Thursday, September 2, 2010

*Ketika cinta kian pudar

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w.


Bagaimanakah ramadhan untukku di tahun ini? Apakah bermakna?

Pertengahan fasa ketiga

Alhamdulillah.. Akhirnya kita diizinkan Allah s.w.t memasuki pertengahan fasa yang ketiga di madrasah ramadhan.. Sebagai Umat Muhammad s.a.w wajib kita menjadikan saat genting ini untuk menggunakan saki baki ramadhan untuk mencapai “outcame based education” (OBE) iaitu ketakwaan..

Di dalam proses mencapai “Key performance index” (KPI) yang perlu diraih oleh setiap manusia yang beriman yakni takwa.. Allah s.w.t melalui Rasulallah s.a.w telah memberikan bantuan talian hayat yang dapat membantu manusia..

Tiga talian hayat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada semua hambaNya.. Pertamanya, di sepuluh malm yang pertama dengan rahmat Allah s.w.t yang dapat membantu manusia beribadah.. Keduanya, keampunan ke atas setiap dosa noda yang telah dilakukan terdahulu dan akhirnya disediakan jaminan pelepasan api neraka..

Kini, dengan keizinan Allah s.w.t.. Kita diberikan subsidi nyawa untuk hidup di fasa ketiga yang amat didamba oleh setiap orang beriman yani pelepasan azab neraka.. Di dalam memenuhi ruangan masa di sepuluh malam terakhir yang malamnya tersembunyi satu malam yang disebut lailatu qadar.. Elok kiranya kita melihat sirah nubuwwah yang tersimpan penuh hikmat..



Ya Allah jauhkan aku daripada azab nerakaMu!!!

Antara contoh tauladan yang boleh diambil daripada sirah Rasulallah s.a.w ialah ketika mana Rasullah s.a.w bertemu dengan malam lailatul qadar.. Pada malam tersebut, rasulallah s.a.w bertahajjud pada malam lailatul qadar dan membaca ayat al quran dengan bacan yang tartil..

Rasulallah s.a.w tidak akan membaca ayat yang menyebutkan tentang rahmat melainkan berhenti seketika untuk memohon rahmat Allah s.w.t.. Rasulallah s.a.w juga tidak akan terus membaca ayat yang membicarakan tentang azab tanpa memberhentikan seketika bacaannya untuk memohon pelepasan daripada Allah s.w.t..

Terhimpun di dalam solat Rasulallah s.a.w dengan bacaan al quran, doa dan tafakkur.. Inilah semulia dan afdhal amalan serta sempurna yang wajib dilakukan pada malam sepuluh akhir Ramadhan.. Inilah antara contoh yang perlu dijadikan inspirasi kepada orang beriman untuk beribadah kepada Allah s.w.t..

Golongan salafus soleh juga memberikan tauladan yang baik kepada umat islam untuk mencontohi kesungguhan mereka menghidupkan malam sepanjang bulan Ramadhan khususnya di sepulu malam terakhir..

Al Imam sufyan al thauri r.a pernah berkata “Berdoa pada malam lailatul qadar lebih saya sukai daripada solat.. Maksudnya, banyak berdoa lebih afdhal daripada mengerjakan solat yang tidak mengandungi doa yang banyak,, Tetapi sekiranya dihimpun solat dan berdoa sekali, adalah lebih baik”..




Terimalah aku sebagai hambaMU Ya Allah!!!

Maka, sebagai manusia awam yang penuh dengan kelemahan dan dosa noda yang terpalit di jiwa.. Wajib kepada kita untuk mendirikan malam di waktu terakhir madrasah ramadhan ini untuk mencontohi Rasulallah s.a.w .. Sedarilah, kita penuh dengan dosa dan noda.. Banyak kemungkaran dan kekejian yang dilakukan oleh kita..

Maksiat hari ini berleluasa di mana sahaja.. Manusia semakin hilang malunya sehingga sanggup melakukan dosa noda tanpa rasa bersalah kepada Allah s.w.t.. Wanita yang mengakui beriman, ramai yang mendedahkan auratnya.. Adapun yang tertutup, bentuk lekuk tubuhnya terpamer murah untuk menjadi tatapan kaum lelaki..

Di zaman fitnah ini , tidak boleh lari kita daripada melakukan dosa.. Maka, ramadhan menyediakan peluang untuk kita menghadapi fitnah yang berlaku di zaman ini.. Penekanan juga diberikan kepada mereka yang mengaku berjuang dijalan Allah s.w.t..

Ramadhan merupakan pentas untuk para pejuang meningkatkan keimanan dan ketakwaan untuk menghadapi cabaran dakwah yang penuh dengan onak duri.. Tarbiyyah rohani perlu kuat pada diri para pejuang kerana golongan ini akan diuji dengan penuh gentingnya.. Hanya mereka yang bersedia akan terus istiqamah berjuang dan tidak future.. Inilah kunci kejayaan Rasulallah s.a.w dalam proses penyebaran islam itu sendiri..

Sebagai akhirnya, di dalam sebuah hadith , daripada Abu Hurairah r.a “ Sesiapa yang bangun (menghidupkannya dengan melakukan solat tahajjud dan amalan-amalan lain) pada malam lailatul qadr dengan penuh keimanan dan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah s.w.t , nescaya diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”..


http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..