Wednesday, April 1, 2009

*Mewarisi Tugas Rasulullah s.a.w..

Merdekakah Ummah Islam Sekiranya Islam Bukan Sebagai Cara Hidup?..
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Semua Nabi dan Rasul yang diutuskan di muka bumi ini adalah untuk menyeru semua ummah manusia untuk mentauhidkan Allah s.w.t.. Namun, keistimewaan Saidina Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda s.a.w merupakan rasul yang telah melengkapkan dan mendaulatkan agama Islam di seluruh pelusuk alam untuk semua makluk tanpa mengira bangsa ataupun kaum.. Dinul Islam ini wajib diadaptasikan dalam kehidupan manusia merentasi semua zaman sehinggalah berlakunya Qiamat..

Maka, dapatlah difahami bahawa sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, al-Qur'an ada menyatakan bahawa agama Allah s.w.t ini telah disempurnakan, kecintaan Allah s.w.t kepada semua orang yang beriman telah dilengkapkan dan kebenaran wahyu Allah s.w.t akan terus dijaga dan terpelihara.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 3:

Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu.”

Rahsia kejituan dan kebenaran Islam ini adalah berdasarkan kepada dua sumber utama iaitu al-Qur‘an dan as-Sunnah.. Rasulullah s.a.w berpesan kepada seluruh Ummah Islam sewaktu sedang gering bahawa manusia tidak akan sesat selagi mana pegangan mereka teguh kepada kandungan al-Qur‘an dan as-Sunnah serta memperoleh keselamatan di dunia dan di akhirat.

Imam Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

Mafhumnya: “Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Qur‘an) dan sunnah Rasul-Nya”.

Al-Qur'an telah menyebutkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir, dan Nabi s.a.w sendiri mengakui bahawa baginda s.a.w adalah rasul terakhir. Penjelasan al-Qur'an dan pengakuan Nabi Muhammad itu menjelaskan bahawa manusia tidak memerlukan lagi wahyu dan rasul-rasul baru kerana agama Allah telah cukup sempurna dan lengkap.

Namun, Persoalan besar yang perlu kita renungkan ialah apakah peranan kita dan ummah Islam sekalian dalam usaha membuktikan kasih sayang, kecintaan, dan penghormatan kepada perjuangan Rasulullah s.a.w?. Sejauh mana kita memikul bebanan perjuangan untuk mentauhidkan Allah s.w.t dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w?.. Sejauh mana usaha kita untuk mendaulatkan sunnah Nabi s.a.w terbesar yakni mendirikan sebuah Daulah Islamiah dimuka bumi ini?.. Sejauh manakah diri kita, keluarga kita, rakan kita, pekerja kita, pelanggan kita, dan majikan kita mematuhi segala perintah Allah s.w.t dan nasihat Rasulullah s.a.w?. Bukankah peranan Ummah Islam itu sendiri untuk berdakwah menyebarkan Islam mengikut kemampuan kendiri?..

Muktahir ini ramai yang menjadikan Islam sebagai alat mengkaburi mata manusia untuk kepentingan duniawi.. Sebagai contoh mudah, Ramai pemimpin Negara kita yang bercerita tentang Hadharah Islamiah, tentang modal insan dan jauhi rasuah atau politik wang.. Tetapi, mereka inilah yang tidak mendaulatkan dan menunjukkan contoh kepada rakyat untuk hidup sebagai Mukmin sejati.. Mereka dalam melakukan ketaatan masih lagi kelakukan kemungkaran secara terangan.. Mereka inilah antara pemusnah kepada Islam secara halus sebenarnya.. Mereka mengsekularkan aqidah Ummah Islam.. Mereka mengutamakan nasionalisme daripada ukhuwwah persaudaraan islamniah.. Mereka meletakkan undang-undang ciptaan manusia di atas Al Quran dan As Sunnah.. Maka menjadi kewajiban kepada kita untuk menjatuhkan kezaliman dan membawa semula Dinul Islam di puncak tertinggi sekali.. Perlunya kita berada dalam gerakan Islam yang berusaha untuk menjulang Islam kembali pada tempatnya..

Sebagai akhirnya, Sementara kita masih ada sisa-sisa kehidupan di dunia ini, masih ada kudrat, akal yang waras, dan ahli keluarga.. Wajib ke atas untuk meneruskan kesinambungan tugas-tugas Rasulullah s.a.w kerana dakwah itu terbeban di setiap diri Ummah Islam.. Maka antara yang boleh kita membantu menyambung amanah Allah dan Rasulullah s.a.w ini dengan cara-cara berikut:

Pertama: mendaulatkan Islam sebagai sumber panduan hidup.. Bermula dari melaksanakan sistem kekeluargaan Islam sehinggalah mendaulatkan sistem Daulah Islamiah..

Kedua: menjalankan tugas-tugas dakwah dengan lebih proaktif kerana kerja dakwah adalah tugas utama Rasulullah s.a.w.. Samada melalui organisasi ataupun jemaah mahupun secara individu sekadar yang termampu..

Ketiga: mengajak ahli keluarga, kaum kerabat, dan orang lain mematuhI ajaran al-Qur'an dan as-Sunnah.. Dengan mempelajari Fardhu "Ain yang menjadi kewajiban untuk difahami dan diaplikasikan..

Keempat: bersama-sama kita menghapuskan ajaran sesat dan menjatuhkan barisan pemimpin yang menyelewengkan aqidah ummah. Serta mengangkat Ulama’ sebagai pemimpin dikalangan kita.. Wajib menolak pemimpin yang "Corrupt" ataupun rasuah dan pemimpin yang berkepentingan peribadi..

Kelima: membudayakan Ilmu dan mengaplikasikannya dalam kehidupan sehingga kita boleh digelar amilin..

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat 21:

Maksudnya: “Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.”
Sumber : Kutbah Jumaat Terbitan Jakim..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..