Friday, March 5, 2010

*Betulkah Ilmu Kejuruteraan Ilmu Sekular?..

MAI LA JOIN SEKALI KULIAH MAGRIB DAN KULIAH SUBUH

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Penulis teringat akan suatu tazkirah Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki di dalam satu majlis ilmu.. Syeikh menyebut akan bala yang Allah s.w.t turunkan pada manusia yang mengakui beriman di akhir zaman ini ialah mereka tidak mengenali ad deen yang mereka pegang..

Apabila menilai lontaran kata – kata Syeikh Fuad Al Maliki, wujudnya kejituan makna kalamnya terhadap komuniti kejuruteraan di sekeliling penulis.. Dalilnya, ramai yang memahami Islam itu merupakan aqidah yang terpisah daripada kehidupan manusia.. Ramai yang menyatakan, bahawasanya bidang keilmuan kejuruteraan merupakan elemen yang terasing daripada tasawwur Islam..

Suatu paradigma sekular yang tertanam di pemikiran komuniti kejuruteraan yang menyatakan bahawasanya Islam dan kejuruteraan merupakan perkara yang terpisah.. Ideologi sekular yang menjadikan elemen mengurus sistem yakni ilmu kejuruteraan bukanlah sebahagian daripada teras untuk mengenal sistem yakni ilmu Islam..

Walhal, apabila kita membaca antara ayat – ayat Allah s.w.t seperti firmanNya Surah Asy Syuura ayat ke 29 “Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.”

Allah s.w.t menerangkan bagaimana sifat qudrat yakni kekuasaanNya dan sifat iradat yakni kehendakNya menciptakan langit yang hebat dan bumi yang luas serta setiap kepelbagaian kejadian yang wujud pada keduanya..

Dalam proses pemahaman terhadap konsep sifat Allah s.w.t yakni qudrat dan iradah.. Ilmu tauhid ataupun disebut sebagai ilmu aqidah diperlukan untuk memahaminya.. Ilmu ketauhidan ini merupakan asas dalam mengenal ad deen yakni Islam yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w..

Namun, perlu diingatkan bahawasanya untuk memahami bagaimana kehebatan penciptaan langit dan untuk memahami kepelbagaian penciptaan bumi serta setiap yang terbit di pentas keduanya memerlukan suatu asas kefahaman ataupun medan keilmuan yang zaman ini difahami sebagai sains dan teknologi..



EXPERIMENT HELP HUMANS TO KNOW THE GREATS OF ALLAH S.W.T

Maka, disini dapat difahami bahawasanya ilmu kejuruteraan merupakan wasilah ataupun alat yang menjadi penghubung untuk memahami kehebatan penciptaan Allah s.w.t berdasarkan sifat qudrat dan iradahNya..

Sebagai contoh, konsep kejuruteraan Bahan yang mengkaji sifat – sifat kejadian suatu bahan seperti seramik, logam dan polimer.. Ilmu ini mengkaji bagaimana Allah s.w.t menjadikan bumi sebagai pentas untuk menusia mengeksplorasinya memahami setiap penciptaan bumi yang bersumberkan sifat Allah s.w.t yakni qudrat dan iradah..

Melalui penilaian ringkas ini, dapat disimpulkan bahawasanya untuk memahami keagungan kebesaran sifat – sifat Allah s.w.t.. Bidang ilmu usuluddin dan ilmu kejuruteraan diperlukan untuk mengukuhkan keimanan dan ketakwaan manusia..

Apabila aqal manusia dapat berfikir akan kehebatan penciptaan Allah s.w.t.. Disertakan kefahaman Tauhid yang faqih dan soheh.. Elemen ini dapat menatijahkan keimanan dan ketakwaan yang jitu kepada Allah s.w.t..

Manusia yang semakin mengenali Allah s.w.t, semakin gerun dan takutlah dia kepadaNya.. Apabila takut dan gentar kepada Allah s.w.t wujud di sanubari manusia.. Maka, terhasillah ketaqwaan yang menuruti segala titah perintahnya dan meninggalkan segala laranganNya..

Allah s.w.t mengajar manusia supaya menggunakan kekuatan aqal yang dipandu iman untuk menghasilkan golongan muttaqin.. Dan ilmu yang memandu aqal ini disebut sebagai ilmu tauhid dan ilmu sains..
Antara contoh - contoh ayat Allah s.w.t yang menerangkan bagaimana penciptaan alam ini merupakan alat untuk manusia menggunakan aqal untuk memahami kehebatan penciptaanNya.. Perhatikan Firman Allah s.w.t di dalam Surah Az Zumar ayat 31..
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.”
Sekian, Terima Kasih..

Wednesday, February 24, 2010

*Kisah Silam Cintaku

MACAM MANA NAK BAWA ORANG GI PUSAT ISLAM NIE HA!!!

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Cinta Masjid..


Para Sahabat r.hum : Hati mereka benar-benar terikat dan rindu untuk berada di Masjid.. Inilah hasil tarbiyyah Rasulullah s.a.w..

Di dalam masjid , kelihatan ramai sekali orang yang sedang memakmurkannya.. Berdekatan dengan salah satu pintu , kelihatan al Harith bin Malik.. Dia terlena dengan aman, sambil duduk.. Wajahnya jelas tenang, dan kesan-kesan berjaga malam juga nyata kelihatan..

Tiba-tiba terpancar cahaya suci daripada susuk tubuh yang muncul dari arah pintu yang berdekatan.. Beberapa orang yang berdekatan berpaling ke arah susuk tubuh itu.. Begitu mereka memandangnya, wajah mereka serta merta menguntum senyum..

Rasulullah s.a.w melangkah memasuki Masjid Nabawi.. Di sisi Rasulullah s.a.w, Anas Bin Malik r.a setiap melangkah bersama ke mana sahaja..

Rasulullah s.a.w terlihat al Harith, lantas BAginda s.a.w menuju kepadanya.. Baginda mengejutkan al Harith yang sedang lena itu..

Al Harith yang sedang lena terjaga, demi terlihat yang beridri di sisinya ialah Rasulullah s.a.w, al Harith menyahut, “Demi bapaku, dirimu dan ibuku wahai Rasulullah s.a.w!” sambil mengangkat kepalanya dengan penuh hormat..

“Bagaimanakah keadaanmu pada pagi ini wahai al Harith bin Malik?” Tanya Rasulullah s.a.w penuh hormat..

“Keadaanku pada pagi ini wahai Rasulullah s.a.w, sebagai seorang yang benar-benanr beriman!” jawab al Harith dengan penuh rendah diri tetapi dengan nada yang penuh kepastian..

Terbayang rasa syukur yang amat sangat di raut wajahnya.. Suasana hening seketika.. Anas Bin Malik r.a berada di sisi Rasulullah s.a.w sejak tadi, hanya memerhatikanperbualan mulia ini dengan tenang..

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w, dengan tersenyum bersuara “Sesungguhnya bagi setiap yang haq itu mempunyai hakikatnya, maka apakah hakikat bagi apa yang kamu katakana tadi?”..

Al Harith menjawab , “Daku menegah dan memalingkan diriku daripada dunia, daku berpuasa pada siang hari, dan daku beribadah berjaga semalaman.. Dan seolah-olah daku sekarang ini sedang melihat kepada ‘Arasy Tuhanku, dan seolah-olah daku sedang melihat kepada ahli syurga yang mereka di dalamnya sedang berziarah sesame mereka, dan daku juga seolah-olah ternampak ahli neraka mereka sedang terpekik melolong menderita”..

Satu demi satu patah-patah perkataan diluahkan oleh al Harith diluahkan oleh al Harith.. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, “Engkau telah diberikan cahaya oleh Allah s.w.t di dalam hatimu, engkau mendapat makrifah maka kekallah dalam keadaan ini!”..

Lalu Rasulullah s.a.w mendoakan baginya.. Dengan senyum, Rasulullah s.a.w berlalu dari situ.. 1

1 Dikeluarkan oleh Ibn ‘Asaakir daripada Anas Bin Malik r.a sebagaimana kitab muntakhabilkanz (Hayatus-Sahaabah, Juzuk 3)

Hebatnya saf-saf para sahabat r.hum..

Di luar sana, burung-burung semakin rancak meniti-niti di tandan-tandan tamar.. Hari masih agak pagi.. Kelihatan di saf-saf bahagian hadapan, sekelompok para sahabat r.hum sedang bersolat nafil, Isyraq mungkin.. Ada yang sedang berdiri, dengan penuh khusyuk dan rendah diri.. Ada yang sedang rukuk, sesekali terdengar desas-desis mereka suara mereka, memuji-muji Allah s.w.t dalam rukuk mereka.. Manakala yang sedang sujud, nampak begitu menikmati detik-detik paling hampir dengan Tuhannya..

Mereka seperti terpaku dalam rukuk yang panjang dan penuh syahdu.. Di sela-sela saf itu, kadang-kadang terdengar tangisan halus seorang hamba kepada Tuhannya.. Cahaya kebahagiaan terpancar daripada mata suci Rasulullah s.a.w melihat kepada kelompok yang sedang asyik dengan solat mereka.. Betapa tidak, bukankah Rasulullah s.a.w sering bersabda, “Sejuk pandangan mataku ketika dalam solat”.. 2

2 Hadith yang dikeluarkan oleh al Nasaa’ie daripada Anas Bin Malik r.a

MADINAH YANG DIRINDUI PENGIMARAHANNYA





Namun, tika kegelapan kian mengasak senja supaya pergi.. Di ambang sore yang membawa magrib tiba.. Tidak kedapatan seorang manusiapun iktikaf di Binaan Masjid yang jauh lebih indah berbanding Masjid Nabawi yang pernah diimarahkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabar r.hum 1430 tahun dahulu.. Seakan rutin harian, aku sendirian lagi duduk berhadapan dengan mimbar khatib menanti waktu..

Sesekali aku menoleh kiri dan kanan Masjid.. Mungkin ada jemaah yang akan hadir.. Namun, keazamanku melihat seseorang hadir tidak juga muncul – muncul.. Cumanya, apabila detik azan seminit dua lagi akan terdengar.. Muncul juga menuju ke arahku seorang pak arab.. Aku hanya memandang dan senyum padanya.. Dia membalas senyumanku kembali.. Namun, walaupun senyuman mungkin terukir di wajah... Tetapi, hatiku masih resah.. Mengapa tiada bangsaku menuju ke sini?.. Padahal rasanya yang mendaftar sebagai pelajar di kampus ini yang mengakui sebagai Islam menjangkau ribuan manusia..

Di benar mindaku, terlintas suatu persoalan yang sedang menerjah pemikiranku.. Mengapakah rasa kecintaan Rasulallah s.a.w dan Para Sahabar r.hum terhadap mengimarahkan Masjid ini tidak cuba dirasai oleh masyarakatku di kala ini?.. Sekiranya hendak difikirkan tahap keduniaan Rasulallah s.a.w.. Rasulallah s.a.w merupakan pemerintah tertinggi Negara.. Sedangkan di kampus ini.. Jawatan tertinggipun.. Mungkin Yang Di Pertua Wakil Pelajar.. Sekiranya hendak diukur dengan harta.. Saidina Abdul Rahman Bin Auf r.a lebih kaya berbanding pelajar – pelajar yang mendapat biasiswa JPA..

Maka, apa masalahnya.. Kenapa tidak terliur sedikit perasaan manusia untuk memenuhi ruangan Masjid ini.. Sedangkan tadi, sekirat jam 6.00 petang.. Ramai sahaja yang berjogging melintasi Masjid ini.. Aneh, mana mereka pergi di saat azan hampir tiba ini.. Kalau nak dikatakan ke surau – surau desa.. Ramai sahaja sahabat – sahabat desaku memberi tahu saf – saf di desa semakin kurang.. Malah, ada desa yang ingin menghapuskan sebahagian surau untuk dijadikan tempat untuk manfaat yang lain.. Jadi, mana mereka yang ramai beridah tadi..

Pesan guruku, sekiranya seseorang itu telah dirasuki kecintaan terhadap sesuatu perkara.. Maka, lautan api sanggup diredahi.. Tujuh benua dunia sanggup dilalui untuk mencapai cintainya.. Seperti mana, Rasulallah s.a.w yang sanggup meninggalkan Isterinya yang tercinta untuk sementara waktu untuk menyahut seruan Saidina Bilal Bin Rabah r.a.. Maka, apakah kecintaan terhadap Masjid itu semakin hilang di sanubari masyarakat di kawasanku ini..

Bukanlah, persoalan yang dijiwaku ini untuk mengizzahkan kehebatan diri.. Cumanya, persoalan diriku ini timbul kerana aku sendiri memerlukan suasana yang membawa kecintaan kepada Masid.. Aku takut cinta yang cuba ku dakapi ini semakin pudar lantaran suasanan tidak mengarah kea rah itu..

Bagiku, apa yang penting.. Keperluan untuk istiqamah itu memerlukan kekuatan daripada Allah s.w.t.. Kerana kekhuatiran sekiranya pudarnya iltizamku sendiri.. Doa juga sering kupanjatkan agar suasana silam Madinah Al Munawwarah itu kembali ke kawasanku ini.. Mungkin, ini semua lantaran dosa – dosa yang manusia lakukan.. Semoga diberi hidayah..
Sekian, Terima kasih..
Sumber : Masjid itu hidupku..

Wednesday, February 17, 2010

*Ilmu dan Pengatahuan..

MACAM MANALAH ACUAN MANUSIA YANG DICIPTA DARIPADA TAHAH?..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..




Senario masyarakat sekarang cenderung ke arah menjana generasi berilmu dan berpengatahuan.. Hari ini terlalu banyak medium yang boleh dijadikan ruang untuk penyebaran ilmu dilaksanakan dengan mudahnya.. Ditambah dengan kemudahan dunia tanpa sempadan yang disebut internet..



Setiap yang berlaku di dunia Arab boleh diketahui oleh masyarakat barat dalam masa yang sama lantaran sempitnya ruang lingkup perhubungan.. Natijah daripada kemajuan teknologi maklumat..

Begitu juga pencabahan institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus melesatarikan terbinanya generasi berilmu dan berpengatahuan.. Manusia semakin hari semakin berilmu dan berpengatahuan.. Semakin ramai mereka yang ditempa dengan gelaran Professor dan Ilmuan..

Namun, pokok persoalannya.. Mengapakah kemajuan dan perkembangan generasi berilmu dan berpengatahuan tidak menjamin perilaku dan peribadi terpuji insani?.. Masyarakat yang berilmu dan berpengatahuan semakin berakhlak jahil dan hilang nilaian murni yang terpuji?.. Masyarakat yang berilmu dan berpengatahuan semakin hilang nilaian malu dan maruah yang menjamin harga diri?.. Masyarakat yang berilmu dan berpengatahuan semakin tidak mengenali keesaan Allah s.w.t yang menciptakan serta menjadikan sekelian Alam?..

Belakangan ini, dilaporkan isu – isu pembuangan bayi secara kejam yang dilaksanakan oleh masyarakat yang dilaung-laungkan sebagai Masyarakat Madani.. Bagaimana pendedahan KOSMO di malam 14 Febuari 2010 ramai pemuda dan pemudi ditangkap dalam keadaan bersekududukan tanpa ikatan yang halal termasuklah pelajar Institusi pengajian tinggi?.. Dan banyak lagi isu – isu keruntuhan moral dan fitnah – fitnah yang dilemparkan kepada individu tertentu lantaran kepentingan peribadi dan politik seperti liwat dan politik wang..

Kebanyakan kerosakan yang dilakukan merupakan mereka yang berilmu dan berpengatahuan.. Mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat.. Musnah dan rosak masyarakat lantaran kemusnahan dan kerosakan yang berlaku berpunca daripada golongan berilmu dan berpengatahuan..

Secara umumnya, satu jawapan yang cuba diutarakan disini.. Inilah yang akan berlaku apabila Ilmu dan pengatahuan yang membentuk manusia tiada perkaitan dengan pencipta yakni Allah s.w.t.. Ilmu dan pengatahuan yang dibina tidak membawa manusia mengenali Allah s.w.t.. Maka, ilmu dan pengatahuan yang sewajarnya membawa kepada keimanan kepada Allah s.w.t sebaliknya telah berubah kepada kemungkaran dan kemaksiatan kepadaNya..

Sedang Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah Al Jaatsiyah ayat 13

“Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.”

Allah s.w.t menjelaskan bahawa setiap yang tercipta di langit dan di bumi serta yang berada di keduanya semuanya sepatutnya akan membawa kepada pengenalan kepada Allah s.w.t.. Kita menkaji ilmu angkasa lepas, sewajibnya ilmu dan pengatahuan itu membawa kepada Allah s.w.t.. Kita menkaji ilmu kejuruteraan bahan dan sumber mineral sewajibnya ilmu dan pengatahuan itu membawa kepada makrifatullah.. Begitu juga lah , bidang keilmuan yang lain.. Sewajibnya ianya membawa kepada Allah s.w.t..

Ilmu dan pengatahuan yang diasaskan melalui aqidah mentauhidkan Allah s.w.t tanpa menyamakan serta menjisimkanNya kepada makhluk sahaja yang akan membawa kepada kesejahteraan dan kelastarian manusia untuk hidup dalam keadaan bertamadun serta beretika..

Ilmu dan pengatahuan inilah yang mampu mengubah manusia yang jahil dan penuh bersifat assobiyah kepada manusia yang cerdik serta disulami dengan ukhuwwah Islamiyyah yang tidak kenal bangsa dan perkauman..

Tiada timbul isu kerosakan sifat insani, kerosakan sifat malu, kerosakan sifat integriti dan sebagainya kerana ilmu dan pengatahuan yang diasaskan dengan konsep tauhid mampu membina masyarakat yang bersifat mahmudah dan sentiasa bersifat ihsan dalam melaksanakan setiap perilaku dan tindakan..

Apabila wujud golongan yang berasaskan tauhid.. Kemudiannya, mengembangkan ilmu dan pengatahuan.. Maka, natijahnya akan tertegaknya keadilan dan kesaksamaan, moral dan nilai murni, wala’ dan thiqah, makruf dan kebajikan serta terhapuslah kebatilan dan kezaliman, kerosakan dan hilang maruah, mungkar dan kemaksiatan..




Sekian, terima kasih..




Tuesday, January 26, 2010

*Kemana aqalmu?..

MASJID WADAH YANG BOLEH MEMBAWA KE PINTU HIDAYAH..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..




Hidayah dan Aqal




Penulis teringat akan suatu tazkirah Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki di dalam satu majlis ilmu.. Syeikh menyebut bahawa bala yang Allah s.w.t turunkan pada manusia yang mengakui beriman di akhir zaman ini ialah mereka tidak mengenali ad deen yang mereka pegang..

Syeikh menjelaskan mereka hanya menyebut kalimah Allah s.w.t dengan lisan mereka.. Tetapi, tidak memahami makna sebenar kalimah Allah s.w.t.. Mereka tidak memahami tuntutan dan natijah yang sepatutnya dicapai apabila kalimah ini tercetus di benak hati mereka..

Syeikh juga mengingatkan kalam Syeikh Daud Al Fathani menyebut bahawa mereka yang sibuk menyebut kalimah Allah s.w.t dengan lisan mereka dengan banyaknya.. Tetapi, tidak memahaminya.. Mereka ini seumpama meeka yang menyebut api, api, api.. Tetapi, tidak akan terasa kepanasan di lidahnya walaupun dilafazkan dengan banyaknya.. Umpama melakukan sesuatu yang sia - sia..

Sering penulis memerhati senario masyarakat sekeliling.. Apabila dicetuskan nilaian Islam.. Pasti paksi jawapan mereka berorentasikan bahawa hidayah Allah s.w.t tidak sampai.. Apabila diseru ke arah kebajikan.. Hidayah Allah s.w.t akan dipersoalkan oleh masyarakat di dalam permasalahan ini.. Persoalan hidayah Allah s.w.t pasti akan menjadi alasan utama untuk berdalih..

Di dalam Surah At Tahrim ayat yang ke 10 sehingga 12.. Allah s.w.t membawakan beberapa kisah Ummah terdahulu yang berkaitan rapat dengan persoalan hidayah.. Ayat ini boleh dijadikan sebagai iktibar kepada manusia yang sering menyalahertikan persoalan hidayah sebagai alasan untuk mengelak menerima Islam sebagai cara hidup..

Firman Allah s.w.t di dalam ayat yang ke 10 Surah At Tahrim yang bermaksud

“Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat[*] kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)."

[*]. Maksudnya: nabi-nabi sekalipun tidak dapat membela isteri-isterinya atas azab Allah apabila mereka menentang agama.

Allah s.w.t memberi contoh, bagaimana manusia yang hidup di dalam suasana dilimpahi hidayahNya.. Allah s.w.t menghidupkan mereka di dalam suasana kenabian.. Tetapi, manusia itu tidak menggunakan aqal untuk memikirkan hidayah Allah s.w.t.. Sebaliknya menjadikan aqal sebagai penjana untuk menentang perjuangan suami masing - masing

Isteri kepada kedua orang Rasul ini merupakan manusia yang dianugerahkan nikmat untuk bersama mereka yang menyeru kepada hidayah Allah s.w.t.. Tetapi, tidak terdetik kepada mereka untuk memikirkan hidayah Allah s.w.t supaya dapat menjadi mereka yang mengembangkannya kepada masyarakat..

Begitulah juga dengan kehidupan manusia di zaman ini.. Kadangkala apabila kita berada di persekitaran kelompok manusia ataupun jema’ah yang cuba merungkaikan hidayah Allah s.w.t untuk disebarkan ke dalam masyarakat.. Tidak terdetikpun di hatinya untuk bersama dan beriltizam yakni memberi komitmen untuk menyebarkan punca kepada hidayah Allah s.w.t..

Tidak terlintas di benak pemikiran kita untuk menjadi golongan muharrik yakni mereka yang cuba beramal soleh dan melakukan kebajikan serta mereka ini cuba membawa manusia lain untuk bersama menyertainya untuk membawa manusia mengenal Allah s.w.t..

Walhal, kadangkala dirinya telah ditempatkan bersama mereka ataupun jema'ah yang cuba untuk mengankat Islam ke puncak yang mentadbir alam.. Malah, kita cuba mencari haluan yang lain sebagai alasan untuk berdalih daripada memikirkan punca hidayah Allah s.w.t..

Allah s.w.t menjelaskan lagi situsasi manusia yang menjadi aqal untuk memahami hidayahNya.. Di dalam Surah At Tahrim ayat yang ke 11 yang bermaksud,

”Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu[*] dalam firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zhalim.”

[*]. Maksudnya: sebaliknya sekalipun isteri seorang kafir apabila menganut ajaran Allah, ia akan dimasukkan Allah ke dalam jannah.

Di dalam ayat ini Allah s.w.t menerangkan perilaku manusia yang mempunyai ciri mereka yang beriman.. Bagaimana manusia menggunakan aqal memikirkan hidayah Allah s.w.t walaupun persekitarannya dihiasi dengan kemewahan dunia yang membawa kepada kesesatan..

Isteri Fir’aun yang bernama ‘Asiah hidup di tengah kelompok manusia yang dilimpahi dengan kemewahan.. Hebatnya anugerah rezeki yang diberikan menyebabkan mereka berasa bongkak sehingga tidak malu mengankat diri sebagai Tuhan.. Namun, ‘Asiah menggunakan aqal untuk memikirkan seruan hidayah yang disampaikan Nabi Musa a.s mengetepikan nikmat sementara..

Allah s.w.t memberi contoh manusia yang menggunakan aqal untuk memikirkan punca hidayahNya walaupun dilimpahi kemewahan.. Ayat ini jelas membuktikan bukanlah permasalahan hidayah Allah s.w.t menjadikan manusia tidak beriman kepadaNya.. Sebaliknya tidak menggunakan aqal untuk memikirkan punca hidayah Allah s.w.t..

Di akhir Surah At Tahrim ayat ke 12, Allah s.w.t menjelaskan Kisah keluarga yang sentiasa mendambakan hidayah Allah s.w.t dan berusaha ke arah itu..

“dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat Rabbnya dan Kitab-KitabNya, dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat.”

Allah s.w.t menunjukkan qudwah daripada keluarga Imran yang cuba menjadikan keturunannya golongan yang menjadikan aqal untuk memikirkan punca hidayah Allah s.w.t.. Bagaimana keluarga Imran mengatur strategi menjadikan keturunan sebagai mereka yang dikasihi Allah s.w.t.. Sehinggakan mereka dianugerahkan kelahiran bayi daripada anak perumpuannya Siti Maryam yakni Nabi Isa a.s.. yang diutuskan untuk menyuluh hidayah ke dasar hati kaumnya..

Kesemua kisah yang sempat dinulikkan penulis ini membuktikan bahawa Allah s.w.t memberi gambaran bagaimana manusia yang dapat menggunakan kekuatan aqal untuk mendapat hidayah Allah s.w.t dan bagaimana manusia yang tidak dapat menggunakan aqal yang diberikan Allah s.w.t dengan sebaiknya.. Sebaliknya menjadikan aqal untuk menafikan hidayah Allah s.w.t..

Kerana itulah, di dalam Al Quran banyak dipersoalkan mengapa manusia tidak mahu menggunakan aqal untuk merenung segala ciptaan Allah s.w.t.. Semua persoalan yang ditimbulkan sebenarnya merupakan seruan untuk manusia menggunakan aqal memikirkan punca – punca yang dapat membawa kepada anugerah hidayah Allah s.w.t..


Secara mudahnya dapat difahami bahawa bukanlah hidayah Allah s.w.t itu jauh daripada manusia.. Tetapi, sebaliknya manusia tidak mahu mencari inisiatif mencari sumber -sumber hidayah Allah s.w.t.. Sedangkan Allah s.w.t telah menjadikan alam supaya manusia berfikir dan merenung akan ciptaanNya.. Natijahnya dapat menzahirkan tuntutan penciptaan di atas muka bumi ini..




Sekian, terima kasih..

Allahu ‘alam..


http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/



Friday, January 15, 2010

*Kenapa engkau tiada?..

HEI!!!! KENAPA TAK DATANG SOLAT GERHANA HA???


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Manusia dan Solat Sunat Gerhana..



Sewaktu melaksanakan Solat Gerhana Matahari 15.1.2010 secara berjema'ah di Pusat Islam sekitar jam 3.30 petang.. Penulis memerhatikan gelagat manusia yang mula memenuhi ruangan dewan solat yang rasanya mampu menampung seribu jema'ah di setiap kali waktu solat..



Pelbagai persepsi yang mungkin terhampar pada setiap diri insan ketika itu.. Ada juga yang seperti seorang abid yang asyik menyeru Tuhannya, ada yang hanya duduk termangu menunggu saatnya mendirikan solat.. Tidak terlepas juga mereka yang sedang berbual sesama sendiri.. Mungkin kali pertama ingin mendirikan solat ini..



Namun, terasa sedikit kehairanan terdetik di hati.. Mengapa masih jelas kekosongan di ruangan dewan solat ini?.. Bukankah warga kampus ini melebihi ribuan manusia?.. Daripada kakitangannya dan pelajarnya.. Rasanya, yang muslimnya bukannya boleh dihitung dengan jari ramainya..



Tika itu, fikirku hanya satu separuh saf sahaja yang terisi dengan manusia.. Mungkin seratus orang rasanya.. Tetapi, bukankah yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t dan membenarkan Rasulallah s.a.w di kampus ini ribuan jumlahnya.. Aneh, mana pergi kesemuanya.. Bukankah saat ini munculnya salah satu bukti kehebatan Allah s.w.t yang mengatur alam semester ini..



Firman Allah s.w.t yang menzahirkan keagungan Allah s.w.t di dalam Surah Yasiin ayat yang ke 38 "dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." Allah s.w.t dengan kekuasaanNya mampu menjadikan matahari yang begitu besar , bumi yang begitu besar dapat diatur olehNya akan pergerakannya tanpa memerlukan bantuan sesiapapun.. Lemahnya manusia, untuk menggerakkan kereta yang kecilpun memerlukan bantuan banyak benda untuk menggerakkannya..



Mengapa mereka yang beriman itu tidak menyahut seruan Allah s.w.t.. Bukankah Allah s.w.t telah memberikan aqal yang waras untuk merenung setiap kejadianNya supaya dapat mengambil iktibar akan lemahnya manusia.. Walaupun dia menyandang gelaran professer.. Sewajarnya dia tetap sujud kepada Allah s.w.t.. Apabila melihat keagungan ciptaannya..



Rasanya, hari Juma'at itu bukannya penuh dengan jadual kelas harian.. Adapun yang terpalit jadualnya akan kelas.. Pasti agak hilang semangat untuk melaksanakannya.. Yalah, saat terakhir mingguan hari pembelajaran.. Apa salahnya sekali sekala dibatalkan untuk sujud atas zahirnya keagungan Allah s.w.t..



Hebatnya manusia mendapat gelaran professer daripada kajiannya terhadap tanah liat.. Tetapi, kehebatannya tetap terbatas.. Kerana dia tidak mampu menghasilkan jiwa yang bernafas seperti mana ciptaan Allah s.w.t yang terbina daripada tanah liat. Sehingga ciptaanya mampu mendapatkan gelaran professer itu.. Maka, mengapa mereka tidak mahu bersujud dengan kehebatan Allah s.w.t?..



Sebak juga di dalam jiwa.. Terdapat juga teman yang ku cinta tidak ku dapati di ruangan ini.. Mungkin ada alasannya.. Tetapi, bagiku semoga Allah s.w.t membuka hatinya untuk sentiasa mencari hidayah dan taufiqnya untuk sentiasa sujud kepadanya dalam setiap perkara.. Walaupun, dia terpaksa meninggalkan urusan sesama manusianya.. Bagiku, tiada makna hubungan manusia tanpa mendirikannya dengan hubungan kepada Allah s.w.t..



Ketika seakan berakhirnya khutbah yang diungkapkan khatib.. Terdetik di sanubari ini.. Semoga hidayah dan taufiqnya menyirami diriku dan mereka yang bersama denganku.. Bukanlah diriku seorang yang sempurna.. Tetapi, ingatanku pada diri.. Kita bukanlah manusia yang punyai kelebihan dan apa keistimewaan kita sehingga kita seakan tidak berhajat kepada Allah s.w.t.. Sombong kita dengan seruan Allah s.w.t.. Walhal, bukannya perkara besar yang memudharatkan berlaku kepada kita sehingga terhalang untuk menyahut seruannya..



Sekian , terima kasih..



http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/



Hukum mendirikan Solat Gerhana..



Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.




Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.




Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.




Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.




http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/solat-sunat-gerhana.html












Wednesday, January 6, 2010

*Maal Hijrah Pusat Islam USMKKj

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Segala puji bagi Allah s.w.t walaupun telah berlalu 21 di bulan Muharram tahun 1431 Hijrah masih lagi diberi peluang untuk kita meneruskan kehidupan di alam ciptaanNya.. Sedangkan sekiranya dinilai prestasi kendiri kita.. Tidak layak untuk menerima anugerah kurniaan Allah s.w.t kepada kita..

Rasulallah s.a.w menunjukkan perilaku tauladan kepada kita.. Bagaimana kita sebagai hamba perlu mengorbankan diri untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini?.. Islam perlu memerintah dan bukan Islam yang diperintah..

Islam perlu menjadi acuan dalam membentuk sistem kehidupan manusia.. Samada sistem politik Islam, pentadbiran Islam, ekonomi Islam dan sebagainya.. Islam merupakan acuan terbaik dalam membentuk manusia.. Ini terbukti di dalam sejarah.. Bagaimana sirah perjuangan Rasulallah s.a.w membentuk pemerintahan yang beracuankan acuan Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 138

"Sibgah Allah".. Siapa yang lebih baik sibgahnya daripada Allah? Dan kepadaNya kali menyembah"

Sibgah bermakna acuan ataupun celupan yakni agama Allah s.w.t.. Allah s.w.t mengajar manusia melalui Rasulallah s.a.w untuk membentuk fitrah kehidupan yang selari dengan hakikat kejadian manusia itu sendiri.. Maka, Islam merupakan acuan yang terbaik untuk membentuk manusia yang baik seluruh aspek kehidupannya..

Hijrah membuktikan kehebatan manusia yang terhasil daripada acuan Allah s.w.t.. Bagaimana manusia yang beriman yang menyahut seruan hijrah untuk menegakkan agama Allah s.w.t.. Maka, elemen keduniaan mampu diketepikan meskipun mereka hanya tinggal sehelai sepinggang pada zahirnya..

Bertepatan dengan saat ini.. Di awal Muharram 1431 Hijrah.. Pusat Islam Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan satu ceramah yang akan mengupas perihal manusia - manusia yang dibentuk dengan acuan Allah s.w.t.. Semua dijemput hadir..

Sekian, Terima Kasih..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Sunday, January 3, 2010

*Mengapa engkau berjauhan denganNya..

MENGAPA DIRIMU TIDAK TERPANGGIL MENGIMARAHKANNYA!! TOLONGLAH!!


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Masjid itu perlukanmu..


Bila melihatkan keadaan masjid setiap waktu solat di zaman ini.. Pasti sayu hati mereka yang beriman kepada Allah s.w.t.. Apa tidaknya.. Di saat azan dikumandangkan oleh muezzin.. Hanya kelihatan beberapa orang jema’ah yang menyahut panggilan itu.. Sedangkan, teknologi yang diilhamkan Allah s.w.t kepada manusia telah menjadikan sahutan azan mampu didengar segenap pelusuk alam..

Ketika mana, Allah s.w.t menetapkan panggilan untuk hambaNya pergi merintih merayu kepadanya.. Ramai manusia yang tetap angguh dan sombong.. Mereka seakan tidak mendengar sahutan yang memuji-muji Allah s.w.t.. Padahal, mereka diberi pancaindera untuk menzahirkan bukti keimanan yang mereka akui dengan hati dan lisannya..

Aneh sungguh keadaan ummah ini.. Apakah mereka tidak merasakan kenikmatan untuk menyahut panggilan Penciptanya.. Sedangkan Allah s.w.t melebarkab rahmatNya begitu luas pada hambaNya.. Walaupun, hambaNya mengingkari perintahnya.. Apakah sudah jadi sebenarnya?..

Ketahuilah, sesungguhnya Allah s.w.t berfirman di dalam Surah At Taubah ayat yang ke 18
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”..

Allah s.w.t mencirikan mereka yang beriman kepada Allah s.w.t dengan menyifatkan mereka sebagai pemakmur – pemakmur masjid.. Setiap kali seruan azan, mereka mendirikan solat di awal waktu , mereka berzakat dan ketakutan mereka hanya kepada Allah s.w.t.. Mereka juga sentasa mengharapkan supaya tergolong mereka yang diberikan petunjuk..

Apabila petunjuk Allah s.w.t telah meluputi hati manusia.. Setiap tindakannya akan disandarkan kepada Allah s.w.t.. Sebagai contoh, Apabila dia mengekspolarasi ilmu kerujuteraannya dia mencari keagungan Allah s.w.t dalam ciptaanya.. Dia melihat keagungan Allah s.w.t menjadikan langit dan bumi serta yang berada di keduanya..

Mereka yang diberi nikmat kebendaan umpamanya motosikal.. Apabila hatinya diberikan petunjuk.. Motosikalnya akan membawanya menyahut panggilan Allah s.w.t.. Tetapi, apabila hati yang jauh pada Allah s.w.t motosikalnya tidak memberi manfaat apa – apa padanya.. Malahan, motosikalnya itu membantunya untuk melakukan maksiat yang mengingkari Allah s.w.t..

Hari ini manusia seakan tidak merasakan penting untuk mendapat hidayah Allah s.w.t.. Baginya apa yang penting ialah ilmu untuk mencari kebendaan dan bukannya ilmu untuk mencari Allah s.w.t.. Lantaran itulah, ramai manusia yang semakin menjauhi masjid – masjid Allah s.w.t.. Bukannya ada keuzuran untuknya mengimarahkan masjid.. Sedangkan dirinya mempunyai kereta dan motor yang hebat yang boleh membawanya ke masjid.. Tetapi, dipersiakan dengan sianya..

Hari ini, bukannya manusia kesuntukan untuk pergi ke masjid.. Tetapi, kehidupanya telah terhimpit dengan dunia yang menipu dirinya.. Dirinya disibukkan dengan aurat wanita yang diingini, disibukkan dengan permainan yang menipu dirinya, disibukkan dengan teknologi yang mengkaburinya, disibukkan dengan persatuan yang membebankannya..

Bukanlah semua itu dilarang di dalam Islam.. Ianya diharuskan.. Tetapi, janganlah sampai penyakit lalai itu singgah ke benak hati.. Ada manusia yang dikurniakan kemerduan suaranya.. Tetapi, dia tidak mahu mengalunkan kalimah mamuji Allah s.w.t.. Dia lebih asyik menyanyikan lagu yang memuji manusia yang sia – sia.. Ada juga yang diberi nikmat kepandaian dalam menuntuk ilmu.. Tetapi, dia lupa kepandaiannya hanya terbatas dan cetek sahaja.. Sedangkan Ilmu Allah s.w.t itulah yang paling luas yang hebat..

Saudara, sebagai akhirnya.. Marilah kita kembali kepada Allah s.w.t.. Marilah kita mengimpikan petunjuk Allah s.w.t.. Ketahuilah, kita akan mati.. Mati itu bukan letaknya pada tuanya usia.. tetapi, mati itu letaknya pada kehendak Allah s.w.t.. Carilah rahmat Allah s.w.t.. Sesungguhnya ianya amat diperlukan untuk kehidupan dunia dan di akhirat..

Sekian, terima kasih..




Dengan Nama Allah s.w.t..