Monday, July 26, 2010

*Antara Islam dan Bangsa

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Hai!!! Bilakah Ummah Islam akan kembali ke arah fitrah mereka yang sebenar??


Antara Perjuangan menegakkan Islam dan memperjuangkan bangsa


Islam merupakan ad-deen yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada insan mulia Saidina Muhammad ibnu Abdullah s.a.w.. Rasulallah s.a.w mentarbiyyah ummah melalui Al Kitab yakni Al Quran dan juga Hadith yakni sunnah Rasulallah s.a.w dalam setiap aspek kehidupan manusia..

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Jumu’ah ayat 2

“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,”

Islam merupakan ad-deen yang menyatukan semua puak dan bangsa dibawah satu iktiqad mengesakan Allah s.w.t dan membenarkan Rasulallah s.a.w melalui petunjuk pewaris An Biyya’ yakni Para Ulama’ r.hum..

Islam menyamaratakan semua puak dan bangsa dibawah panji takwa.. Hanyalah nilai takwa yang membezakan darjat seseorang manusia di sisi Allah s.w.t.. Tidak ada suatu kelebihanpun di sisi Allah s.w.t mana-mana bangsa termasuklah bangsa Arab yang merupakan keturunan Rasulallah s.a.w sendiri..

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Hujuraat ayat 13

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Peringatan Allah s.w.t di dalam ayat di atas menjelaskan bahawa tidak di antara seorang manusia yang mulia di sisi Allah s.w.t kerana jantinanya atau kerana puaknya mahupun kerana bangsanya.. Apa yang menjadi nilaian neraca Allah s.w.t ialah takwa..

Saidina ‘Ali Karamallahu wajhah membawa tasawwur takwa dengan makna “Allah s.w.t mendapati dirimu pada perkara yang diperintahNya dan tidak mendapati dirimu dalam perkara yang dilarangNya”.. Dalam apa juga aspek kehidupan manusia termasuklah di dalam aspek siasah shar’iyah..

Islam yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w telah membawa perpaduan kepada satu bangsa arab yang terkenal dengan sifat assobiyyah terhadap puak atau bani masing-masing.. Bangsa arab yang terkenal dengan sifat kasar dan bengis dapat dilembutkan dengan wadah Islam yang menyamaratakan semua bangsa samada arab mahupun ajam (Bukan arab)..

Islam merupakan ad-deen yang syumul.. Islam menyeru manusia kepada kebajikan dengan menjadikan Islam sebagai hudud atau garis panduan yang mendisiplinkan manusia di dalam semua aspek kehidupan.. Bermula dari aspek individu sehingga aspek global seperti kenegaraan.




Majlis Ilmu yang telah mentarbiyyah Para Sahabat dan 'Ulama r.hum semakin ditinggalkan
Kerana itulah ramainya Ummah Islam yang jahil tentang ad-deennya

Hari ini wujud pemkiran Islam tidak boleh disertakan di dalam politik.. Islam dan politik merupakan perkara asing.. Sedangkan politik merupakan cabang di dalam siasah shar’iyah yang di ajar oleh Rasulallah s.a.w mengikut waqi (keadaan) semasa.. Di dalam Kitab Manhaj Fiqh As-Syafi’e terbitan Jabatan Mufti N.Sembilan ada menyebutkan bahawasanya siasah shar’iyah mempunyai kaitan dengan Fiqh Islam..

Pemikiran yang mengasingkan Islam daripada politik merupakan pemikiran yang menafikan sifat islam yang syumul dan fleksibel. Islam boleh diimplemenkan di dalam semua keadaan dengan menjaga batasan atau hudud yang digariskan oleh Allah s.w.t dan Rasul s.a.w..

Awal dekat 20 an memperlihatkan wujud pemikiran yang mempurjuangkan bangsa yang telah menular di dalam ummah manusia.. Pemikiran ini disebut sebagai nasionalisme yang mana telah banyak meruntuhkan ikatan aqidah ukhuwwah Islamiyyah dan ianya merupakan antara alat yang telah melenyapkan khalifah Islam Uthmaniah pada tahun 1924..

Pemikiran ini telah menjahanamkan perpaduan sesama ummah Islam dan memperlihatkan kecacatan keindahan Islam dari kaca mata orang yang belum Islam kerana tiada kelebihan di sisi Allah s.w.t mana-mana bangsa mahupun kaum..

Rasulallah s.a.w banyak melarang para sahabat daripada memperjuangkan bangsa dan semangat perkauman.. Antaranya, di dalam khutbah al wada' (dari Jabir bin Abdullah r.a.)


Rasulallah s.a.w pernah bersabda:Maksudnya: Wahai manusia ! Ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu.. Sesungguhnya bapa kamu adalah satu.. Ketahuilah ! Tiada kelebihan bagi Arab mengatasi bukan Arab dan tiada ( kelebihan ) bukan Arab mengatasi Arab dan demikian tiada (kelebihan) sikulit hitam mengatasi sikulit merah dan tiada (kelebihan) sikulit merah mengatasi sikulit hitam kecuali dengan TAQWA.. Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu.Imam Al Bukhari r.a jilid 1 . M/s 131 : Hadis no : 1652

Islam mentarbiyyah ummah dengan elemen yang suci dan baik serta menghormati perbezaan agama dan budaya.. Sejarah telah membuktikan Islam mampu meletakkan negara yang pelbagai kaum ini berada dalam satu hubungan raya antara kaum dan bangsa yang harmonis dan selamat. Tiada siapa yang akan dinafikan haq apalagi disakiti oleh pemimpinnya tanpa haq..

Dan tiada sejarah Islam yang menyebutkan perjuang bangsa telah meletakkan Islam menjadi dasar untuk merangka sesebuah pemerintahan mana-mana Negara bangsa.. Sebalikya perjuangan bangsa telah merobek kekuatan Islam dan menjahanamkan kekuatan Islam.. Hanya yang ada perjuangan bangya yang menjadikan Islam sekadar perhiasan untuk menutup tipudaya dan helah..

Sekiranya perjuangan Islam hanya di atas pembinaan masjid , mendirikan solat dan menunaikan zakat.. Nescaya seruan hijrah tidak akan berbunyi.. Tertiupnya semboyan hijrah merupakan perintis perjuangan politik Islam dalam tanggungjawab mengangkat Islam sebagai Ad-deen yang menyinari Alam..


Bumi Madinah menyaksikan perjuangan menegakkan Islam dan bukan perjuangan terhadap bangsa

Mari kita mengimbas kepada dua prinsip dan dasar kepimpinan Islam di dalam isu menjaga hubungan antara kaum dan hak persamaan mereka dalam sebuah negara Islam.. Antara contoh terbaik yang memperlihatkan tokoh politik Islam,

Pertama : Rasulallah s.a.w di dalam pembinaan Negara Islam Madinah.. Islam telah menyatupadukan kaum Ansor dan Muhajirin.. Malah, kaum laknat yahudi juga dapat menikmati keadilan dan ihsan Islam.. Jelas menunjukkan Rasulallah s.a.w memperjuangkan Islam bukannya semangat kebangsaan..

Kedua: Kenyataan Saidina Abu Bakar As- Siddiq pada hari beliau dibaiah atau dilantik menjadi Ketua Pemerintah

"Sesungguhnya aku dilantik menjadi pemimpin kamu sedang aku bukanlah yang terbaik dikalanmgan kamu. Justeru itu, jika berlaku adil maka bantulah aku dan jika aku menyeleweng maka perbetulkan aku. Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat. Orang kuat pada kamu adalah lemah padaku sehingga aku boleh mengambil suatu yang hak daripadanya sementara orang lemah pada kamu adalah kuat padaku sehingga aku mengembalikan haknya."

Sebagai akhirnya, mari kita merenung satu peringatan besar Rasulallah s.a.w yang besar

"bukan dari kalangan ummat aku mereka yang berjuang kerana perkauman,bukan dari golongan aku mereka yang berperang kerana perkauman,bukan dari golongan aku mereka yang mati kerana perkauman" .. Ingatlah, bahawa Rasulallah s.a.w tidak mengaku ummah sesiapa yang memperjuangkan semangat bangsa dan kaum..

Sekian , terima kasih..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

1 comment:

Khair as-sofi said...

Salam, nak minta izin untuk copy article ni boleh? JKKK

Dengan Nama Allah s.w.t..