DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH MAHA PENYAYANG
SELAWAT DAN DALAM KE HADRAT RASULALLAH S.A.W..
MONOLOG SEORANG GURU
Dalam deraian hujan senja, aku melangkah membuka pintu
kereta.. Lalu, menghidupkan enjin yang sudah kesejukan sekian lama.. Sebentar,
langkahku menuju ke tirai besi untuk membukanya dalam basah.. Tergesa –
gesa langkah ini, lantaran derasnya deraian air yang guru dari langit.. Hajatnya ingin menuju ke rumah Tuhanku beriktikaf di sana.. Malam ini guruku Al Fadhil Ustaz
Saifuddin Moulup akan mengupas kitab Al Imam Abdullah Haddad r.a “Nasihat Agama
dan Wasiat Iman”.. Hebatnya Ulama’ ini
menyusun perjalanan kehidupan manusia bermula dengan muamalah dengan Tuhan
sehingga muamalah sesama manusia.. Dinukilnya supaya manusia dibekali pedoman
supaya terselamat daripada azab Tuhannya..
Aku memandu kereta dengan penuh teliti. Lantaran, deraian hujan yang melicinkan batan.. Dalam sunyi aku gerakkan tangan menghidupkan
radio supaya bisa menemaniku.. Kedengaran munsyid Hijjaz mengalunkan merdu
nasyid “Rindu” yang menjadi santapan pendengaranku.. Mendalam makna liriknya bagiku..
“Orang – orang bertakwa, rindu akan kebenaran, kejujuran dan kebenaran,
keredhaan Tuhannya, Orang mukmin merindukan, anak – anak yang soleh, isteri –
isteri yang solehah, keluarga bahagia”..
Dalam syahdu menghayati alunan suara Munif Ahmad,
terimbau fikiranku akan anak -anak kecil seawal usia tujuh tahun.. Tangis tawa
mereka yang benar menghiburkan hatiku.. Biarpun hanya beberapa bulan bersama
mereka.. Aku suda merasakan mereka seumpama sebahagian daripadaku.. Ragam
karenah anak – anak comel itu yang aku didik akan agamanya sekadar yang
termampu.. Di sana biarpun ada sedikit kepayahan.. Namun, hakikatnya kasih
sayang dan kebahagian mula bertunas ketika bersama mereka.. Yang kini telah aku tinggalkan mereka.
Aku masih ingat, pada si comel Anas Sofwan.. Anak kecil
yang pandai mengaji dan cepat menghafaz kalam Tuhan.. Mudah untuk diurus dan
sedikit menunjukkan kedewasaan seawal usianya tujuh tahun.. Selalu aku
berbicara dengannya untuk mencungkil latar belakang keluarganya.. Dia seorang
anak kepada sepasang suami isteri yang bergelar as-satizah dan mempunyai ramai
adik – beradik yang lebih usia daripadanya.. Tidak hairanlah, agak sedikit
matang berbanding semua rakannya kerana suasana keluarganya membentuk
peribadinya bernilai islam.. Namun, sifat keanakan tetap ada.. Sentiasa mahu
diberi perhatian dan dimanja serta minta dibelai..
Sendirian aku tersenyum, kemudian hadir wajah kecil Nurul
Hidayah.. Seorang yang manja dan mudah menangis.. Banyak dia menghafaz ayat –
ayat lazim dan lunak suara anak ini ketika mengalunkan bacaan Al Quran.. Sering
juga meminta perhatianku.. Tetapi, mudah untuk aku mengurusnya, mentarbiyah dan
meminta dia menyelesaikan tugasan yang diberi padanya.. Pernah aku mendekatinya
mendekatinya.. Ayah dan ibunya amat menitikberatkan perihal solat walaupun
usianya hanya tujuh tahun.. Sememangnya mudah sekali untuk aku mengasuh dirinya
dengan Al Quran..
Aku
teruskan pemanduan sederhana, walaupun aku tahu magrib semakin hampir mennyapa
detiknya.. Dalam deraian hujan, ku lihat kabus ditepi kaca kananku.. Begitulah
kabus yang menutupi ruang hati Qayyum.. Dia anak kecil yang baik dan amat
menghormatiku.. Cerminan hatinya sebenarnya masih ada sirna lagi, Cuma kabus
jahil mula menutupi ruangan sedikit demi sedikit.. Aku cuba memadamkannya..
Namun, kesejukan iman pada ibu dan ayahnya sering kali menjadikan kabus itu
hadir semula.. Sekalipun, aku menghilangkan kabus itu.. Anak ini cukup agresif
dan sering meminta perhatianku.. Aku cuba mentarbiyahnya penuh kasih sayang,
membawa dia bersolat bersamaku, dan melatih dirinya menyebut kalam Tuhan..
Namun, bila dia tiada dihadapanku.. Tiada siapa yang mahu membawanya berkata –
kata kepada Tuhan.. Ibu bapanya sendiri culas untuk mendirikan solat.. Sukar
untuk aku mendidik anak kecil ini dan merupakan cabaran bagiku..
Kabus
juga melanda jiwa anak kecil Hani Natasya.. Si kecil yang periang dan manja..
Petah bila berbicara.. Ligat bermain, berlari berkejaran bersama teman.. Namun aku
kuatir akan dirinya.. Kerna, lidahnya kaku untuk menyebut kalam Tuhan.. Aku
cuba seupaya mungkin untuk menitipkan satu per satu kalimah hija’iyah padanya..
Namun, usahaku terbatas kerna aku hanya seketika bersamanya.. Bilaku perhatikan
kehidupannya, ibu bapanya sendiri tidak membawa anaknya ke taman – taman syurga
untuk mengenal kalam Tuhan.. Ibu bapanya terlarut pada kekangan memenuhi
keperluan dunia.. Mana, mungkin aku berbuat apa dengan sedikit tingkahku..
Aku
menghela nafas panjang, berkerut sedikit hati ini seketika kenangkan nasib anak
– anak didikku.. Kini, telah tiba saat rehat panjang.. Lebih sebulan aku tidak
akan ketemu mereka.. Aku sendiri masih tidak pasti akan meneruskan kerjayaku
ini.. Gusar sungguh fikirku, untuk mendidik anak – anak kecil di zaman ini..
Zaman yang penuh fitnah di mana sahaja.. Mana tidaknya, perangkap hiburan pada
dunia sains dan teknologi.. Mengkaburi mata manusia.. Pergaulan bebas lelaki
dan wanita katanya hak kebebasan insan.. Wanita dijadikan alat kerakusan
manusia.. Mana tidaknya, hitam kelam hati – hati insan beriman.. Sukarnya
membentuk jati diri muslim pada diri anak – anak di zaman ini..
Teringat
aku akan nasihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Memiliki anak – anak yang
soleh pasti merupakan idaman bagi setiap pasangan suami isteri.. Dan untuk
memilikinya bukan bermula saat kelahiran anak itu.. Tetapi, ianya bermula
ketika mana setiap insan mula mencari pasangan hidupnya.. Kesolehan lelaki dan
kebaikan agama seorang perempuan yang mengikat tali pernikahan merupakan asas penting
kepada lahirnya anak soleh.. Bila aku satukan kalam Tuan Guru ini dengan
rialiti yang aku hadapi.. Aku boleh tafsirkan bahawa pasangan suami isteri yang
menjaga akan hudud Allah s.w.t pasti anak – anaknya mudah untuk dibimbing ke
arah iman.. Begitulah sebaliknya, bilamana ibu bapa tidak endahkan persoalan
keimanan pada Allah s.w.t.. Maka, natijahnya terpalit kedukaan noda hitam pada sanibari
anak – anak kecil yang masih suci fitrahnya..
Benarlah
sabdaan Rasulallah s.a.w, “Setiap anak yang dilahirkan membawa fitrah beragama
(percaya kepada Allah s.w.t). Maka kedua – dua orang tuanyalah yang sebaliknya
menjadikannya beragama Yahudi, Nasrani atau majusi”.. Jika berimannya ibu bapa
itu, anak yang lahir bisa menjadi beriman seumpama mereka yang melahirkannya..
Kerana itulah, Rasulallah s.a.w menasihati, “Dinikahi perempuan itu kerana
hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana
agamanya.. Maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan”..
Di antara keuntungan bagi pasangan yang beragama adalah anak yang soleh..
Persoalan
yang aku masih cari jawapan, masih adakah perempuan yang solehah?.. Di kala, dunia
penuh dengan kedurjanaan perempuan yang merendahkan martabat mereka sedangkan
Rasulallah s.a.w meninggikan kedudukan mereka.. Namun, guruku Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri ada menasihati akan sabdaan Rasulallah s.a.w, “
Sesungguhnya wanita solehah itu seumpama seekor gagak putih di kalangan 200
ekor gagak yang hitam”.. Maknanya, masih wujud wanita solehah itu.. Namun,
untuk mencarinya amat sukar sekali kerana bukan tiada gagak yang berwarna
putih.. Tetapi, sukar untuk ditemui..
Dalam
bermonolog sendirian.. Akhirnya, tiba juga aku di Rumah Tuhanku.. Aku mematikan
enjin kereta dan memulakan langkah ke ruangan sujud.. Namun, jiwaku berbisik,
bisalah aku ketemu akan dia yang solehah sebagai hiasan syurga dunia dan jika sudah kutemui.. Moga
iltizamku padanya.. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.. Moga berkat Rasulallah s.a.w bersamaku...
Al Faqir ila Allah Al Ghaniy Zulfirdaus Zakaria 22.12.2011..
3 comments:
assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Thanks for posting this. I wish it was able to be translated, but for some reason Google http://www.iessaywriting.net/
toolbar isn't working. I copy pasted it into another application and read the post. )))
As many of us know that this is an internet era. i might as well share whats going on with the internet and money so to speak. All you need to have is an internet and computer as your tool. Thats all! Then with this 2 powerful tool you can earn commission online. I was talking about the thing I recently joined. The affiliate program.I never expect an explosive income.
Post a Comment