Sunday, January 23, 2011

*Akhlak di dalam berjama’ah atau bepersatuan..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Mesyuarat @ Syura perkara yang dianjurkan oleh Rasulallah s.a.w

ADAP BERIKHTILAF

Setiap manusia pasti dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan gaya pemikiran yang tersendiri.. Dengan berlatarbelakangkan pengaruh pentarbiyyah keluarga, latar belakang pendidikan, sifat peribadi dan pengaruh keadaan sekililing yang berbeza setiap individu.. Pasti setiap manusia akan mengamati dan menilai sesuatu perkara yang sama dengan olahan yang berbeza.. Natijahnya, perbezaan pendapat akan berlaku pada setiap manusia apabila menilai sesuatu perkara..


Dalam kontek berjema’ah ataupun bepersatuan, tidak dapat tidak pasti akan wujud perbezaan pendapat dalam sistem pengurusan jema’ah.. Setiap individu yang menyertai sesebuah jema’ah, pasti mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri di dalam pengurusan jema’ah.. Perkara ini merupakan fitrah kepada manusia.. Allah s.w.t sebagai Tuhan yang mencipta manusia Maha Mengetahui perkara ini..


Hal ini dapat difahami di dalam banyak ayat – ayat Allah s.w.t di dalam Al Quran.. Antara garis panduan yang ditetapkan seperti ayat 103 Surah Ali ‘Imran

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai

Syeikh Fuad Al Maliki pernah menyebut ayat ini membenarkan manusia untuk berbeza pendapat sesama manusia.. Apa juga pendapat yang tidak berlanggar dengan syara’ dibenarkan untuk disuarakan.. Namun, perlu difahami.. Di dalam kita cuba untuk berpegang dengan pandapat diri sendiri.. Jangan sampai kita berpecah belah dan bermusuhan dalam mempertahankan pandangan diri sendiri..


Lantaran itulah, Allah s.w.t mengarahkan supaya Al Quran dan Sunnah Rasulallah s.a.w perlu menjadi panduan dalam tindakan dengan pimpinan Para Alim Ulama’..

Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata:

"Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah s.w.t"..


Setelah kita berbincang secara ringkas berkaitan secara fitrahnya disebut oleh Allah s.w.t bahawa sifat manusia pasti akan berbeza pandapat di dalam sesuatu perkara dan hudud yang ditetapkan oleh Allah s.w.t sejauh mana diizinkan untuk berbeza pendapat atau disebut sebagai berikhtilaf..



Ukhuwwah Di Kalangan Ahli Persatuan perlu dipupuk seperti semua ketua Exco PMIUSMKKj..

Mungkin kita boleh berbincang serba sedikit, bagaimana Para Ulama’ Harakatul Islamiyyah mengajar untun mengurus ikhtilaf di dalam jema’ah kerana ianya kelaziman yang pasti berlaku.. Jika tidak diberi penekanan dengan baik, Maka akan pincang gerak kerja jema’ah.. Lebih – lebih lagi melibatkan gerak kerja dakwah dan tarbiyyah..

Asas utama yang perlu dibentuk di dalam setiap diri ahli jema’ah ialah kefahaman terhadap wehdatul fikh wehdatul amal.. Setiap ahli jema’ah perlu memiliki kesatuan fikh ataupun pemikiran yang sama.. Masing – masing perlu memahami ghoyah dan hadaf jema’ah untuk membentuk pemikiran yang sama sehingga dapat mengetepi kepentingan peribadi, jawatan ataupun nama untuk mencapai kesatuan pemikiran..

Maka, apabila tercapainya kesatuan pemikiran.. Akan terhasillah kesatuan amal ataupun difahami dengan gerak kerja tersusun yang diterima oleh semua anggota jema’ah untuk melaksanakannya.. Hasilnya, pencapaian yang optimin akan terhasil walaupun mungkin gerak kerja yang sedikit ataupun kecil..

Namun, untuk membentuk wehdatul fikh wehdatul amal bukanlah suatu perkara yang mudah.. Rasulallah s.a.w telah mengajar bagaimana untuk menguruskan sesuatu jema’ah dan Syura ataupun mesyuarah merupakan elemen penting yang ditarbiyyah oleh Baginda s.a.w perlu dijadikan medan untuk membentuk nilaian wehdatul fikh wehdatul amal..

Disebabkan perkara ini, penting bagi semua ahli jema’ah memahami akhlak atau etika di dalam mesyuarat.. Mesyuarat perlu dijadikan medan untuk berikhtilaf.. Ianya merupakan wasilah yang penting untuk menyalurkan kesemua pendapat terhadap sesuatu perkara..

Masalah yang berlaku pada hari ini, ramai di kalangan ahli jema’ah tidak menggunakan mesyuarat sebagai medan untuk menyalurkan pandangan.. Ramai yang di dalam mesyuarat senyap sahaja dan seakan akur dengan apa yang dibahaskan di dalam mesyuarat.. Namun, apabila sesuatu keputusan di ambil selepas diputuskan di dalam mesyuarat.. Timbul tidak puas hati di kalangan yang tidak bersuara di dalam manyarakat.. Lebih malang lagi, timbul gerak kerja tersembunyi di kalangan ahli jema’ah untuk mengagalkan keputusan mesyuarat yang telah diputuskan..

Natijahnya, gerak kerja dakwah dan terbiyyah ahli jema’ah tidak mencapai tahap yang optimum.. Masalah – masalah utama gerakan Islamiyyah tidak dapat dilaksanakan seperti menyampaikan maksud Islam kepada masyarakat, mencari pelapis – pelapis baru rantaian perjuangan Rasulallah s.a.w dan gerak kerja menjatuhkan golongan zalim.. Hal ini kerana, pimpinan jema’ah terpaksa menyelesaikan konflik-konflik dalaman jema’ah yang dicetuskan oleh mereka - mereka yang tidak beradap di dalam beriktilaf..

Perkara inilah yang juga menjadi permasalahan di zaman Rasulallah s.a.w.. Antaranya, Abdullah Bin Ubay Bin Salul.. Bapa munafiqqin di Madinah.. Di dalam permesyuaratan bersama Rasulallah s.a.w semuanya bersetuju dengan keputusan di ambil.. Namun, apabila gerak kerja di ambil mulalah mencipta adu domba untuk mengagalkan perancangan yang dibuat.. Sebagai contoh di dalam perang Uhud.. Mulanya 1000 orang tentera Islam yang berbai’ah untuk bersama berjuang.. Tetapi, 300 orang tentera kembali ke Madinah dan meninggalkan medan peperangan lantaran di api – apikan oleh bapa munafiqqin Madinah..


Kita Perlu Bersatu dan Bukan Berpecah Belah!! Presiden PMIUSMKKj..

Sebagai akhirnya, dengan batasan yang ada.. Penulis ingin menegaskan kembali kepada diri sendiri dan semua.. Islam meraikan perbezaan pendapat di kalangan Ummat.. Kerana itulah kita boleh menyaksikan empat mazhab fiqh yang utama.. Namun, Islam melarang pepecahan di kalangan Ummat Islam disebabkan perbezaan pendapat.. Rasulallah s.a.w sendiri pernah bersabda “"Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah satu rahmat dan perpecahan itu azab (menyakitkan)”..

Justeru, wajar hadir perasaan saling hormat menghormati dan menghargai antara satu sama lain sebagai ahli jema’ah kerana kita semuanya diciptakan Allah s.w.t dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Biarpun kita adalah sebaik-baik makhluk.. Pendapat atau pandangan boleh saja diterima dan boleh juga ditolak, kerana ia hanyalah pandangan, bukan wahyu yang bersifat qat’ie.. Tidaklah menjadikan seseorang itu rendah martabat atau menjadi hina jika pendapatnya ditolak.. Malah lebih mulia kerana bersifat thiqah sesama manusia..

Allahu wa Rasulu ‘Alam..

Al Faqir Ila Allah Al Ghani..



http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

1 comment:

GEMBALA SUARA said...

hahaha...i suka abam syafiq punya pic....i lyke !

Dengan Nama Allah s.w.t..