Sunday, February 6, 2011

*Aku ingin mengasihi Rasulallah s.a.w..Tapi bagaimana??

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


MAULIDUR RASUL Kedatangannya dinanti oleh pecinta Rasulallah s.a.w

Mencontohi Rasulallah s.a.w sebagai tanda kasih..

Manusia yang beriman kepada Allah s.w.t dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w amat dianjurkan supaya berpegang teguh kepada Al Quran dan As Sunnah di dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini.. Tidak kita apa jua keadaan dan waktu.. Tidak boleh sebagai seorang muslim mengambil selain daripada keduanya sebagai panduan hidup..

Hari ini seakan golongan – golongan kuffar telah berjaya menanam pemikiran dengkal pada diri umat Islam dengan cuba menjadikan umat Islam mengambil ideologi ciptaan manusia sebagai panduan di dalam kehidupan.. Antara yang jelas terjadi sekarang, ideologi nasionalisme yang bersifat perkauman amat kuat sekali menjajah pemikiran ramai umat Islam..

Seperti mana yang berlaku di Malaysia sendiri.. Semangat kebangsaan amat ditekankan terutamanya daripada pihak pemerintah sebagai dasar untuk menyatupadukan semua kaum di Negara ini.. Namun, kesan buruk yang telah berlaku terutamanya darisegi politik melayu memperjuangkan melayu, cina memperjuangkan bangsanya dan begitu juga kaum India.. Hakikat yang berlaku perpaduan masih tidak dicapai dengan baik walaupun lebih 50 negara ini bebas daripada penjajah..




Syeikhuna Al Marhum Muhammad 'Alawi Al Maliki r.a bersama anak angkat kesayangannya Syeikhuna Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki

Sewajarnya kita menjadikan Sirah Nubuwwah sebagai panduan di dalam kehidupan.. Sebagai mana yang jelas Allah s.w.t menjadikan Rasulallah s.a.w sebagai qudwah serta ikutan yang wajib dicontohi oleh semua orang yang beriman.. Hai ini ditegaskan oleh Allah s.w.t di dalam firmanNya di dalam Surah Al Ahzab ayat 21

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulallah s.a.w itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak – banyak (dalam masa susah dan senang)”..

Maksud mencontohi Rasulallah s.a.w sebagai ikutan di dalam ayat tersebut termasuk menuruti sunnah serta tidak menyalahinya, sama ada dari sudut perkataan atau perbuatan.. Malah, apa juga yang berlegar dalam ruang lingkup kehidupan Rasulallah s.a.w termasuklah di dalam dasar yang besar seperti pemerintahan dan politk, ianya tidak terhenti kepada ibadah khusus seperti solat dan zakat.. Hal ini dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam firmanNya di dalam Surah Ali – Imran ayat 31

“Katakanlah (Wahai Muhammad) “Jika benar kamu mengasihi Allah s.w.t.. Maka ikutilah daku, nescaya Allah s.w.t mengasihi kamus serta mengampuni dosa – dosa kamu.. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”..

Al Imam Qurtubi r.a berkata, “Kasih Allah s.w.t kepada hamba ialah dengan melimpahi mereka dengan nikmat yang berupa keampunan”, seperti firmanNya di dalam Surah Ali – Imran ayat 32

“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang – orang yang kafir”..

Yang disebut oleh Al Imam Qurtubi r.a akan keampunan itu ialah keampunan daripada Allah s.w.t.. Kerana sekiranya Allah s.w.t tidak mengasihi hambaNya, nescaya keampunan tidak sampai kepada hambaNya seperti mana berlaku kepada mereka yang kafir.. Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa tiada keampunan Allah s.w.t kepada mereka yang kufur kepadaNya.. Dengan berkat keampunan inilah yang bakal membina perpaduan di antara kaum.. Golongan kafir akan gerun dengan keindahan dan kehebatan Islam seperti berlaku kepada Negara Islam Madinah..




Qasidah - Qasidah dialun sebagai tanda kasih kepada Rasulallah s.a.w..

Al Imam Sahl bin Abdullah Al Tustari r.a berkata, “Tanda kasih kepada Allah s.w.t adalah dengan mengasihi Al Quran.. Tanda kasih kepada Al Quran ialah dengan mengasihi Nabi Muhammad s.a.w.. Tanda kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah dengan mengasihi as sunnah.. Tanda kesih kepada as sunnah ialah dengan kasih kepada akhirat.. Tanda kasih kepada akhirat ialah dengan kasih dengan jiwanya.. Tanda kasih kepada jiwanya ialah dengan benci kepada dunia.. Tanda benci kepada bunia ialah dengan menggunakan nikmat dunia sekadar bekalan untuk terus hidup serta tidak melampaui batas”..

Di samping itu, Rasulallah s.a.w pernah berpesan di dalam hadithnya yang bermaksud, “Sesiapa yang mencontohiku, mereka adalah umatku.. Oleh itu sesiapa yang menolak sunnahku mereka bukanlah umatku”.. Hadith Soheh riwayat Al Imam Bukhari r.a dan Al Imam Muslim r.a..

Sebagai akhirnya, mengasihi Rasulallah s.a.w bukan sekadar terhenti kepada hubungan kepada Allah s.w.t.. Perkara ini amat difahami oleh sekelian umat manusia beriman.. Permasalahan yang berlaku hari ini, ramai yang tidak memahami hubungan sesama manusia yang dibina oleh Rasulallah s.a.w samada kepada mereka yang beriman dan mereka yang kufur kepada Allah s.w.t..

Rasulallah s.a.w telah meninggalkan sunnah yang banyak dalam menjaga hubungan sesama manusia yang boleh dijadikan panduan di dalam menguruskan kehidupan seperti sistem kekeluargaan Islam, masyarakat Islam, ekonomi Islam, pentadbiran Islam, ketenteraan Islam, politik Islam, parti Islam dan sebagainya.. Marilah bersama mencontohi Rasulallah s.a.w sebagai tanda kasih kepada manusia mulia Nabi Muhammad s.a.w..

Allahu Wa Rasulu ‘Alam..

Al Faqir Ila Allah Al Ghaniy..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..