Friday, June 5, 2009

*Hukum memberi salam..

Mulakanlah pertemuaan dengan salam

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Hukum memberi salam kepada orang kafir, fasiq, kanak-kanak dan lelaki terhadap perempuan serta sebaliknya..


1. Orang kafir..


Hukum memberi salam..


Menurut pendapat yang terkuat dan jumhur Ulama' Fuqaha' Syafie' menyatakan tidak harus memberi salam kepada orang kafir..


Cara menjawab salam..


Menurut jumhur Ulama' sekiranya orang kafir memberi salam hendaklah menjawab dengan lafaz "Wa'alaikum"..


Daripada Anas bin Malik r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda "Apabila ahli-ahli kitab memberi salam kepada kamu, maka jawablah "Wa'alaikum"..


Soheh Bukhari dan Muslim..


2. Orang Fasiq..


Pendapat Ulama' tentang hukum memberi salam kepada ahli bid'ah, orang fasiq yang jelas kefasiqannya dan orang yang melakukan dosa besar dan belum bertaubat..


Pendapat pertama,


Ibnu 'Umar dan Al Bukhari berpendapat hukumnya tidak sunat, malah sunat tidak diberikan salam kepada golongan tersebut..


Pendapat kedua,


Sunat memberikan salam kepada golongan yang tersebut kerana mereka juga adalah tergolong daripada orang-orang Islam..


3. Kanak-kanak..


Hukum memberi salam


Sunat memberikan salam kepada mereka.. Tetapi, mereka tidak wajib untuk menjawab salam yang diberikan kepada mereka..


Hukum menjawab salam


Pendapat pertama,


Al Mutawalli dan sebahagian Ulama' Syafi'ie menghukumkan sunat menjawab salam daripada kanak-kanak, tetapi tidak wajib menjawab kerana mereka bukan mukallaf..


Pendapat kedua dan yang terkuat,


Pandangan Fuqaha' Mazhab Syafi'ie wajib menjawab salam daripada kanak-kanak berdasarkan dalil surah an nisa' ayat 86 "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti membari salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah ia dengan cara yang sama"..


Hukum menjawab salam kepada kumpulan mukallaf dan kanak-kanak


Menurut Al Qadhi Hussain , Al Mutawalli dan Ar Rafi'ie, apabila diucapkan salam kepada sekumpulan ramai yang terdapat kanak-kanak di dalamnya.. Sekiranya hanya kanak-kanak yang menjawab salam itu.. Maka tidak gugur kewajiban menjawab salam tersebut kepada mereka yang mukallaf dalam kumpulan itu..


Menurut As Syatibi pula kewajiban menjawab kepada mukallaf telah gugur sekiranya kanak-kanak yang menjawabnya..


4. Salam lelaki kepada perempuan dan sebaliknya


Kondisi pertama,


Salam seorang lelaki kepada perempuan atau sebaliknya tidak mempunyai mahram (sekalipun kawan kenalan) adalah tidak disunatkan kecuali dalam keadaan aman daripada fitnah.. (Perlu difahami keadaan fitnah ini, Boleh rujuk Ustaz Muhammad Syukri Othman Pegawai Pusat Islam USMKKj)


Seorang gadis tidak harus menjawab salam daripada seorang lelaki yang bukan mahram..


Seorang lelaki makruh menjawab salam daripada seorang gadis yang bukan mahram..


Kondisi kedua,


Harus memberi salam dan menjawab salam untuk tujuan pendidikan seperti pelajar kepada pensyarahnya..


Sekian, terima kasih..


Al Faqir Ila Allah..




Sumber : Kitab Syariah Islamiyyah Tingkatan 4 Kementerian Pelajaran Malaysia..



No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..