Monday, February 14, 2011

*Salam Maulidur Rasul 1432 H

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..



Maulidur Rasul “ Kewajiban untuk meraikannya”

Seakan menjadi adat diterima syariat yang terdapat di bumi melayu setiap kali 12 Rabi’ul Awwal setiap tahun Hirjiyyah akan diserikan dengan majlis Maulidur Rasul sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat kurnian Allah s.w.t yang terbesar di dunia ini kepada semua makhluk yakni kelahiran Baginda Nabi Muhammad s.a.w..

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Anbiyya’ ayat ke 107

“Tidak kami utuskan engkau (Muhammad s.a.w) melainkan sebagai rahmat ke sekelian ‘alam”..

Jelas ayat ini menyebut, sekiranya tiada insan yang bernama Muhammad Bin Abdullah s.a.w ini diutuskan oleh Allah s.w.t.. Nescaya, pasti kelam alam ini dipenuhi dengan kegelapan jahiliyyah yang tidak berseri dengan cahaya keimanan yang bersulamkan nilaian keislamanan yang dihiasi dengan nikmat ihsan..

Wajib kepada Ummah Islam untuk berasa gembira dengan kelahiran Rasulallah s.a.w ke atas muka bumi ini.. Baginda s.a.w telah membawa khabaran gembira kepada mereka yang beriman kepadanya dan peringatan kepada mereka yang ingkar kepadanya.. Allah s.w.t sendiri mengankat darjat seorang hamba yang bernama Muhammad s.a.w sebagai semulia makluk dengan mengakui darjatnya disisi Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Israa’ ayat pertama

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya”..

Ayat ini Allah s.w.t telah menggunakan dhamir atau kata ganti mana kepada kalimah hamba yakni abdu menunjukkan nilaian seorang hamba yang diakui dan dikasihi olehNya..

Rasulallah s.a.w tidak pernah terlintas untuk dibawa menghadap Allah s.w.t kerana mengatahui hakikat seorang hamba.. Sebaliknya, Allah s.w.t sendiri telah memuliakan Rasulallah s.a.w dengan menjemputnya untuk bertemu di malam hari sewaktu peristiwa Isra’ Wal Mikraj..

Secara ringkasnya, dapat difahami bahawa peri pentingnya untuk memuliakan Rasulallah s.a.w kerana Allah s.w.t sendiri telah mengangkat Baginda s.a.w sebagai kekasihnya yang wajib diberi selawat dan salam kepadanya.. Maka, apakah wajar kita tidak meraikan kegembiraan dengan anugerah kelahiran Rasulallah s.a.w?.

Amatlah rugi sekiranya kita tidak meraikan kelahiran Rasulallah s.a.w.. Namun, hari ini kedapatan suara – suara sumbang yang menyatakan sambutan Maulidur Rasul ini merupakan suatu perkara yang bida’ah.. Setiap yang bida’ah itu sesat dan setiap yang sesat itu masuk neraka..




Al Musnid As Syeikh Fuad Al Maliki pejuang agama Allah s.w.t

Sekiranya kita merujuk kepada Ulama Muda As Syeikh Fuad Al Maliki, beliau selalu menyatakan bahawa pendapat ini merupakan pandangan yang dengkel dan hanya mereka yang jahil akan hakikat kebesaran anugerah Rasulallah s.a.w akan menerima pandangan ini sebagai hujjah.. Kerana yang mula – mula menyambut Maulidur Rasul ini ialah Baginda Nabi s.a.w sendiri yang melaksanakannya..

Dalilnya, di dalam suatu riwayat yang soheh.. Ketika mana Rasulallah s.a.w di tanyakan berkaitan puasa sunat hari Isnin yang dilaksanakannya.. Maka, Rasulallah s.a.w menyebutkan bahwa “Pada hari Isnin aku dilahirkan dan pada hari Isnin wahyu pertama turun kepadaku” .. Jelas membuktikan bahawa, Rasulallah s.a.w sendiri menyambut maulidnya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t..

Malah, orang yang pertama menyambut Maulidur Rasul secara berjema’ah ialah Khalid Muzaffar Shah yakni ipar kepada Al Imam Solahuddin Al Ayubi.. Manusia yang telah membuka kota Baitul Maqdis daripada tawanan kerajaan Rom Timur yakni Byzainten.. Al Imam Solahuddin sendiri tidak pernah memahari iparnya melaksanakan Maulidur Rasul.. Malah, member galakan kepadanya.. Sehinggakan setiap kali sebelum azan subuh berkumandang.. Pasti qasidah – qasidah yang memuji Rasulallah s.a.w dilaungkan..

As Syeikh ‘Alawi Al Maliki r.a pernah menyebutkan bahwa “Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa wajib untuk diadakan sambutan Maulidur Rasul di saat ini, memandangkan keadaan Ummah Islam di zaman ini yang semakin jahil terhadap diri Rasulallah s.a.w”.. Kata – kata As Syeikh ini bukanlah dalil qat’ie yang perlu dilaksanakan.. Tetapi, boleh dijadikan sandaran sebagai pandangan yang perlunya untuk melaksanakan Maulidur Rasul supaya Ummah Islam tidak jahil terhadap Rasulallah s.a.w dan memuliakannya..

Menjadi hakikat pada hari ini, ramai Ummah Islam sendiri tidak mengatahui akan sirah nubuwwah yang menunjukkan tauladan.. Ramai yang jahil dan tidak tahu untuk mengambil qudwah yang ditinggalkan oleh Rasulallah s.a.w di dalam Sunnahnya.. Lantara itulah, ramai yang mengambil ideologi – ideologi ciptaan manusia untuk mengurus kehidupan..

Sebagai contoh, nasionalisme telah diambil untuk membentu perpaduan.. Diterapkan ke dalam hati Ummah Islam supaya ekstrim terhadap bangsa dan perlu bersatu di atas dasar bangsa.. Sedangkan Rasulallah s.a.w telah mengajarkan Islamlah perlu dijadikan dasar untuk membentuk perpaduan seperti mana yang berlaku di Negara Islam Madinah.. Dimana semua kaum berada di bawahnya.. Tidak kira, Muhajirin, Ansor, Yahudi dan Bangsa Arab..



Mereka - mereka yang bergerak kerja untuk perjuangan Islam di kampus.. Antara contoh, mereka mencintai Rasulallah s.a.w (Exco - exco PMIUSMKKj)

Di dalam kita menyambut Maulidur Rasul.. Asas pertama yang wajib hadir ialah memuliakan Rasulallah s.a.w.. Allah s.w.t telah memerintahkan orang – orang beriman supaya memulikan Rasulallah s.a.w.. Hal ini ditegaskan di dalam firmannya Surah Al Fath ayat 9

“(Kami mengutuskanmu wahai Muhammad s.a.w) supaya engkau dan ummatmu beriman kepada Allah dan RasulNya dan supaya kamu kuatkan agamaNya serta memuliakannya”..

Perkataan yang bermaksud memuliakan memberi makna: Hendaklah kamu memuliakan, mengagungkan serta meninggikan Rasulallah s.a.w.. Pendapat yang lain membawa maksud: Menolongnya serta menjadikannya pemimpin..

Di dalam konteks sekarang untuk mengagngkan dan meninggikan Rasulallah s.a.w wajib untuk kita mengambil pembendaharaan Al Quran dan As Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulallah s.a.w untuk mengatur kehidupan.. Bermula daripada sekecil – kecil perkara seperti pengurusan diri sehinggalah sebesar perkara seperti kenegaraan dan politik semuanya perlu rujukan kepada Rasulallah s.a.w termasuklah politik kepartian yang diamalkan di dalam Negara Malaysia..

Wajar Parti Politik yang menjadikan Islam sebagai dasar diangkat untuk dijadikan pemimpin.. Kerana hanya Parti Islam yang akan membicarakan persoalan pembangunan rohani dan jasmani dengan ikhlas dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga seperti yang berlaku sekarang oleh kebanyakan pihak pemerintah di Negara – Negara yang menyatakan keislaman mereka..

Sebagai akhirnya, Maulidur Rasul sebenarnya perlu diraikan setiap hari.. Lantaran, keseluruhan kehidupan kita amat bergantung kepada Rasulallah s.a.w dengan izin Allah s.w.t.. Namun, disini diberikan tumpuan kepada sambutan Maulidur Rasul tahunan yang seakan menjadi adat yang diterima oleh syari’at.. Marilah bersama kita meraikan Maulidur Rasul dengan penuh kegembiraan dan memperbanyakkan salam serta selawat kepada Rasulallah s.a.w..

Al Imam Sahnun r.a seorang ulama’ mazhab Maliki pernah berkata “Berselawatlah kepada Rasulallah s.a.w dengan penuh ikhlas dan dengan mengharapkan pahala”.. Bahkan Rasulallah s.a.w pernah bersabda “ Orang yang utama mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah mereka yang paling banyak selawat kepadaku”..

Allahu wa Rasulu ‘Alam..

Al Faqir Ila Allah Al Ghani..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..