Sunday, June 14, 2009

*Syarahan Umum Perlantikan Profesor USMKKj


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Ilmuan dan Keilmuan..

Tanggal 15 Jun 2009, "Syarahan Umum lantikan Profesor Universiti Sains Malaysia kampus kejuruteraan yakni PROFESOR AHMAD FAUZI MOHD NOOR (LABU HITAM SAYONG DAN SERAMIK MAJU Pemangkin Kelestarian Kehidupan Masyarakat) dan PROFESOR IR. ERIC GOH (PEMBANGUNAN LESTARI MINERAL DAN ALAM SEKITAR BERTARAF DUNIA
Manfaat Ekonomik, Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan Strategik Negara
)..

Perlantikan ini amat memberi makna yang besar kepada semua warga Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) .. Kedua-dua insan ini telah menjadi inspirasi kepada semua kakitangan dan pelajar PPKBSM untuk terus memaju motto USM "KAMI MEMIMPIN" untuk meletakkan USM disegani di persada antarabangsa.. Termasuk diri penulis, sedikit semangat untuk mencapai aras yang telah digapai oleh kedua tokoh akademik ini..

Ketika menghadiri majlis ini, perkara yang paling menarik perhatian penulis ialah sewaktu syarahan yang di sampaikan oleh Profesor Ahmad Fauzi.. Lantunan pujian kepada Allah s.w.t ketika ucapan beliau amat mengamit hati penulis.. Penulis menggambarkan bagaimana indahnya mereka yang diberikan nikmat Ilmu pengatahuan oleh Allah s.w.t dan nikmat itu disalurkan untuk menambahkan kekuatan pujian dab keyakinan mereka kepada Allah s.w.t dengan Ilmu pengatahuan..

Sempat juga penulis membelek artikal yang diberikan oleh pihak penganjur.. Penulis tertarik dengan keratan artikel yang ditulis oleh Profesor Ahmad Fauzi.. "Malahan, Allah SWT juga telah menyebut berkaitan seramik ini beberapa kali. Antaranya dalam surah al-Hijr, Allah menceritakan bahawa Nabi Adam dicipta daripada tanah liat dan di dalam surah Ar-Rahman diceritakan-Nya tentang sifat tanah liat kering."..

Dapat penulis fahami daripada situasi yang dilalui.. Bagaimana seseorang yang dianugerahkan Ilmu pengatahuan oleh Allah s.w.t.. Lalu dia berfikir akan kebesaranNya dengan memikirkan ayat-ayat Al Quran.. Maka, kejituan Takwa akan terbentuk lantas menghiasi akan diri.. Dalam apa sekali situasi tidak akan dilupakan akan Penciptanya.. Kerana itulah, tetap terlintas pujian kepada Allah s.w.t walaupun ketika mana pujian manusia menyelubungi..

Penulis teringat akan Kalam Allah s.w.t di dalam Surah Faathir ayat ke 28 bahawa disebutkan "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama".. Dan yang dimaksud dengan ulama dalam ayat ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah.. Samada mereka yang memahami akan dalil secara naqli dan 'aqli..

Benarlah peringatan yang diberikan oleh Allah s.w.t.. Apabila mereka yang diberikan Ilmu oleh Allah s.w.t.. Lalu dia berfikir dan merenungkan akan kehebatan Tuhannya.. Maka, bertambahlah keyakinan pada Tuhannya.. Sememangnya sifat Ilmu yang disulami dengan keimanan kepada Allah s.w.t akan membawa aras takwa yang hakiki dalam diri seseorang itu..

Dengan Ilmu pengatahuan jugalah Islam itu diturunkan oleh Allah s.w.t.. Disematkan kebijaksanaan kepada Rasulullah s.a.w sehingga mampu mengubah sistem sosial yang rosak semasa di zaman jahiliyyah kepada sistem sosial yang teratur dan aman.. Kaum wanitanya dibela dan diangkat martabatnya..

Begitu jugalah yang berlaku kepada Fudhail Bin 'Iyad.. Bagaimana seorang Ulama yang diangkat martabatnya daripada seorang yang fasiq ketika mudanya.. Semuanya bermula dengan Ilmu yang disulami dengan Iman.. Padahal, di awal mudanya beliau adalah seorang jahil yang terpesona kepada seorang perempuan.. Pada suatu malam dia mendatangi kekasihnya itu.. Tetapi setelah dia melompat pagar rumah sang gadis, tiba-tiba dia melihat sang gadis sedang membaca al-Qur'an, mengumandangkan ayat al-Qur'an surah al-Hadid ayat 16 yang artinya :

"Apakah belum tiba waktunya bagi orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan mengingat kebenaran apa yang diturunkan-Nya (al-Qur'an) dan janganlah mereka seperti ahli kitab sebelum mereka, telah lama mereka berpisah dari ajaran Nabinya, sehingga hati mereka menjadi kasar (tidak tembus cahaya kebenaran), dan kebanyakan mereka menjadi orang fasik."

Setelah mendengar ayat ini dituturkan oleh sang gadis dengan suara yang merdu, maka Fudhail mundur dan mengurungkan niat jahatnya.. Dan semalaman dia merenungkan peringatan Allah itu bagi hamba-Nya yang beriman.. Jiwanya berbisik, "Bila lagi engkau akan insaf? dan bertaubatlah segera sebelum ajal datang menjemput, ya sebelum terlambat, wahai Fudhail!".

Demikian, kemudian dia bertaubat dan berusaha membina dirinya menjadi seorang muslim sejati dengan menimba Ilmu pengatahuan, dan berkat tekun belajar, dia menjadi Ulama besar yang cukup terkenal dan menjadi rujukan kepada masyarakatnya.. Semuanya dengan Ilmu yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t..

Sesungguhnya ILMUAN akan dibentuk dengan KEILMUANNYA.. Namun, apa yang penting perlu ditegaskan.. Ilmu itu perlu disatukan dengan keimanan kepada Allah s.w.t.. Barulah ianya membentuk takwa dan seiring dengan objektif manusia dijadikan..

"Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa, "

Surah Al Baqarah ayat 21..

Sekian, terima kasih..

Al Faqir Ila Allah..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/






1 comment:

naimah27 said...
This comment has been removed by the author.

Dengan Nama Allah s.w.t..