Tuesday, August 10, 2010

*Saat Cinta Menanti

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w.

Hidupkan Solat Terawih di sepanjang Bulan Ramadhan !!!

Ahlan Ya Ramadhan


Ramadhan bakal tiba seketika nanti.. Terasa amat singkat sekali keberangkatannya setelah meninggalkan manusia hampir setahun.. Pejam celik mata ini tidak mampu untuk menterjemah berapa jangkaan masa yang sebenar berlalunya Ramadhan.. Kiraannya tetap setahun.. Namun, perasaannya seakan baru sahaja semalam selesai sudah puasa Ramadhan yang terakhir..


Ramadhan biasanya digambarkan umpama madrasah atau pusat pengajian yang mentarbiyyah mereka yang beriman kembali kepada fitrah yang hakiki. Puasa merupakan subjek utama yang disediakan sebagai silibus yang wajib ambil dan wajib lulus..


Puasa merupakan ibadah yang amat simbolik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri lantaran ianya menjadi rahsia di antara seseorang hamba dengan TuhanNya.. Allah s.w.t memilihnya sebagai ibadah yang dijamin membawa manusia untuk dipersilakan masuk ke syurga dan layak bertemu denganNya..


Rasulallah s.a.w pernah mengungkapkan satu hadith qudsi yang diilhamkan oleh Allah s.w.t “Semua amalan anak Adam adalah baginya, melainkan puasa, maka ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya”.ini menunjukkan istimewanya ibadah puasa itu dan beruntunglah mereka yang berada di madrasah Ramadhan




Ukhuwwah Islamiyyah akan lebih mantap selepas bersama mngabdikan diri kepada Allah s.w.t

Di dalam lingkaran waktu meniti pengajian di madrasah Ramadhan.. Beberapa persediaan yang perlu disempurnakan untuk meletakkan diri dalam keadaan bersedia menempuh tarbiyyah Ramadhan dengan sempurna..


Pertama, persediaan rohani.. Secara mudahnya, jiwa perlu dibersihkan daripada mazmumah yang terkandung di dalamnya.. Ibadah di bulan Ramadhan perlu dilaksanakan dengan keadaan yang sentiasa mengingati Allah s.w.t.. Kata Ulama’ “Ibadah yang tidak disertai dengan ingatan ikhlas kepada Allah s.w.t seumpama jasad manusia yang ketiadaan roh”..


Kedua, persiapan ilmu.. Ilmu merupakan asas yang menunjangi ad deen Islam.. Tanpa ilmu, segala ibadah akan tertolak dan tidak diterima.. Kerana itu sabda Rasulallah s.a.w “Ilmu itu imam kepada amal.. Dan amal adalah makmumnya”..


Ketiga, persiapan jasad.. Badan yang sihat dapat menbantu kesempurnaan segala ibadah yang dilakukan.. Maka, menjaga kesihatan merupakan perkara penting yang perlu ditekankan.. Ingatlah peringatan Rasulallah s.a.w yang menekankan bahawa dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia yakni nikmat masa lapang dan kesihatan..


Keempat, persiapan kebendaan.. Infak dengan cara bersedekah merupakan amalan yang baik dilaksanakan dibulan Ramadhan. Selain itu, member ifthar juga merupakan amalan yang dituntut..




Jangan terus biarkan Pusat Islam sunyi dengan imarah dari manusia!!! Tolonglah dirimu!!!

Sebagai akhirnya, penulisan ini hanya sekadar peringatan kepada diri penulis sendiri dan nasihat kepada semua mukmin sekelian.. Tujuannya hanyalah untuk kita sama-sama menghayati dan mengisi sebaik-baiknya Ramadhan in.. Janganlah itu berlalu dengan sia-sia.. Kita akan terus berada di dalam kerugian kerana tidak bijak menggunakan kesempatan dan tidak menghargai hadiah istimewa yang dianugerahkan..


Kepada semua pejuang di jalan Allah s.w.t.. Di bulan inilah untuk sama-sama membina tarbiyah diri untuk membina semangat jihad dan pengorbanan dalam melepasi halangan bermula daripada nafsu, syaitan laknatullah dan manusia yag sentiasa dengki dengan Islam.. Inilah medan untuk membina jatidiri seorang pejuang.. Hiasilah malam Ramadhan dengan qiamulail.. InsyaAllah.. Semoga kita dipermudahkan..


http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..