Sunday, August 22, 2010

*Bergembiralah wahai si perindu

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w.



Orang Mukmin sentiasa berharap akan Ramadhan menjadikan dirinya lebih dekat dengan Allah s.w.t..


Puasa dan kegembiraannya


Ramadhan tahun 1431 Hijrah telah memasuki hari yang ke-13..Setinggi kesyukuran sewajarnya dilazimi oleh setiap mukmin lantaran diizinkan Allah s.w.t untuk tetap berada di madrasah tarbiyyah yang membina manusia ke arah ketakwaan..


Rasulallah s.a.w pernah bersabda memberi khabar gembira kepada mereka yang menunaikan kewajiban puasa “Bagi orang yang berpuasa memperolehi dua kegembiraan : Iaitu kegembiraan sewaktu berbuka dan kegembiraan sewaktu bertemu dengan Tuhannya”..


Manusia tidak boleh lari dengan nafsu yang cerderung kepada makan,minum dan pernikahan.. Mereka yang berpuasa terpaksa menahan kemaraan nafsunya sepanjang tempoh larangan untuk melunaskan kehendak nafsunya.. Apabila tiba saat larangan itu terhapus, sudah pasti mereka gembira dengan keharusan itu terutamanya ketika nikmat-nikmat itu amat dihajati..


Kegembiraan inilah yang bakal diperoleh oleh mereka yang berpuasa.. Setelah Allah s.w.t mengharamkan kehendak syahwatnya diwaktu siang hari kemudiannya diharuskan dimalam hari.. Alangkah gembiranya manusia di saat waktu berbuka itu.. Malahan, mereka disunatkan berbuka dengan segera dan malaikat pula berselawat (mendoakan kerahmatan) ke atas mereka yang segera berbuka dan melewatkan sahur..



Perbanyakkanlah berdoa di bulan Ramadhan kerana makbul doa mereka yang berpuasa!!

Bagi orang yang puasa juga dimakbulkan segela doa-doa mereka sebagaimana hadith riwayat imam ibnu majah r.a “sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa-doa yang tidak tertolak”..


Apabila berbukanya mereka yang berpuasa, diniatkan untuk mendapat kekuatan untuk beribadah diwaktu malamnya.. Maka dia dikurniakan pahala atas perbuatannya sebagaimana dia berniat ketika tidur diwaktu malam ataupun siang untuk mendapat kekuatan beribadah kepada Allah s.w.t..


Di dalam satu hadith riwayat syeikh abdul qadir al jilani r.a “Tidur orang yang berpuasa adalah ibadah, diamnya adalah tasbih, doanya adalah mustajab dan amalannya digandakan (pahalanya)"


Namun perlu diingatkan, orang yang tergolong di dalam golongan ini hanyalah mereka yang melunaskan syarat-syarat berbuka dengan sesuatu yang halal.. Sekianya haram makanannya.. Maka, doanya tidak diterima oleh Allah s.w.t..




Bertadaruslah di bulan Ramadhan kerana ianya tidak pernah ditinggalkan Rasulallah s.a.w



Sekiranya di dunia kegembiraan yang tersedia di saat berbuka puasa. Maka, di akhiratnya lebih besar kegembiraan yang diperolehi ketika bertemu dengan Tuhannya.. Syeikh Muhammad Puad Kamaluddin Al Maliki menjelaskan di dalam kitabnya Tazkirah Ramadhan kegembiraan yang dimaksudkan ialah kegembiraan sewaktu mendapat pahala puasanya yang tersimpan di sisi Allah s.w.t sebagaimana firmannya di Surah Al Muzammil ayat 20..


“Dan ingatlah, apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalanuntuk diri kamu tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah s.w.t sebagai balasan yang senaikpnaiknya dan amat besar pahalanya”..


Pahala orang yang berpuasa tidak akan diambil dan tidak akan terhapus disebabkan oleh hutang piutang kezaliman yang dilakukan semasa hidupnya,, Allah s.w.t menyimpan pahala tersebut sehnggalah orang berpuasa itu memasuki syurga dengan pahala puasanya,,


Di akhirat kelak, Allah s.w.t membuka seluasnya perbendaharaan hamba-hambaNya, maka mereka yang bertakwa akan mendapati bahawa perbendaharaan mmereka kemuliaan dan bagi mereka yang berdosa di dalam perbendaharaan mereka yang kerugian dan penyesalan..


Sekian, terima kasih..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..