maka, Islam datang membentuk Ummahnya mengekang hawa nafsu sehingga ia terpimpin ke arah kebaikan, kesopanan dan kemuliaan berdasarkan nilai-nilai keimanan dan ketakwaan..

Menjurus kepada tajuk yang cuba difokuskan “Etika Berpakaian Menurut Perspektif Islam”.. Islam merupakan Ad Deen yang syumul sehinggakan adab-adab dalam berpakaian pun diterangkan kepada Ummahnya, bermula dari hukum harus sehinggalah hukum haram.. Maha Adilnya Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya..

Apabila kita menilai generasi muda hari ini dari sudut pemakaian mereka dapat disimpulkan bahawasanya masih ramai lagi yang kurang faham ataupun keliru berkenaan etika berpakaian yang dibenarkan dalam Islam dan dilarang dalam Islam..

Lebih malang lagi, apabila siswa dan siswi yang diharapkan sebagai perintis perjuangan kepimpinan Negara masa hadapan juga menjadi rosak dan hancur akhlaknya disebabkan mereka sanggup membuang sifat malu di dalam diri untuk berpakaian yang tidak senonoh sehingga menampakkan tubuh badan sendiri walaupun berlapik keseluruhannya..

Yahudi laknatullah, bertepuk tangan dan bergembira dengan anak-anak Melayu pada hari ini disebabkan mereka berjaya memikat hati anak muda untuk memakai pakaian yang melambangkan imej Barat-Yahudi. Saya mengambil contoh jenama yang merupakan jenama yang memuja atau tanda sokongan umat Islam terhadap Israel ialah LEVI’S.

Prof Yusuff Al-Qardhawi pernah berkata “Barangsiapa yang membeli barangan tajaan Yahudi-Israel mahupun Barat maka dia telah membeli sebutir peluru untuk digunakan oleh rejim yahudi/barat membunuh umat Islam di Palestin,Iraq, Sudan, Afghnistan dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan membeli barangan itu adalah dari segi makanan dan pakaian. Sanggupkah Kita Membunuh Saudara Kita??? Fikirkan bersama….

Sabda Nabi saw bermaksud;

“Dua golongan manusia yang termasuk ahli neraka dan aku belum pernah melihat sebelumnya iaitu: Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang mereka pukulkan kepada orang-orang dan wanita yang memakai pakaian tapi bertelanjang yang berjalan lengggak-lenggok serta bergoyang-goyang kepalanya seperti kepala unta yang besar. Mereka ini tidak akan masuk syurga serta tidak akan mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum syurga itu dapat tercium dari jarak perjalanan yang jauh”


Hadith di atas memberi ancaman kepada dua golongan tadi. Oleh yang demikian, yang dimaksud berpakaian tapi bertelanjang itu adalah memakai pakaian tidak menutup aurat. ‘Auzubillah Min Zaliq.

Islam telahpun menetapkan etika dalam berpakaian untuk muslimin dan muslimat.. Etika ini cukup memenuhi fitrah manusia yang beriman dan bertakwa.. Islam ini cukup mudah sehinggakan golongan Adam mahupun Hawa diberikan kebebasan dari segi pemakaian.. Islam tidak mewajibkan pakaian jenis apa yang pelru dipakai.. Pakailah apa sekalipun yang penting pakaian itu menutup aurat dan menggambarkan yang kita adalah seorang muslim.. Di samping, pengharaman beberapa perkara untuk mengelakkan penyerupaan muslimin sebagai seorang muslimat dan sebaliknya..

Di antara etika untuk seorang muslimin,

1. Pakaian yang digunakan menutup aurat dari sempadan pusat sehingga lutut.
2. Pakailah pakaian yang terbaik dan indah mata memandang.
3. Dilarang menyerupai pakaian perempuan.
4. Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram. Rasulullah s.a.w bersabda,


"Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki."

5. Haram untuk lelaki memakai jeans yang ketat kerana Rasulullah s.a.w bersabda ketika menunjukkan satu pakaian kuffar,

“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”

Manakala sebagai seorang Muslimat,

1. Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)
2. Pakailah pakaian yang indah dan tidak menjolok mata.
3. Memakai pakaian yang longgar yang tidak membentuk tubuh dan tidak menarik perhatian.
4. Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram)
5. Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.
Sabda Rasulullah s.a.w ketika menunjukkan pakaian kuffar,
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya

6. Dilarang perempuan menyerupai pakaian lelaki. Hukumnya Haram.

Rasulullah s.a.w bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”


7. Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian.
Rasulullah s.a.w bersabda;
“Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina”

Segala yang tersurat di atas merupakan ringkasan untuk menjelaskan Etika Pemakaian Menurut Perspertif Islam.. Kesempatan ini hanya dapat mendedahkan secara asas dan umum berkenaan etika berpakaian ini supaya perkara ini dapat diambil perhatian kepada seluruh siswa dan siswi Islam..

kepada muslimin dan muslimat yang menyoroti laman blog ini, marilah bersama kita muhasabah mengeksplorasi diri.. Sedalam yang mungkin terhadap diri kita dan cara pemakaian kita.. Apakah kita telah menyempurnakan tuntutan ke atas diri kita.. kewajiban menutupi aurat ini merupakan suruhan langsung daripada Allah s.w.t..

Ingatlah kehidupan dunia ini hanya sementara.. Kematian pasti akan menyambut kita ketika tiba detik di sakaratulmaut.. Kita ini akan mati.. Segala bentuk amalan dan nikmat kurniaan Allah s.w.t kepada kita semasa di dunia akan dipersoal semuanya.. Bagaimana cara kita mengurus kesemua nikmat ini..

Akhir kalam, nikmatilah menghidangkan surah az-Zalzalah kepada suri pembaca sekalian sebagai renungan bersama.. Semoga menitis air mata keinsafan ketika menghayatinya..Kata Allah s.w.t..

“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (cukup dahsyat), Dan bumi mengeluarkan beban-beban berat (isi kandungannya), Dan manusia bertanya; Mengapa bumi jadi begini (Apa sudah jadi ini)?, Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, Kerana sesungguhnya Allah telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya, Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam ragam ,supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka, Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya Allah akan membalasnya, Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, maka Allah akan membalasnya” (Surah aZ-Zalzalah:1-8)

Sekian, terima kasih..


2 comments:

GEMBALA SUARA said...

saLam...
bang..
bila mana pemakaian dah menjadi trend....
maka susah untuk dibendung permasalahan ni..
melainkan ianya mendapat hidayah atau mungkin terkesan di hatinya ....
maka dia akan menjaga kondusi adab dan sopan pemakaian....

Sepi Seorang Muezzin said...

terima kasih wan, kerana sudi melihat artikel ini.. sebab tue la Rasulullah s.a.w pernah memberi ingatan bahawa Ummah Islam akan mengikuti kaun yahudi dan nasrani.. Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi s.a.w. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka";- (Riwayat Muslim).. Jadi, berbekalkan tarbiyah yang tertaman di dalam diri.. Terpaksalah, kita berusaha untuk istiqamah dengan Islam.. Sebab Islam itu datang asing dan akan kembali asing.. Menjadi sunnah sekarang mereka yang cuba beristiqamah dengan Islam akan diuji dengan persekitaran.. As a conclusion, marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t agar kita terpelihara daripada fitnah dunia.. InsyaAllah..

Dengan Nama Allah s.w.t..