Sunday, January 2, 2011

*Aku Yang Baru

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Saat untuk menghadapi peperiksaan.. Tengok depa.. Mai PI dulu.. Solat baru pereksa.. Kan molek..

Iman dan Peperiksaan Semester

Syukur pada Allah s.w.t , hari ini memasuki 29 Muharram 1432 H.. Masih lagi Allah s.w.t memberikan subsidi nyawa yang disulami iman kepada kita sebagai seorang siswa/i yang bakal memakmurkan bumi ini di masa hadapan, InsyaAllah.. Syukur pada Allah s.w.t, kerana telah memberi nikmat tauladan terbaik yakni Sayyidina Muhammad Rasulallah s.a.w .


Minggu ini masuk minggu ke – 2, minggu kuliah semester ke – 2 sidang 2010/2011 kepada siswa/i USM khususnya kampus kejuruteraan.. Maka, setiap siswa/I pasti telah mengetahui tahap akademik masing – masing.. Di sana, pasti terdapat kumpulan yang memperolehi kecemerlangan dan tidak kurang juga kumpulan yang kurang sedikit menyerlah prestasi akademiknya..


Apapun tahniah dan takziah kepada semua siswa/I di atas kuputusan masing – masing.. Redhalah dengan keputusan yang diterima.. Tekadkan azam untuk berubah ke arah yang lebih baik daripada kuputusan yang sedia ada..




Bacaan Yasiin antara tawakal yang dibuat disamping usaha yang dilaksanakan..

Namun, sebagai seorang mukmin.. Perlu kita fahami, sebenarnya apa juga keputusan yang kita perolehi pada semester lepas tidak boleh kita biarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa dikaitkan dengan keimanan kita kepada Allah s.w.t..


Satu peringatan Allah s.w.t di dalam Surah Al Ankabuut ayat pertama sehingga ke-3..

“Alif laam miim”.. “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?” .. “Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya.. Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”'


Tiga ayat awal daripada Surah Al Ankabuut ini sebenarnya perlu diberi perhatian oleh kita sebagai seorang siswa/i.. Setiap apa yang berlaku terhadap diri kita.. Termasuklah keputusan yang telah kita perolehi sebenarnya mempunyai hak yang perlu kita tunaikan.. Terutamanya, adakah berlakunya perubahan yang soleh dalam diri kita..


Satu perkara yang wajar kita fahami.. Keputusan yang kita peroleh pada semester lepas.. Ianya berlaku dengan izin Allah s.w.t.. Walaupun, kadang – kadang terdetik di hati kita ianya semata-mata usaha kuat yang kita laksanakan.. Maka, kita perlu perbaiki detikan hati kita ini dengan menyatakan pada hati ianya adalah anugerah Allah s.w.t..


Seterusnya, kita serulah pada hati kita.. “Aku perlu berubah ke arah kebaikan, Allah s.w.t telah beri padaku keputusan ini, wajar untukku kembali memikirkan tujuan aku lahir ke dunia ini, wajar aku teruskan kejayaan untuk kegembiraan kedua ibubapaku, wajar untukku tidak mensiakan nyawa yang diberikan kepadaku”..


Kemudian, cuba fikirkan.. Apakah keputusan yang kita perolehi semester lepas samada berjaya atau sebaliknya, dapat menjadikan kita semakin dekat dengan Allah s.w.t ?.. Dengan keputusan yang diperolehi menjadikan kita istiqamah dengan Solat fardhu terutamanya Solat Jema’ah di Pusat Islam?..


Apakah ianya menjadikan kita bertambah baik darisegi batasan aurat kita?.. Dengan keputusan yang diperolehi ada keinginan untuk kita lebih menjaga batasan aurat tubuh badan kita.. Atau apakah dengan keputusan yang diperolehi, kita dapat menjaga adap dalam berikhtilat sewaktu melaksanakan kerja kumpulan dan sebagainya?..




Penuh kegembiraan selepas tamat peperiksaan semester lepas.. Presiden dan Matan Presiden PMIUSMKKj..

Sebagai akhirnya, keputusan yang diraih pada semester yang lalu sebenarnya merupakan alat untuk siswa/i bermuhasabah diri samada ada kita berada di dalam golongan beriman ataupun sebaliknya.. Perkara utama yang perlu dinilai ialah apakah keputusan itu mampu membawa kita untuk terus beriman dan bertakwa?..


Sebenarnya, perkara penting yang cuba diketengahkan berdasarkan keputusan peperiksaan semester lepas ialah apakah sebenarnya respon yang kita laksanakan setelah memperoleh keputusan itu..


Ada sebahagian manusia apabila dia diuji dengan kejayaan pelajaran.. Dia menjadi taat kepada Allah s.w.t.. Dia terus teriltizam untuk menjalankan peranannya untuk mengangkat Islam sekalipun diperlekeh oleh masyarakat sekelilingnya.. Kerana dia tahu akan sabdaan Rasulallah s.a.w “Barangsiapa mengucap Tiada Tuhan Selain Allah, Maka dia seorang pendakwah”.. Begitu juga sebahagian manusia yang diuji dengan kegagalan.. Dia tetap istiqamah dengan gerak kerja Islam kerana dia yakin akan hikmah yang tersumbunyi untuknya..


Namun, ada juga manusia yang diberikan kejayaan.. Dia semakin ujub dengan dirinya.. Dia melupakan Allah s.w.t.. Dia meninggalkan gerak kerja Islam atas urusan peribadi, dengan alasan keluarga, persahabatan dan sebagainya.. Ada juga manusia yang gagal terus meninggalkan gerak kerja Islam dengan alasan untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.. Walhal, banyak lagi perkara yang lalai tetap dia istiqamah melakukannya.. Dia menjadikan alasan pelajaran untuk meninggalkan gerak kerja Islam..


Semoga Allah s.w.t mencampakkan hidayah kepada kita untuk terus istiqamah dengan Islam dan pesanan terakhir untuk bicara kali ini.. Letakkanlah diri kalian bersama mereka yang ingin diredhai Allah s.w.t.. Sibukkanlah diri anda dengan organisasi-organisasi Islam seperti Pusat Islam, Persatuan Mahasiswa islam dan Parti Islam.. InsyaAllah, Allah s.w.t akan sibukkan diri kalian dengan Iman , Islam dan Ihsan serta menjauhkan kalian daripada kemaksiatan, kemungkaran dan perkara yang sia-sia.. Berusahalah menjadi "AKU YANG BARU""


Allahu ‘Alam, Al Faqir Ila Allah Al Ghani..


http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..