Wednesday, May 4, 2011

*Nota buat pejuang (Antara Iman & Nafsu)

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Ya Allah!! tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu..

Aku hairan,
Mengapa Ramai mereka yang ingin berjuang,
Tetapi tidak mahu menahan madah mehnah dan tribulasi,

Aku mengerti,
Setiap manusia pasti akan ada ujian kehidupan,
Begitu juga para pejuang,

Aku meneliti,
Bila disingkap tirai sejarah,
Perihal keluarga sering menjadi bicara,
Katanya perihal ayahnya yang tua,
Ibunya yang perlu perihatiannya,
Isterinya yang sendirian di kamarnya,
Anak-anak kecil yang muram lantaran kesakitan,

Aku tahu,
Benar perkara ini perlu didahulukan,
Sekalipun semboyan jihad bergema,
Rasulallah s.a.w sendiri bersabda,
Perkara terafdhal pertamanya solat,
Keduanya berbakti pada ibu dan ayah,
Barulah berjihad itu satu kefardhuan,

Aku faham perkara ini,
Namun aku kebingungan,
Dikala ini,
Mengapa ramai pejuang menjadikan alasan ini hanya untuk urusan jema'ah,
Kerna,
Mereka boleh saja ketepi semua alasan hanya kerja kerjayanya,
Mungkin juga untuk pertahan jawatannya,
Atau boleh saja berkelana untuk parti,
Mahupun persatuan yang urusanya selain dari urusan jama'ah,
Boleh saja mereka ketepikan urusan keluarganya,
Untuk memenuhi semua itu,
Inilah yang amat aku bingung,
Mengapa ini berlaku,



Semoga Mereka ini Rantaian Yang Mendokong Perjuangan Habibi Rasulullah s.a.w

Namun, Syukur pada Allah s.w.t,
Apabila talaqqi tafsirku menuju ke satu kalam Allah s.w.t,
"Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu
dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu
maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan
dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka)
maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Kata Mu'allimku,
Maksudnya menjadi musuh itu,
Mereka membantah urusanmu pada agamamu mahupun perjuanganmu,
Namun mereka sunyi tanpa kata pada urusan duniamu,
katanya lagi bukanlah kalam ini terhenti kepada Isteri dan anak-anak,
sebaliknya ianya berkisar pada sekelian keluargamu,

Aku menghela nafas,
Sedikit tenang ketika ini,
Barulah aku mengerti mengapa keluarga itu ujian para pejuang,
Rupanya ianya ujian daripada Allah s.w.t,
Untuk menilai samada Iman atau nafsu yang akan menang,
Jika iman menandingi nafsu,
Maka, perjuangan akan dipilih meskipun akan ada yang terkorban,
Namun,nafsu menguasainya,
Kadangkala perkara disangka iman rupanya nafsu yang menerajunya,

Ya Allah s.w.t,
Dengan keberkatan Rasulallah s.a.w
Bantulah aku dan ahli keluargaku,
Begitujuga para sahabat dan sahabiahku,
Istiqamahkan kami pada perjuangan,
Jauhkan daripada kami fitnah (ujian) dunia dan fitnah (ujian) keluarga,
Perlihatkan kami pada perkara haq dan bathil,
Supaya bisa kami memilih haq itu sebagai panduanku,
Ameen Ya Rabbal 'Alameen..




Waduh Syafiq,, mengerti apa yang kuajari ini??



Ya Ustaz, saya fahami ustaz apa yang diajari!! Ikhwan ekau faham tak??

HOoOo!! Comform la aku faham.. Kalau tak penuh ilmu di dada!! Haha..

Betul ke nie ikhwan?? Boleh Caye ker?..

Ish Ish!! Sufi betul laa tue.. Bagus Ikhwan tue.. Tak faham sufi nie..

Hmmmmm!!

Semoga hidayah dan taufiq Allah s.w.t diberi kepada kita.. InsyaAllah..

Allahu wa Rasulu ‘Alam..

Al Faqir Ila Allah Al Ghani..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..