Friday, March 5, 2010

*Betulkah Ilmu Kejuruteraan Ilmu Sekular?..

MAI LA JOIN SEKALI KULIAH MAGRIB DAN KULIAH SUBUH

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Penulis teringat akan suatu tazkirah Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki di dalam satu majlis ilmu.. Syeikh menyebut akan bala yang Allah s.w.t turunkan pada manusia yang mengakui beriman di akhir zaman ini ialah mereka tidak mengenali ad deen yang mereka pegang..

Apabila menilai lontaran kata – kata Syeikh Fuad Al Maliki, wujudnya kejituan makna kalamnya terhadap komuniti kejuruteraan di sekeliling penulis.. Dalilnya, ramai yang memahami Islam itu merupakan aqidah yang terpisah daripada kehidupan manusia.. Ramai yang menyatakan, bahawasanya bidang keilmuan kejuruteraan merupakan elemen yang terasing daripada tasawwur Islam..

Suatu paradigma sekular yang tertanam di pemikiran komuniti kejuruteraan yang menyatakan bahawasanya Islam dan kejuruteraan merupakan perkara yang terpisah.. Ideologi sekular yang menjadikan elemen mengurus sistem yakni ilmu kejuruteraan bukanlah sebahagian daripada teras untuk mengenal sistem yakni ilmu Islam..

Walhal, apabila kita membaca antara ayat – ayat Allah s.w.t seperti firmanNya Surah Asy Syuura ayat ke 29 “Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.”

Allah s.w.t menerangkan bagaimana sifat qudrat yakni kekuasaanNya dan sifat iradat yakni kehendakNya menciptakan langit yang hebat dan bumi yang luas serta setiap kepelbagaian kejadian yang wujud pada keduanya..

Dalam proses pemahaman terhadap konsep sifat Allah s.w.t yakni qudrat dan iradah.. Ilmu tauhid ataupun disebut sebagai ilmu aqidah diperlukan untuk memahaminya.. Ilmu ketauhidan ini merupakan asas dalam mengenal ad deen yakni Islam yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w..

Namun, perlu diingatkan bahawasanya untuk memahami bagaimana kehebatan penciptaan langit dan untuk memahami kepelbagaian penciptaan bumi serta setiap yang terbit di pentas keduanya memerlukan suatu asas kefahaman ataupun medan keilmuan yang zaman ini difahami sebagai sains dan teknologi..



EXPERIMENT HELP HUMANS TO KNOW THE GREATS OF ALLAH S.W.T

Maka, disini dapat difahami bahawasanya ilmu kejuruteraan merupakan wasilah ataupun alat yang menjadi penghubung untuk memahami kehebatan penciptaan Allah s.w.t berdasarkan sifat qudrat dan iradahNya..

Sebagai contoh, konsep kejuruteraan Bahan yang mengkaji sifat – sifat kejadian suatu bahan seperti seramik, logam dan polimer.. Ilmu ini mengkaji bagaimana Allah s.w.t menjadikan bumi sebagai pentas untuk menusia mengeksplorasinya memahami setiap penciptaan bumi yang bersumberkan sifat Allah s.w.t yakni qudrat dan iradah..

Melalui penilaian ringkas ini, dapat disimpulkan bahawasanya untuk memahami keagungan kebesaran sifat – sifat Allah s.w.t.. Bidang ilmu usuluddin dan ilmu kejuruteraan diperlukan untuk mengukuhkan keimanan dan ketakwaan manusia..

Apabila aqal manusia dapat berfikir akan kehebatan penciptaan Allah s.w.t.. Disertakan kefahaman Tauhid yang faqih dan soheh.. Elemen ini dapat menatijahkan keimanan dan ketakwaan yang jitu kepada Allah s.w.t..

Manusia yang semakin mengenali Allah s.w.t, semakin gerun dan takutlah dia kepadaNya.. Apabila takut dan gentar kepada Allah s.w.t wujud di sanubari manusia.. Maka, terhasillah ketaqwaan yang menuruti segala titah perintahnya dan meninggalkan segala laranganNya..

Allah s.w.t mengajar manusia supaya menggunakan kekuatan aqal yang dipandu iman untuk menghasilkan golongan muttaqin.. Dan ilmu yang memandu aqal ini disebut sebagai ilmu tauhid dan ilmu sains..
Antara contoh - contoh ayat Allah s.w.t yang menerangkan bagaimana penciptaan alam ini merupakan alat untuk manusia menggunakan aqal untuk memahami kehebatan penciptaanNya.. Perhatikan Firman Allah s.w.t di dalam Surah Az Zumar ayat 31..
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.”
Sekian, Terima Kasih..

4 comments:

naimah27 said...
This comment has been removed by the author.
fasa mega said...

Salam...Islamisasi ilmu..pernah dengar tak istilah ni? Kebanyakkakn ilmu yang kita elajari hari ini adalah yang diasaskan oleh pemikiran Barat. Barat tidak meletakkan konsep ketuhanan dalam setiap bidang ilmu mereka. bagi mereka dunia is dunia, Tuhan is Tuhan. mereka mengasingkan dan anggap dunia ni cukup tanpa tuhan.

Ilmu kejuruteran wajib dipelajari oleh umat Islam kerana hukumnya adalah fardu kifayah. Kita sebagai orang Islam harus meletakkan konsep ketuhanan dalam setiap bidang ilmu yang kita pelajari. Belajarlah apa pun dan kaitkannya dengan konsep ketauhidan Allah.

fasa-mega.blogspot.com

~aKuHaMbA~ said...

sejarah islam dah ditenggelamkan. kejayaan pemikir dan cendekiawan Islam dah dikelamkan. mereka membutakan dunia terhadap kejayaan pemikir Islam dalam kebanyakan penemuan. mereka mewujudkan dan menghidupkan sejarah Barat. mereka memadamkan nama2 cendekiawan Islam dan mengganti dengan nama golongn mereka. ini xlain dari agenda mereka sendiri yang kita sebut sekularisme.
bukan barat yg m'asas. tetapi mereka mencilok, menciplak, dan pendek kata, plagiarism.

kita berbangga dengan cendekiawan Islam dahulu. Kita marahkan puak barat menghapuskan dan menenggelamkan sejarah gemilang Islam.
tp, dlm masa yg sama, KITA LANGSUNG TIADA USAHA mngembalikn zmn kgemilangn Islam.

Hikmah itu brgn umat islam yg tcicir. kalau jumpa, bulih kita ambil.

my_psp said...

apa pendapat aku...ilmu kejuruteraan ni bukan sekular...bergantung pada org yg belajar ilmu ni...research yg kita buat sepatutnya mendekatkn kita kepada pencipta...tp kadang2 ada saintis yg buat research sampai dh lupa pada agama n claim alam ni terjadi dgn sendiri...

Dengan Nama Allah s.w.t..