Wednesday, July 14, 2010

*Kini Bermula

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..



Firman Allah s.w.t melalui surah Ar Ra’d surah yang ke-13 ayat yang ke 11,

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan[*] yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”

[*]. Allah s.w.t tidak akan merubah keadaan mereka, selama mereka tidak merubah sebab-sebab kemunduran mereka dengan qada dan qadar yang ditentukan Allah s.w.t.

Ayat ini luas akan pentafsirannya. Tetapi, di dalam aspek sebagai seorang pelajar yang menuntut akan ilmu. Termasuklah kepada kebanyakan pelajar universiti awam di Malaysia yang minggu ini memasuki sidang baru.. Ayat ini amat sesuai dijadikan iktibar ataupun motivasi ke dalam diri selepas mendapat keputusan untuk sidang yang lepas..

Semestinya penuh dengan variasi yang kebiasaannya bertaburan secara normal keputusan peperikasaan sidang lepas.. Pasti ada di antara kita yang berada di puncak kecemerlangan.. Begitu juga kedapatan mereka yang istiqamah di takuk yang lama dan tidak mustahil ada yang diberi sedikit kehampaan dunia dengan keputusan yang dianggap dukacita oleh kebiasaan aqal..

Namun, apapun juga keputusan yang diperolehi.. Ketahuilah, ianya mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu difahami dan lunaskan.. Semua keputusan yang diperolehi, baik mahupun buruk.. Semuanya mempunyai hikmah untuk setiap pencinta Allah s.w.t..

Sekiranya kita mempunyai keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Apa juga keputusan yang diperolehi pasti ianya tetap membawa kepada kesyukuran kepada Allah s.w.t.. Apapun, tahniah kepada yang berjaya.. Manakala, yang kurang itu.. Semoga pengalaman silam membawa kepada kejayaan yang di masa hadapan..

Penulis ingin membawa satu peringatan Allah s.w.t di dalam surah Al Ankabuut ayat yang pertama sehingga ayat yang ke-3..

“. Alif laam miim.. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Secara ringkasnya.. Antara, pengajaran ayat yang dapat diceduk daripada lautan pengajaranya ialah jangan mudah melafazkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t selagi mana kita tidak pernah diuji.. Jangan mudah kita melafazkan kita sebagai seorang pejuang agama, selagi kita tidak pernah menempuhi mehnah dugaan..

Kehidupan sebagai seorang pelajar juga marupakan sebahagian daripada bentuk ujian kepada manusia.. Maka, keputusan yang diraih pada semester yang lalu sebenarnya merupakan alat untuk manusia bermuhasabah diri samada ada berada di dalam golongan beriman ataupun sebaliknya..

Tidak kiranya berapapun keputusan yang diperolehi.. Perkara utama yang perlu dinilai ialah apakah keputusan itu mampu membawa kita untuk terus beriman dan bertakwa.. Setiap perkara qada’ dan qadar merupakan sebahagian perkara wajib untuk diimani.. Maka, redha dengan apa juga keputusan yang diperolehi marupakan antara nilaian Allah s.w.t..

Bukanlah untuk menafikan bahawa kejayaan di dalam peperiksaan itu tidak penting.. Kejayaan peperiksaan amat penting kerana ianya merupakan sebahagian syiar kepada Ummah Islam.. Sekiranya Ummah Islam menjadi cemerlang dan berjaya nescaya ianya mampu untuk menggerunkan hati-hati semua musuh Islam..

Namun, perkara penting yang cuba diketengahkan oleh penulis merupakan perkara berkaitan riaksi kita terhadap keputusan yang digapai.. Apakah keputusan yang diperolehi dapat menjadikan kita sentiasa bertaut kepada Allah s.w.t atau kita menjadi sebaliknya?.. Adakah ianya dapat membawa kita khusyuk mengingati Allah s.w.t?.. Adakah ianya dapat membantu kita menjaga batasan-batasan halal dan haram yang diperintahnya?..

Begitu juga dengan hubungan sesama manusia. Adakah keputusan yang diperolehi mampu membawa kita untuk beriltizam membawa Islam bersama-sama golongan yang membawa Amar Makfur dan Nahi Mungkar ke dalam masyarakat melalui persatuan-persatuan mahun organisasi – organisasi Islam.. Apakah kita terus beriltizam dengan gerak kerja Islam untuk mengangkat Islam di atas muka bumi ini?.. Ini yang sebenarnya menjadi kayu aras yang cuba diketengahkan..

Ada sebahagian manusia apabila dia diuji dengan kejayaan pelajaran.. Dia menjadi taat kepada Allah s.w.t.. Dia terus teriltizam untuk menjalankan peranannya untuk mengangkat Islam sekalipun diperlekeh oleh masyarakat sekelilingnya.. Kerana dia tahu akan sabdaan Rasulallah s.a.w “Barangsiapa mengucap Tiada Tuhan Selain Allah, Maka dia seorang pendakwah”.. Begitu juga sebahagian manusia yang diuji dengan kegagalan.. Dia tetap istiqamah dengan gerak kerja Islam kerana dia yakin akan hikmah yang tersumbunyi untuknya..

Namun, ada juga manusia yang diberikan kejayaan.. Dia semakin ujub dengan dirinya.. Dia melupakan Allah s.w.t.. Dia meninggalkan gerak kerja Islam atas urusan peribadi, dengan alasan keluarga, persahabatan dan sebagainya.. Ada juga manusia yang gagal terus meninggalkan gerak kerja Islam dengan alasan untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.. Walhal, banyak lagi perkara yang lalai tetap dia istiqamah melakukannya.. Dia menjadikan alasan pelajaran untuk meninggalkan gerak kerja Islam..
………………………………………………………………………………………………………...........................................

Sebagai Akhirnya, penulis ingin mengetengahkan dua orang manusia yang diberi perkara yang sama.. Tetapi, reaksi mereka berbeza terhadap apa yang diperolehi.. Manusia pertama ialah Nabi Allah Sulaiman a.s.. Baginda a.s diberikan kekayaan, pangkat dan warisan kerajaan yang hebat oleh Allah s.w.t.. Dan dengan alat dunia yang diberikan oleh Allah s.w.t.. Baginda a.s tetap terus beriltizam dengan gerak kerja Islam.. Istiqamahnya Baginda a.s terus menyebarkan Islam..

Adapun Fir’aun yang melampau juga diberikan perkara yang sama dengan Nabi Sulaiman a.s.. Tetapi, dia semakin kufur dan zalim terhadap manusia.. Malah, dia menjadi musuh utama terhadap gerak kerja Islam.. Dia menghalang aktiviti-aktiviti Islam.. menghalang manusia untuk bersama-sama dengan organisasi islam yang dipelopori oleh Nabi Allah Musa a.s..

Samalah keadaannya dengan kita.. Kita diberikan kejayaan mahupu kegagalan yang sama di dalam peperikasaan.. Tetapi, marilah sama-sama kita berfikir dan mengambil tindakan sewajarnya.. Apakah kita memilih jalan Nabi Allah Sulaiman a.s? atau kita mengikuti jejak langkah Firaun yang kufur kepada Allah s.w.t..

Semoga kita dipeliharaNya..
Sekian, terima kasih..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..