Monday, December 14, 2009

*Memantapkan Ukhuwwah, Memperkasakan Ummah..

BERCAHAYANYA BANDAR INI KERANA TERSEMADINYA SATU JASAD AGUNG YANG DIKASIHI ALLAH AZZA WA JALLA..


Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulian Saiyidina Muhammad Bin Abdullah s.a.w..

Menanti Lambaian 1431 Hijrah..


InsyaAllah, menjelang beberapa hari lagi.. Bakal terbit fajar 1430 Hijrah yang akan menggantikan lambaian sore 1430 Hijrah.. Semakin berganti hari dalam kehidupan seharian ini, semakin hampir perjalanan manusia di haluan fana ini untuk sampai ke destinasi barzakh..

Sewajarnya, saat ini kita bersama memulakan muhasabah mengeksporasi diri.. Setiap peristiwa, perilaku, perbuatan, perkataan, dan apa sahaja yang berkait dengan diri kita perlu terjemahkan ke dalam bentuk Taqwa kepada Allah s.w.t..

Apakah setiap yang dilakukan itu bersandarakan kepada perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t atau sebaliknya?.. Apakah telah sampai keinginan Allah s.w.t ke atas setiap hambaNya terlaksana oleh kita?..

Bukanlah penulis seorang yang ahli untuk membawa pembaca untuk menjadi golongan muttaqin.. Di sini sekadar perkongsian yang dianggap penulis sebagai satu perkara yang perlu difikirkan bersama untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t..

Di atas sandaran kepada firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Hujuraat ayat ke 10 yang menyatakan “Sesungguhnya setiap yang beriman itu bersaudara”.. Maka, tulisan ini diharapkan dapat membuka pintu hidayah untuk bersama kita bermuhasabah mengembalikan fitrah asal kejadian manusia..

Lazimnya, apabila tiba tahun baru Hijrah.. Menjadi adat yang diterima syariat Islam, Ummah Islam di Negara ini akan mengadakan sambutan Ma’al Hijrah.. Dihiasi dengan bacaan doa awal dan akhir tahun dan sebagainya.. Setiap Masjid, Surau – Surau, Institusi kerajaan atau swasta pasti menjayakan sambutan ini dengan harapan iktibar daripada peristiwa Iman ini..

Hijrah merupakan peristiwa Iman.. Hijrah merupakan antara medan Allah s.w.t menguji keimanan Para Sahabar r.hum.. Keimanan yang benar soheh amat diperlukan untuk merialisasikan perintah Allah s.w.t ini.. Hanya mereka yang beriman dan bertaqwa mampu menggalas tugas besar ini..

Siapa yang sanggup meninggalkan kawasan kediaman berpindah ke tempat yang tidak dimiliki sebidang tanah pun?.. Siapa yang sanggup meninggalkan sanak saudara di kampung halaman untuk pergi ke kawasan yang asing baginya?.. Siapa yang sanggup yang meninggalkan segala harta kekayaan dunia dan memilih kepapaan untuk berhijarah ke suatu tempat yang dipenuhi dengan wabak?..

Satu jawapan yang dapat menjawab kesemua persoalan di atas iaitu keimanan yang soheh kepada Allah s.w.t.. Aqidah yang benar yang tidak menjisimkan Allah s.w.t mampu untuk merialisasikan perintah Allah s.w.t.. Aqidah inilah yang dapat mencelikkan manusia untuk mengenal fana dunia dan memilih kenikmatan beriman kepada Allah s.w.t..

Apabila keyakinan kepada aqidah yang soheh tertanam kepada jiwa manusia.. Segala apa yang diperintah Allah s.w.t sekalipun pada logikal aqal menafikannya akan dibenarkan oleh jiwa yang beriman.. Sekalipun seluruh manusia yang dengkil menghina dan mentertawakan.. Keimanan inilah yang telah ditarbiyyah oleh Rasulallah s.a. w kepada Para Sahabat r.hum..

Nabi Muhammad s.a.w mencirikan mereka yang benar –benar berhijrah di sisi Allah s.w.t dan kekasihNya s.a.w.. Di dalam subuah hadith yang soheh bersabda “Setiap amalan itu berpunca daripada niat, setiap kamu dinilai dengan niat, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah s.w.t dan Rasul s.a.w, Maka, Hijrahnya kerana Allah s.w.t dan Rasul s.a.w, barangsiapa yang berhijrah kerana dunia ataupun perempuan yang ingin dikahwininya, Maka, hijrahnya kerana perkara itu”..

Hadith ini menunjukkan bahawa hijrah itu terlaksana bukan terbatas pada jasad sahaja.. Tetapi, hijrah itu hanya terlaksana dengan hijrahnya roh dan jasad.. Kehendak lahiriah perlu seiring dengan batiniah sebagai piawai yang diterima Hijrahnya oleh Allah s.w.t dan Rasulallah s.a.w..
Inilah piawai muhasabah yang perlu kita sama gariskan di dalam kita memuhasabah mengeksplorasi diri..

Cuba kaitan Hijrah ini dengan kehidupan kita sebagai seorang yang beriman.. Sandarkan ketaqwaan sebagai kunci jawapan pada setiap yang melingkari kehidupan kita.. Ingatlah, akan suatu hari kita akan dijemput oleh Allah s.w.t untuk kembali ke tempat asal kejadian kita yakni tanah.. Maka, gunakanlah petunjuk yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t menerusi peritstiwa iman in untuk kita mengeksplorasi diri untuk mengenal kedudukan kita..

Sebagai akhirnya, mari kita merenung Firman Allah s.w.t di dalam memuhasabah diri.. Apakah kita tergolong di dalam golongan yang disandarkan oleh Allah s.w.t.. Di dalam Surah An Nisaa’ ayat 97 – 100 Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

97. Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri[*], (kepada mereka) malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?." Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)." Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?." Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali,

[*]. Yang dimaksud dengan orang yang menganiaya diri sendiri di sini, ialah orang-orang muslimin Mekah yang tidak mau hijrah bersama Nabi sedangkan mereka sanggup. Mereka ditindas dan dipaksa oleh orang-orang kafir ikut bersama mereka pergi ke perang Badar; akhirnya di antara mereka ada yang terbunuh dalam peperangan itu.

98. kecuali mereka yang tertindas baik laki-laki atau wanita ataupun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah),


99. mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.


100. Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

PERSOALANNYA.. APAKAH KITA TERGOLONG DI DALAM AYAT DI ATAS??????????




http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..