Friday, May 20, 2011

*Akhirnya berpisah jua (Khas untuk sahabat2 dan adik2)

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..




Ya Allah!!


ketentuanMu pada semua manusia,


Setiap makhluk yang bertemu pasti berpisah,


Lebih bernilai disisiMu,


Apabila pertemuan itu bertaut tanpa fana’ dunia,


Manisnya bisa jadikan hati bernada sebak,


Bila mana perpisahan pertemuan itu bermula,


Rasanya begitu sayu,


Apabila imbauan memori mengingati mereka semua hadir


Sebenarnya,

Di benak hati kecilku berbisik syahdu,


Nadanya berbunyi untuk bersua lagi bersama mereka,


Kerna nilai cinta pada mereka bukan kerana fana’ pesona,


Tetapi,

Kerna hatiku mencintai mereka,


Lantara gembira melihat mereka,


Yang sentiasa mengimpikan agamaMu dijulang semula,


Hatiku berbisik,


Aku cintai mereka kerna agamaMu.


Aku cintai mereka kerna RasulMu,


Kerna mereka itu mahu menjadikan Rasulullah s.a.w itu qudwah mereka



Ya Allah,


Ingatan aku pada mereka amat utuh,

Sehingga rasanya hati ini melara jiwa untuk sebak,


Rasanya ingin sahaja aku curahi tangisan rinduku pada mereka,

Bukannya aku mengharap ehsan mereka,

Tetapi manisnya saat tika bersama mereka,


Ya Allah,


Biarlah Engkau sahaja yang mengerti,


Mengapa hibanya diriku tikaku sendiri,


Biarpun ada suara yang bernada sinis pada bisikan hatiku



Ya Allah,


Sebenarnya terkadang aku juga hairan terhadap jiwa ini,


Mengapa meratapi perpisahan ini,


Keliru aku,


Bukannya aku mendapat manafaat kemewahan dunia,

Ya Allah,

Mungkin inilah gambaran mulia nilaian ukhuwwah yang dirintis Rasulallah


s.a.w,


Biarpun mereka itu bukan darah dagingku,


Tetapi,


Lantaran jiwa mereka mengimpikan perihal RasulMu,


Menjadikan cintaku utuh pada mereka,




Ya Allah Tuhan pemilik sekelian cinta,

Sematkanlah cintaku pada mereka yang cinta padaMu,


Suburkanlah cintaku ini pada sanubari mereka,


Supaya mereka mengerti,


Walaupun kini kami tidak bersua mata,


Tetapi biarlah di hati kecil kami ini,


Jalinan kami tetap terikat dengan ukhuwwah yang suci,




Ya Rasulallah Makhluk yang mulia,

Jadikanlah kami semua umatmu,

Syafa’atkanlah kami,

Semoga kami ketemu dengan warisanmu,

Semoga aku ketemu insan yang mencintaimu dan dapat istiqamah bersama di


dalam perjuangan..





ADIK BANYAK MAIN NI.. GUNA MASA YANG ADA UNTUK TINGKAT ILMU.. BIAR JADI IMAM MUDA.. JANGAN LUPA PESANAN SAYA







ADIK GUNA MASA UNTUK TINGKATKAN ILMU KEPIMPINAN.. SEMOGA BOLEH MEMBERI MANAFAAT PADA PERJUANGAN ISLAM.. JANGAN MAIN JA..






TERIMA KASIH SOB.. DEMO BANYOK TOLONG KAWE DOH.. BLAJA BANYAK GI DEH..









UZAIR LANGSUNGKAN PERJUANGAN INSYAALLAH.. MAAF UNTUK SEGALANYA






MALIK COMEY TERUSKAN MENTARBIYYAH DIRI UNTUK PERSIAPAN DEMO




FATTAH TERUSKAN PERJUANGAN DI LABU.. JANGAN NAK MOMOROT JO YO.








KUJER SEMOGA BERTEMU DENGAN CAHAYA KEBENARAN.. INSYAALLAH





ABANG ACAP WALAU SLALU KENA MARAH, KAWE TETAP SAYANG DEMO

Semoga hidayah dan taufiq Allah s.w.t diberi kepada kita.. InsyaAllah..


Allahu wa Rasulu ‘Alam..


Al Faqir Ila Allah Al Ghani..




P/S- BANYAK LAGI GAMBAR.. TAPI BLOGGER DA MASALAH.. MAAF BAGI MEREKA TIADA DI DALAM GAMBAR DIATAS.. ANDA TETAP DISANUBARI PENULIS.. INSYAALLAH..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..