Monday, October 29, 2012

Nasihat untuk Rabani



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH MAHA PENYAYANG

SELAWAT DAN DALAM KE HADRAT RASULALLAH S.A.W..

MONOLOG SEORANG GURU

                Dalam deraian hujan senja, aku melangkah membuka pintu kereta.. Lalu, menghidupkan enjin yang sudah kesejukan sekian lama.. Sebentar, langkahku menuju ke tirai besi untuk membukanya dalam basah.. Tergesa – gesa langkah ini, lantaran derasnya deraian air yang guru dari langit.. Hajatnya ingin menuju ke rumah Tuhanku beriktikaf di sana.. Malam ini guruku Al Fadhil Ustaz Saifuddin Moulup akan mengupas kitab Al Imam Abdullah Haddad r.a “Nasihat Agama dan Wasiat Iman”..  Hebatnya Ulama’ ini menyusun perjalanan kehidupan manusia bermula dengan muamalah dengan Tuhan sehingga muamalah sesama manusia.. Dinukilnya supaya manusia dibekali pedoman supaya terselamat daripada azab Tuhannya..
            
                Aku memandu kereta dengan penuh teliti. Lantaran, deraian hujan yang melicinkan batan.. Dalam sunyi aku gerakkan tangan menghidupkan radio supaya bisa menemaniku.. Kedengaran munsyid Hijjaz mengalunkan merdu nasyid “Rindu” yang menjadi santapan pendengaranku.. Mendalam makna liriknya bagiku.. “Orang – orang bertakwa, rindu akan kebenaran, kejujuran dan kebenaran, keredhaan Tuhannya, Orang mukmin merindukan, anak – anak yang soleh, isteri – isteri yang solehah, keluarga bahagia”..

            Dalam syahdu menghayati alunan suara Munif Ahmad, terimbau fikiranku akan anak -anak kecil seawal usia tujuh tahun.. Tangis tawa mereka yang benar menghiburkan hatiku.. Biarpun hanya beberapa bulan bersama mereka.. Aku suda merasakan mereka seumpama sebahagian daripadaku.. Ragam karenah anak – anak comel itu yang aku didik akan agamanya sekadar yang termampu.. Di sana biarpun ada sedikit kepayahan.. Namun, hakikatnya kasih sayang dan kebahagian mula bertunas ketika bersama mereka.. Yang kini telah aku tinggalkan mereka.
            
            Aku masih ingat, pada si comel Anas Sofwan.. Anak kecil yang pandai mengaji dan cepat menghafaz kalam Tuhan.. Mudah untuk diurus dan sedikit menunjukkan kedewasaan seawal usianya tujuh tahun.. Selalu aku berbicara dengannya untuk mencungkil latar belakang keluarganya.. Dia seorang anak kepada sepasang suami isteri yang bergelar as-satizah dan mempunyai ramai adik – beradik yang lebih usia daripadanya.. Tidak hairanlah, agak sedikit matang berbanding semua rakannya kerana suasana keluarganya membentuk peribadinya bernilai islam.. Namun, sifat keanakan tetap ada.. Sentiasa mahu diberi perhatian dan dimanja serta minta dibelai..
            
           Sendirian aku tersenyum, kemudian hadir wajah kecil Nurul Hidayah.. Seorang yang manja dan mudah menangis.. Banyak dia menghafaz ayat – ayat lazim dan lunak suara anak ini ketika mengalunkan bacaan Al Quran.. Sering juga meminta perhatianku.. Tetapi, mudah untuk aku mengurusnya, mentarbiyah dan meminta dia menyelesaikan tugasan yang diberi padanya.. Pernah aku mendekatinya mendekatinya.. Ayah dan ibunya amat menitikberatkan perihal solat walaupun usianya hanya tujuh tahun.. Sememangnya mudah sekali untuk aku mengasuh dirinya dengan Al Quran..  
           
Aku teruskan pemanduan sederhana, walaupun aku tahu magrib semakin hampir mennyapa detiknya.. Dalam deraian hujan, ku lihat kabus ditepi kaca kananku.. Begitulah kabus yang menutupi ruang hati Qayyum.. Dia anak kecil yang baik dan amat menghormatiku.. Cerminan hatinya sebenarnya masih ada sirna lagi, Cuma kabus jahil mula menutupi ruangan sedikit demi sedikit.. Aku cuba memadamkannya.. Namun, kesejukan iman pada ibu dan ayahnya sering kali menjadikan kabus itu hadir semula.. Sekalipun, aku menghilangkan kabus itu.. Anak ini cukup agresif dan sering meminta perhatianku.. Aku cuba mentarbiyahnya penuh kasih sayang, membawa dia bersolat bersamaku, dan melatih dirinya menyebut kalam Tuhan.. Namun, bila dia tiada dihadapanku.. Tiada siapa yang mahu membawanya berkata – kata kepada Tuhan.. Ibu bapanya sendiri culas untuk mendirikan solat.. Sukar untuk aku mendidik anak kecil ini dan merupakan cabaran bagiku..

Kabus juga melanda jiwa anak kecil Hani Natasya.. Si kecil yang periang dan manja.. Petah bila berbicara.. Ligat bermain, berlari berkejaran bersama teman.. Namun aku kuatir akan dirinya.. Kerna, lidahnya kaku untuk menyebut kalam Tuhan.. Aku cuba seupaya mungkin untuk menitipkan satu per satu kalimah hija’iyah padanya.. Namun, usahaku terbatas kerna aku hanya seketika bersamanya.. Bilaku perhatikan kehidupannya, ibu bapanya sendiri tidak membawa anaknya ke taman – taman syurga untuk mengenal kalam Tuhan.. Ibu bapanya terlarut pada kekangan memenuhi keperluan dunia.. Mana, mungkin aku berbuat apa dengan sedikit tingkahku..

Aku menghela nafas panjang, berkerut sedikit hati ini seketika kenangkan nasib anak – anak didikku.. Kini, telah tiba saat rehat panjang.. Lebih sebulan aku tidak akan ketemu mereka.. Aku sendiri masih tidak pasti akan meneruskan kerjayaku ini.. Gusar sungguh fikirku, untuk mendidik anak – anak kecil di zaman ini.. Zaman yang penuh fitnah di mana sahaja.. Mana tidaknya, perangkap hiburan pada dunia sains dan teknologi.. Mengkaburi mata manusia.. Pergaulan bebas lelaki dan wanita katanya hak kebebasan insan.. Wanita dijadikan alat kerakusan manusia.. Mana tidaknya, hitam kelam hati – hati insan beriman.. Sukarnya membentuk jati diri muslim pada diri anak – anak di zaman ini..

Teringat aku akan nasihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Memiliki anak – anak yang soleh pasti merupakan idaman bagi setiap pasangan suami isteri.. Dan untuk memilikinya bukan bermula saat kelahiran anak itu.. Tetapi, ianya bermula ketika mana setiap insan mula mencari pasangan hidupnya.. Kesolehan lelaki dan kebaikan agama seorang perempuan yang mengikat tali pernikahan merupakan asas penting kepada lahirnya anak soleh.. Bila aku satukan kalam Tuan Guru ini dengan rialiti yang aku hadapi.. Aku boleh tafsirkan bahawa pasangan suami isteri yang menjaga akan hudud Allah s.w.t pasti anak – anaknya mudah untuk dibimbing ke arah iman.. Begitulah sebaliknya, bilamana ibu bapa tidak endahkan persoalan keimanan pada Allah s.w.t.. Maka, natijahnya terpalit kedukaan noda hitam pada sanibari anak – anak kecil yang masih suci fitrahnya..

Benarlah sabdaan Rasulallah s.a.w, “Setiap anak yang dilahirkan membawa fitrah beragama (percaya kepada Allah s.w.t). Maka kedua – dua orang tuanyalah yang sebaliknya menjadikannya beragama Yahudi, Nasrani atau majusi”.. Jika berimannya ibu bapa itu, anak yang lahir bisa menjadi beriman seumpama mereka yang melahirkannya.. Kerana itulah, Rasulallah s.a.w menasihati, “Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. Maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan”.. Di antara keuntungan bagi pasangan yang beragama adalah anak yang soleh..

Persoalan yang aku masih cari jawapan, masih adakah perempuan yang solehah?.. Di kala, dunia penuh dengan kedurjanaan perempuan yang merendahkan martabat mereka sedangkan Rasulallah s.a.w meninggikan kedudukan mereka.. Namun, guruku Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri ada menasihati akan sabdaan Rasulallah s.a.w, “ Sesungguhnya wanita solehah itu seumpama seekor gagak putih di kalangan 200 ekor gagak yang hitam”.. Maknanya, masih wujud wanita solehah itu.. Namun, untuk mencarinya amat sukar sekali kerana bukan tiada gagak yang berwarna putih.. Tetapi, sukar untuk ditemui..

Dalam bermonolog sendirian.. Akhirnya, tiba juga aku di Rumah Tuhanku.. Aku mematikan enjin kereta dan memulakan langkah ke ruangan sujud.. Namun, jiwaku berbisik, bisalah aku ketemu akan dia yang solehah sebagai hiasan syurga dunia dan jika sudah kutemui.. Moga iltizamku padanya.. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.. Moga berkat Rasulallah s.a.w bersamaku...


Al Faqir ila Allah Al Ghaniy Zulfirdaus Zakaria 22.12.2011..

3 comments:

Aryadevi said...

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Unknown said...

Thanks for posting this. I wish it was able to be translated, but for some reason Google http://www.iessaywriting.net/
toolbar isn't working. I copy pasted it into another application and read the post. )))

genuine_pills said...

As many of us know that this is an internet era. i might as well share whats going on with the internet and money so to speak. All you need to have is an internet and computer as your tool. Thats all! Then with this 2 powerful tool you can earn commission online. I was talking about the thing I recently joined. The affiliate program.I never expect an explosive income.

Dengan Nama Allah s.w.t..