Monday, December 21, 2009

*Keputusan


APAKAH KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI MEMBAWA KEPADA SUJUD KEPADA ALLAH S.W.T..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Dengan keizinan Allah s.w.t, hari ini tibalah saat yang dinantikan oleh seluruh pelajar USM untuk melihat penilaian status paiwai yang digapai bagi semester satu sesi 2009/2010.. Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah menganugerahkan segala pencapaian yang diterima oleh setiap hambaNya..


Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 286..


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”


Allah s.w.t menjelaskan setiap apa yang berlaku sepanjang kehidupan manusia itu merupakan perkara yang benar – benar sesuai untuk tahap keadaannya.. Allah s.w.t menganugerahkan pahala kepada mereka yang melaksanakan segala perintahNya dan Allah s.w.t membalas dengan dosa setiap keingkaran yang dilakukan oleh manusia..


Begitu jugalah dengan kehidupan seorang yang bergelar pelajar universiti.. Allah s.w.t akan mengaugerahkan kejayaan bersesuai dengan ikhtiar dan tawakalnya.. Allah s.w.t juga memberi peringatan kepada hambaNya yang malas untuk berusaha supaya mereka mengislahkan diri ke tahap yang lebih baik di waktu mendatang..


Setiap hamba yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Mengimarahkan Masjid – Masjid (di dalam konteks kampus kita Pusat Islam), melaksanakan solat, menutup aurat dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.. Semua hamba ini pasti dilimpahi dengan kejayaan di dunia dan di akhirat..


Namun, perlu diingatkan.. Terdapat juga anugerah kecermelangan yang diberikan oleh Allah s.w.t adalah untuk menjauhkan lagi diri seseorang itu kepadaNya.. Allah s.w.t memberikan dia kebaikan supaya bertambah – tambah sombong dan bongkak dirinya kepadaNya.. Ini diistilahkan sebagai istidraj.. Yakni kurnian Allah s.w.t kepada hambaNya yang ingkar dengan suruhanNya..


Mereka ini merupakan mereka yang mengabaikan perintah Allah s.w.t.. Tidak bersolat, tidak berpuasa, menjauhi masjid, mendedahkan aurat dan sebagainya supaya.. Kerana mereka ini merupakan golongan yang menzalimi diri mereka..Sebagai mana Fir’aun yang Allah s.w.t mengurniakan dia kekayaan dan tahta di dunia.. Dia kufur kepada Allah s.w.t dan akhirnya diazab di akhir hidupnya serta dijamin neraka jahannam..


Bersempena semangat awal tahun baru Hijrah ini, cuba perhatikan keadaan kita.. Di mana letaknya status diri kita?.. Apa yang penting.. Fikirkan, adakah kejayaan yang diberikan oleh Allah s.w.t ini dapat menjadikan kita sebagai mereka yang dekat kepada Allah s.w.t atau apakah kejayaan yang kita perolehi ini menjadikan kita terus sombong untuk melangkah ke Masjid – Masjid Allah s.w.t..


Sebagai akhirnya, renungilah Firman Allah s.w.t di dalam Surah Ibrahim ayat yang ke 7


Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."


Semoga apa yang diperolehi kita pada semester ini dapat menjadikan kita seorang hamba yang soleh kepada Allah s.w.t.. Bersama kita saling mendoakan supaya kita bertakwa di sisi Allah s.w.t..


Sekian, terima kasih..


http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..