Friday, September 26, 2008

*Pulang Ke Kampung..

Assalamualaikum..

Insyallah, esok  akan pulang ke rumah.. Impian untuk berdamping bersama keluarga tercinta Ayah Ibu rindunya.. Semoga inayah Allah s.w.t sentiasa mengintai diri.. Harapnya dapat jumpa semua saudara di desa nanti.. Juga sahabat yang lama tidak bersua terutamanya mereka yang berkelana di bumi An biyya'.. Tahun ini mereka pulang.. Tidak sabar rasanya.. Terasa ingin pulang sekarang sebenarnya.. Tapi, bila teringatkan Pusat Islam ini.. Macam-macam dapat di sini.. Ustaz yusof dah umpama ayah disini.. Semua Usaz dah macam abang-abang.. Maklumlah tak pernah berabang.. Baru tahu kepentingan jadi abang ini.. Kat adik-adik.. Selalu juga ragging adik kat rumah dulu.. Tapi untuk pendidikan.. Takpe rasanaya..

Sedih juga rasa dalam diri ini.. Terasa pelbagai kesedihan.. Bila fikir sesuatu perkara.. Pasti ada kesedihan.. Sebab tak dapat sempurnakan dengan sebaiknya.. Dengan ramadhan.. Dengan sahabat.. Dengan persatuan.. Dengan perjalanan akademik.. Aduh, macam-macam lagi la.. 
Cumanya harapanku pada Allah s.w.t.. Semoga Allah s.w.t menilaiku dengan pandangan inayah dan rahmatnya.. Bukan dengan pandangan azab dan marahnya..

Akhir sekali, kumengharapkan kemaafan kepada semua manusia.. Sebab biasalah sukar untuk memuaskan semua hati manusia.. Kerana banyak pilihan hati masing-masing.. Semoga ini antara Ramadhan yang terbaik.. Kepada sahabat terutama Abe Helmi , Abe Tengku (nok nikah dah) Abe Fariz, Abe2 sume la.. Malik, Sob, Sya'kirin.. Kak Zullaika, Kak Mizah, Kak Azwana, dan semua kak2 la.. Terima kasih atas nasihat antum.. Ianya buat diriku berfikir dan berfikir..

Insyallah .. diri ini mehulurkan kemaafan kepada antum.. Harapnya Antum juga begitu ya.. Semoga kita istiqamah dengan amal soleh.. Sekian, Terima Kasih..

Wednesday, September 24, 2008

*Berakhirnya Kenikmatan Ramadhan..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Perginya Ramadhan Al Mubarak..


Duhai jiwa-jiwa yang tenang,

Insan yang benar-benar menghayati dan mendapatkan faedah dari kedatangan Ramadhan dengan menikmati kemanisan iman dan peningkatan takwa di bulan Ramadhan, sudah pasti menghadapi detik perpisahan dengan bulan Ramadhan dengan penuh kesedihan dan pengharapan.. Di benak qalbunya berlegar persoalan apakah amalan mereka diterima, dan di kala itu jualah mereka amat berharap agar dosa noda mereka diampunkan dan diberikan peluang untuk bersua dengan Ramadhan yang akan datang.. Tersemat padu khauf (takut) dan raja' (harap) dalam batinnya pada Allah s.w.t

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,


Cuba kalian pujuk batinmu.. Bawalah ianya melayari lautan muhasabah.. Bandingkan dirimu dengan mereka-mereka yang telah mencapai kejayaan di sepanjang menjalani program pentarbiyahan Ramadhan.. Bagaimana jiwa dan nurani mereka yang telah terpaut dengan ikatan tauhid yang kukuh.. Mereka menyakini firman Allah s.w.t "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." al baqarah ayat 256.. Mereka inilah golongan yang disebut sebagai Salafussoleh..

Ketahuilah, Para Salafussoleh begitu bersungguh menyempurnakan amalan mereka semasa di bulan Ramadhan.. Namun, mereka asyik memikirkan bagaimana penerimaan Allah s.w.t terhadap amalan tersebut dan risau ia ditolak.. Sedarilah mereka inilah yang disebut dalam surah Al Mukminun ayat 60 "Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang gerun dan gementar.".. Bukannya mereka tidak mengatahui bahawasanya Allah s.w.t itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang.. Bahkan Rahmat Allah s.w.t itu luas seluasnya.. Namun, kebimbangan mereka sekiranya amal mereka ditolak menyebabkan mereka kelihatan berdukacita pada hari raya..

Muslimin dan Muslimat,

Fikirkanlah sedangkan Golongan Salafussoleh yang kedudukannya di sisi Allah s.w.t begitu hampir tetap berdukacita kerana bimbang tidak diterima amalnya.. Sedangkan besar mujahadah mereka memerangi kemaraan nafsu sehinggakan nafsu itu menjadi hamba kepada mereka.. Dikhabarkan Imam Abu Hanifah r.a hanya makan sekadar quantiti makanan burung untuk mendapatkan tubuh yang ringgan beribadah kepada Allah s.w.t.. Bagaimana kita sebagai manusia biasa yang nafsu menjadi raja dijiwa.. Renungkan pernahkah kita memikirkan tentang amalan yang telah kita lakukan.. Bagaimana kita tidak ada merasakan keasyikan kelazatan beribadah kepada Allah s.w.t.. Kita juga tidak pernah bimbang apakah amalan kita diterima.. Atau apakah kalian sudah mengerti atau mengatahui usiamu mampu menerjah ke Ramadhan yang hadapan..

Sedarlah, kita tidak tahu apa yang ada di masa hadapan.. Kita tidak tahu apa yang berlaku di masa hadapan.. Maka, ambillah sedikit waktu untuk kalian bermuhasabah dan merenung keadaan yang telah dilalui..

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,

Di dalam bulan Ramadhan, diperbanyakkan sebab-sebab untuk mendapat keampunan.. Di antaranya ialah puasa, bangun malam Lailatul Qadar, menjamu orang berbuka puasa, zikir, dan istighfar, bahkan malaikat sentiasa memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka.. Maka, kerana itulah Golongan Salafussoleh  takut mereka tergolong daripada orang yang terlepas peluang untuk mendapat keampunan Allah s.w.t pada bulan Ramadhan.. Kerana orang yang tidak mendapat keampunan Allah s.w.t merupakan golongan yang paling jauh daripada magfirah Allah s.w.t..

Ketahuilah dan sedarlah, bila masakah lagi akan diampunkan dosa-dosa kamu.. Bilakah akan diterima doa orang yang ditolak doanya pada malam Lailatul Qadar? Bilakah akan baik orang yang tidak baik pada bulan Ramadhan? Bilakah akan sihat orang-orang yang mempunyai penyakit kejahilan dan kelalaian? Setiap pohon yang tidak berbuah pada musimnya, akan dipotong kemudian dibakar..

Saudaraku sekelian,

Sesungguhnya hari berbuka dari bulan Ramadhan merupakan hari Raya bagi seluruh umat kerana pada hari tersebut dibebaskan orang-orang yang melakukan dosa besar dari kalangan orang-orang yang berpuasa dari neraka.. Keadaan yang sama dengan hari Qurban yang merupakan hari raya terbesar kerana sebelumnya ialah hari Arafah.. Ia adalah hari yang tidak pernah dilihat di dunia pembebasan yang paling banyak daripada hari tersebut.. Sesiapa yang dibebaskan dari neraka pada dua hari tersebut, maka baginya hari Raya, wajar dia meraikan kemenangan bagi dirinya.. Dan sesiapa uang tidak mendapat pembebasan pada dua hari tersebut, maka baginya hari perjanjian yang buruk..

Sebagai akhirnya,

Seruanku pada pemilik-pemilik dosa-dosa besar pada hari-hari yang mulia ini! Telah berapa ramai orang-orang yang memiliki dosa dan kesalahan dibebaskan daripada api neraka pada bulan ini.. Maka sesiapa yang dibebaskan darinya sesungguhnya telah mencapai kejayaan dan kurniaan yang besar.. Wahai orang yang dibebaskan Tuannya dari neraka! Berhati hatilah kamu dari kembali kepadanya selepas kamu menjadi seorang yang merdeka.. Adakah setelah Tuanmu menjauhkanmu dari neraka, kamu pula mahu mendekatinya? Adakah setelah dia menyelamatkan kamu, kamu pula mahu menjatuhkan diri kamu ke dalamnya dan tidak berhati dengannya?

Wahai awan kelalaian yang menebal di hati! Berlalulah.. Wahai matahari ketakwaan dan keimanan! Terbitlah. Wahai suratan amalan orang-orang yang soleh! Terangkatlah! Wahai hati yang sedang puasa! Khusyuklah.. Wahai kaki kaki orang yang bermujahadah! Sujudlah kepada Tuhanmu dan ruku'lah kepadaNya.. Wahai mata-mata orang-orang yang bertahajjud! Janganlah tidur.. Wahai dosa-dosa orang-orang yang telah bertaubat! Janganlah kembali kepada dosamu. Wahai bumi hawa nafsu! Telanlah airmu.. Wahai langit nafsu! gugurlah.. Sesungguhnya telah berpanjangan hari-hari hidangan nikmat bagi orang-orang yang berpuasa.. Maka tidaklah kalian melainkan orang diseru..

" Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih. " Al Ahqaaf ayat 31..

Wahai hati! Mnangislah dengan pemergian Ramadhan.. Wahai orang-orang yang beriman! Bersegeralah.. Bersegeralah orang yang diterima amalannya, maka dia tergolong di kalangan orang yang benar lalu dipersilakan masuk ke dalam syurga melalui pintu al Rayyan, dan celakalah bagi orang yang ditolak dan dihalau dari pintu tersebut, lalu dicampak ke dalam neraka..

Al Fakir ila Allah..

Tuesday, September 23, 2008

*Jangan Asyik Berkira-kira..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Antara Qualiti dan Quantiti..


Ramai manusia yang mengeluh kerana ketika menghitung dirinya merasakan kekurangan amal dan kebajikan.. Tidak kurang jua yang merasakan berpuas hati dengan apa amal yang telah dilakukannya.. Namun ketahuilah.. Bukanlah amalan seseorang itu dinilai dari quantitinya.. Tetapi dinilai dari qualitinya..

Kerana itulah Allah s.w.t.. " Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun," al Mulk ayat kedua..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,


Islam itu hadir bukanlah sebagai satu wadah dagangan untuk mendapat suatu yang lumayan.. Bukannya Allah s.w.t menilai hambanya berpandukan jumlah atau kuantiti.. Tetapi ianya berdasarkan sesuatu yang abstrak yang tidak boleh diterjemahkan ke dalam apa jua nilaian yang boleh dianalisis dan ditafsirkan..

Satu persoalan yang cuba dicetuskan untuk renungan.. Kadangnya seringgit yang disedekah oleh seorang fakir miskin lebih bermakna daripada sejuta yang didermakan oleh seorang kaya.. Pernah seorang yang dijamin syurga hanya kerana dirinya sentiasa memaafkan kesalahan saudaranya.. Tidak ada apa amal yang besar sekiranya dinilai.. Pun demikian jangan kita merasakan tidak perlu untuk kita sentiasa melakukan amalan sunat seperti solat tahajjud kerana merasakan diri sentiasa ikhlas dan sebagainya..

Ketahuilah nilaian ikhlas itu hanya daripada Allah s.w.t.. kerana itulah al Imam Hassan Al Basri r.a. pernah berkata "sekiranya aku mengetahui satu lafaz Maha Suci Tuhan yang kulafazkan diterima sebagai suatu yang ikhlas oleh Allah s.w.t.. Maka, beliau akan berasa syurkur yang tiada taranya."

Muslimin dan Muslimat,



Islam membawa manusia untuk mencapai sesuatu yang sewajibnya di capai oleh setiap hamba dalam usahanya menempuh arus lautan dunia.. Kerana itulah Rasulallah s.a.w mengajar ummatnya supaya meletakkan matlamat dalam sesuatu tingkah untuk mencapai sesuatu yang berkualiti sejajar apa yang diharapkan..

Kerana sesuatu yang boleh diterjemahkan hasilnya pasti membuatkan seseorang itu akan cuba sepenuh dayanya untuk mencapai objektif yang telah digariskan sebagai panduan yang perlu digapai.. Maka, sesuatu yang berkualiti pasti dapat digarap oleh sesiapa yang jelas akan motif sesuatu tindakannya..

Mari kita melihat Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a.. Mengapa kekuatan kepercayaan beliau begitu teguh ke atas kebenaran Saidina Muhammad s.a.w.. Walaupun, suatu ketika Beliau r.a didatangi suatu berita yang sekiranya dinilai zahirnya sebagai sesuatu yang mustahil dan tipuan..

Ketahuilah, kerana jelasnya beliau r.a akan matlamat hidupnya untuk bersama Saidina Rasulillah s.a.w mencapai kemanisan keredhaan Allah s.w.t membuatkan kekuatan kepercayaan yang begitu yakin.. Walaupun pada suatu yang sukar diterima oleh aqal manusia.. Kerana dia mengatahui.. NABI MUHAMMAD S.A.W. PEMBAWA KEBENARAN .. Firman Allah s.w.t dalam surah Faathir ayat ke 24.. "Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan. " ..

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,

Sebagai akhirnya, pasanglah suatu yang jelas dalam kehidupan.. Kerana ianya dapat membawa kita untuk mengapai apa yang telah disasarkan.. Hanyalah mereka yang jelas tujuannya melafazkan kalimah syahadah yang mampu menangis dan menginsafi segala apa yang telah dilaluinya dalam kehidupan.. Sekian, Terima kasih..

Al Fakir ila Allah..

Monday, September 22, 2008

*Masih Belum Terlewat Bahagian Dua

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Ramadhan dan Muhammad s.a.w..

Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu (1) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, (2)
.. Surah Al Mulk ayat 1 dan 2.. Sedarilah selagi mana masih diizinkan menghelakan nafas, selagi mana diizinkan berdegupnya jantung, selagi mana masih berdetiknya saraf nadimu.. Selagi itulah masih dibuka hamparan kepada dirimu untuk merungkai kehidupanmu lantas membawanya ke arah menyusuri Cahaya Jalan Yang Lurus..

Saudaraku yang dikasihi sekelian..

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi dirimu diberi peluang untuk kamu berfikir dan bermuhasabah.. Renungilah sebentar akan kehidupan yang sudah kalian lalui.. Fikirlah sampai bila kalian mahu meneruskan kehidupan yang dipalit dengan dosa.. Tidakkah kalian mengerti bahawasanya suatu hari nanti kalian akan diulit dengan kain putih yang suci selepas dimandikan.. Kemudiannya kalian akan disolatkan.. Selesai segala itu, diusung jasad kalian menuju ruang kecil yang gelap serta dalamnya tidak disuluh sebarang cahaya.. Akhirnya, ditinggal kalian bersendirian kesunyian.. Namun, berbahagialah kalian yang hidupnya dihiasi dengan ibadah kepada Allah s.w.t.. Hidupnya disempadankan batasan syarak yang dipelopori Cahaya Jalan yang Lurus.. Ketahuilah, sekiranya hidupmu tidak pernah sesaatpun mengingati Allah s.w.t.. Waspadalah, kerana ketika itu kamu bersendirian.. Tidak ditemani apa jua amalan.. Tidak ada amal kebajikan.. Jua kamu tidak meninggalkan anakmu yang soleh yang bisa mengirimkan sesuatu buatmu.. Ketika itu apa jua alasan yang kalian huraikan.. Tetap Mungkar dan Nangkir menyiksa dan memukul jasadmu.. Azab kalian di dalam liang yang sempit..

Saudaraku,

Bukanlah seruan ini untuk melihat engkau meninggalkan kebahagiaan di dunia ini.. Tetapi, cubalah jadikan kebahagiaan duniamu itu menjadi jambatan untuk sampai ke arah kebahagiaan di akhirat.. Teruskanlah apa yang engkau fikirkan harus untukmu.. Apa yang dapat menggembirakan jiwamu.. Kerana firman Allah s.w.t dalam surah Al Qashash ayat 77

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan."

Namun perlu engkau sandarkan kehidupan duniamu dengan apa yang diajar oleh Allah s.w.t melalui kekasihnya Saidina Muhammad s.a.w.. Kerana sekiranya kamu menyulusuri sirah Kekasihmu itu.. Maka, kalian akan dapati bagaimana kehidupan yang sempurna yang sewajibnya dilalui oleh manusia.. Telah disempurnakan segala yang seharusnya dilakukan manusia.. Tidak hanya Baginda s.a.w mehijabkan kehidupan pada ibadah khusus sahaja.. Baginda s.a.w juga berehlah.. Baginda s.a.w juga beriadah.. Baginda s.a.w juga menuntut ilmu.. Baginda s.a.w juga menyampaikan ilmu.. Baginda s.a.w juga bersahabat.. Baginda s.a.w juga berhibur.. Baginda s.a.w juga berkahwin.. Tidak Baginda s.a.w menghadkan kehidupannya hanya pada ibadah khusus semata..

Namun ketahuilah, dalam Baginda s.a.w meneruskan kehidupannya.. Baginda s.a.w merupakan manusia yang paling bersyukur dikalangan hamba.. Bagaimana Sayyiditina Aisyah r.ha kasihan melihat Baginda s.a.w menghidupkan malam dengan amalan munajat hamba yang begitu banyak sehinggakan bengkak kedua lutunya.. Bagaimana indahnya Allah s.w.t mengadunkan kehidupan Baginda s.a.w begitu sempurna dan bersederhana..

Saudaraku yang insyAllah dirahmati,



Persoalannya, Dimana sewajibnya kita melabuhkan layar kehidupan kita ini.. Sedarlah dan Ingatlah, masih ada masa untukmu melayari semula kehidupanmu dengan menyoroti sirah nubuwwah.. Ramadhan yang berbaki ini sewajibnya digunakan untuk mencari keberkatan Lailatul Qadar supaya dapat menanggung segala noda yang telah kalian palitkan dalam kehidupanmu.. Hidupkanlah di akhir ramadhan ini dengan amalan sunnah Baginda s.a.w..

Sekurang kurangnya lakukanlah solat sunnah tahajjud dua rakaat dengan satu salam sekali semalam.. Ketika kalian melunaskan kehendak perutmu.. Jangan dilupakan batinmu yang kegersangan kelaparan menginginkan sesuatu yang boleh membawa kemanisan padanya.. Semoga dengan berkat istiqamahnya kalian dapat membawa pertemuan dengan malam Lailatul Qadar.. InsyAllah..

Saudaraku,

Sebagai akhirnya, seruanku pada kalian anggaplah ramadhan ini detik terakhir untukmu bernafas di bulan mulia ini.. Kerana sekiranya engkau melihat bagaimana Rasulallah s.a.w melihat.. Pasti engkau tidak pernah terputus sesaatpun daripada ingatanmu pada Allah s.w.t.. Selalulah kalian basahkan bibirmu dengan berdoa seperti diajari Saidina Muhammad s.a.w.. "Ya Allah s.w.t ! sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang suka kepada keampunan, maka ampunkanlah dosa-dosaku."

Semoga kita diberkati.. InsyAllah..

Al Fakir ila Allah..



 

Thursday, September 18, 2008

*Gapailah Peluang Yang Terhidang..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Lailatul Qadar dan Bangun Malam..

Maha Suci Allah s.w.t yang menghidupkan manusia di waktu yang dipenuhi limpahan keberkatan dan rahmat.. hanyalah hamba yang menyusuri sunnah Muhammad s.a.w merupakan insan yang celik batinnya.. Kerana dapat membezakan antara bayangan dan realiti.. Ketahuilah, hamba yang sentiasa menharap Cahaya Jalan Yang Lurus pasti menangis kegembiraan kerana dirinya bakal menempuh masa yang dijanjikan suatu malam yang leih baik daripada seribu malam.. Kerana dia menyedari bahawasanya dirinya tidak mengatahui akan masa hadapan kehidupannya.. Maka, hamba itu akan memanfaatkan usianya bermunajat kepada Allah s.w.t.. Segala sesuatu yang menghalang dari ingatannya kepada Penciptanya walaupun ianya harus.. Tetap ditinggalkan untuk mencari kurnian istimewa untuk Ummat Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t kepada hambaNya..

sabda Saidina Muhammad s.a.w "Sesungguhnya Allah s.w.t menganugerahkan bagi ummatku Lailatul Qadar dan tidak kepada sesiapa pun sebelum mereka."

firman Allah s.w.t dalam surah al qadr

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan..
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar..

Muslimin Muslimat yang insyAllah dirahmati,



Imam Malik r.a menyatakan di dalam al Muwatto' "saya mendengar daripada seseorang yang saya percayai berkata, "sesungguhnya diperlihatkan kepada Rasulallah s.a.w umur ummat-ummat sebelumnya.. Baginda s.a.w mendapati umur ummatnya adalah pendek dan tidak mampu untuk sampai ke tahap amalan yang mampudicapai oleh ummat sebelumnya yang mempunyai umur yang panjang. Maka, Allah s.w.t telah mengurniakan kepadanya Lailatul Qadar yang dijadikan lebih baik daripada seribu bulan..

Ketahuilah, sebagai manusia yang melafazkan syahadah dan menyakininya.. Sewajibnya manusia itu meleraikan kehendak nafsunya yang menyeronokkan pandangannya, pendengarannya dan syahwatnya.. Kerana ikatan nafsu itu mampu menyekat perkembangan penyelidikan dan pembangunan ketakwaan seseorang hamba itu daripada terus menjalani proses pentarbiyahan serta melakukan inovasi terhadap segala amalan kehidupannya.. Nafsu itu juga menjadi penghijab qalbunya daripada menerima Cahaya Jalan Yang Lurus.. Maka, akhirnya buta kerananya.. Kerana itulah saudaraku.. Mujahadahlah melawan nafsu.. kerana ketika pulang Nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabat r.a daripada suatu peperangan.. Baginda s.a.w mengkhabarkan bahawasanya mereka akan bertemu dengan musuh yang lebih besar selepas menewaskan tentera kuffar.. Kehairanan para sahabat r.a dan bertanyakan kepada Baginda s.a.w akan  ianya.. Maka, dijawab Baginda s.a.w itulah mujahadah melawan nafsu sendiri..

Selepas terputusnya ikatan hamba itu daripada nafsunya.. Barulah ringan baginya untuk mendirikan malam di 10 yang terakhir di bulan Ramadhan.. Kerana itulah antara keinginan fitrahnya untuk meluluhkan segala jiwa raga pada Allah s.w.t.. Segala kudrat ditunjangkan untuk melunaskan segala amalan soleh yang dapat memberi manfaat padanya di saat manusia mencari perlindungan.. Ketika mana semua manusia menjadi cemas dan gusar.. Hanyalah mereka yang sudah menyediakan bekalan ketika di alam fana berasa tenang dan aman.. Kerana dirinya telah berusaha sepenuhnya mencari keberkatan Lailatul Qadar.. Begitulah natijahnya yang bakal diperoleh oleh insan yang menyakini syahadah yang dilafazkan..

Muslimin dan Muslimat,

Menyentuh pula tentang amalan yang boleh dipraktikkan di sepanjang malam 10 yang terakhir.. Mari kita menyingkap Sirah Cahaya Jalan Yang Lurus.. Dalam usaha melakukan sunnah agung tinggalan sebaik baik manusia..


Daripada Abu Hurairah r.a.. Sabda Rasulallah s.a.w "sesiapa yang bangun (menghidupkannya dengan melakukan solat tahajjud dan amalan amalan lain) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh penuh keimanan dan semata mata inginkan keredhaan Allah s.w.t, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu."

Baginda s.a.w juga pernah menyarankan kepada Sayyidatuna 'Aisyah r.a supaya berdoa pada malam tersebut..

 Dalam hal ini, Sufyan al Thauri r.a berkata "Berdoa pada malam tersebut lebih saya sukai daripada solat.. Maksudnya, banyak berdoa lebih afdhal daripada mengerjakan solat yang tidak mengandungi banyak doa. tetapi sekiranya solat dan berdoa sekali, adalah lebih baik..

Rasulallah s.a.w juga bertahajjud pada malam Lailatul Qadar dan membaca ayat al Quran dengan bacaan yang tartil.. Baginda s.a.w tidak terus membaca ayat yang membaca ayat yang menyebut tentang rahmat melainkan Baginda s.a.w akan berhenti seketika memohon rahmat daripada Allah s.w.t.. Baginda s.a.w juga tidak terus membaca ayat yang menyebut tentang azab melainkan Baginda s.a.w akan berhenti seketika memohon perlindungan kepada Allah s.w.t.. Maka terhimpun di dalam solat Baginda s.a.w bacaan Al Quran, doa dan tafakkur.. Inilah amalan yang paling afdhal dan sempurna dilakukan pada malam 10 terakhir Ramadhan dan lain-lainnya..

kata Imam Syafie dalam Qaul Qadim " Disunatkan bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadhan sama ada waktu siang ataupun malam.."

Sayyidatuna 'Aisyah r.a pernah bertanya kepada Baginda s.a.w "Apakah pandangan kamu sekiranya aku menemui Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan pada malam itu? Jawab Baginda s.a.w, " Katakanlah, .. "Ya Allah s.w.t ! sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang suka kepada keampunan, maka ampunkanlah dosa-dosaku."




Muslimin Muslimat yang insyAllah dirahmati,

Banyak sekali amalan yang dapat dipraktikkan oleh manusia yang beriman.. Amalan-amalan inilah yang bakal menyinari kegelapan di alam kehidupan seterusnya.. Sesungguhnya marilah menggolongkan diri menjadi mereka yang benar benar menandang sesuatu yang besar perkara di hari kemudiannya.. Kerana perjalanan hamba itu masih jauh dan ianya menjadi suatu kerahsiaan oleh Allah s.w.t.. Marilah bersama mengembelingkan tenaga memerah segala kudrat melaksanakan segala sunnah Muhammad s.a.w.. 

Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Pengampun amat menyukai keampunan.. Dia suka untuk mengampunkan hamba-hambanya dan suka hamba-hambanya maaf-memaafi satu sama lain.. Maka Allah s.w.t bermu'amalah dengan mereka dengan keampunan.. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih suka memberikan keampunan daripada mengazab hamba-hambanya.. Rasulallah s.a.w berdoa "Aku belindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaan dan keampunanMu daripada siksaanMu."..

Al Fakir ila Allah..

Wednesday, September 17, 2008

*Pendakwah dan masyrab batinnya..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Pendakwah dan masyrab batinnya..

Segala puji bagi Allah s.w.t yang menitipkan perasaan dan keinginan yang mendalam kepada setiap jiwa para mujahideen untuk terus berjuang menghiasi alam ini dengan sinaran islam.. Walaupun, projek 3R (Rancangan Rosakkan Remaja) terus menerus diperhebatkan oleh musuh-musuh Allah s.w.t untuk merosakkan generasi muda Islam.. Dengan virus 5S (sex, sport, screen, smoke, song) yang seumpama barah menyerang pemuda dan pemudi..

Namun, agungnya rahmat Allah s.w.t kepada hambanya.. Masih lagi Dia menganugerahkan kepada sebahagian hambanya untuk terus mencari Cahaya Jalan Yang Lurus.. Masih lagi kedapatan hambaNya terus berusaha melestarikan kesinambungan sunnah Saidina Muhammad al Mustafa yang utama.. Yakni, menegakkan kalimah Allah s.w.t dan mendaulatkan hukum-hukumNya diserata alam ini..

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah di rahmati,


Sekadar peringatan bersama, bahawasanya dalam proses pembantukan biah solehah.. Pastinya ada manusia yang menjadi nadi penggerak untuk merialisasi matlamat ini.. Pastinya perlu ada manusia yang berperanan membawa ke arah biah solehah.. Manusia inilah disebut sebagai da'ie ataupun pendakwah yang menyeru manusia kepada Allah s.w.t..

Namun, perlu disedari bahawa bukan mudah untuk meletakkan diri sebagai da'ie.. Apabila seseorang itu telah mewaqafkan dirinya untuk perjuangan Islam.. Maka, banyak mehnah dan tribulasi yang bakal menghiasi kehidupannya.. Bukan sekadar diuji emosi dengan perasaan sedih dan bimbang.. Malah, ujian fizikal dan mental seperti kegagalan, disisihkan keluarga dan masyarakat, dipenjarakan oleh pemimpin yang zalim.. Hatta, mungkin akan ada yang terbunuh di pentas perjuangan..

Tidak hairanlah, ramai mereka yang menyulusuri medan ini kalah, tenggelam dan futur dalam perjuangan.. Tidak sanggup menahan halangan yang menyakitkan fizikal, mental dan emosi lantas lari dari perjuangan.. Malah, tidak kurang juga ada di antara mereka yang walaupun zahirnya masih dalam perjuangan.. Namun, batinnya sudah kepanasan untuk istiqamah melayari perjuangan meneruskan tugas anbiyya'..

Persoalannya.. Mengapa ramai da'ie yang tewas mencanangkan tugas dakwah menyeru manusia kepada Allah s.w.t?.. Mengapa ramai yang lari dan berasa selesa dengan tindakan yang di ambil?.. Mengapa pejuang yang berada di jalan yang haq, ramai yang berpaling kepada kebatilan?..

Dalam membincangkan persoalan ini.. Saya suka menjadikan Sirah Nubuwwah sebagai penyelesaian segala masalah.. Alasannya, dalam aspek apa sekalipun.. Sunnah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w merupakan pentafsiran Al Quran yang boleh dijadikan bahan rujukan dengan pimpinan para Ulama' r.hum untuk menyesaikan semua perkara..

Telah sempurna kehidupan Rasulullah s.a.w untuk semua fitrah manusia.. Hanya manusia tidak mahu menjadi golongan berfikir merenung keindahan Al Quran dan As Sunnah dan Allah s.w.t memberi peringatan kepada hambaNya berkaitan perkara ini..

Firman Allah s.w.t "Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir." surah Al Jaatsiyah ayat 13..

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah di rahmati sekelian,


Sirah Hijrah Nubuwwah mempunyai banyak hikmah yang perlu dihayati oleh para pendakwah.. Babak episodnya banyak menjelaskan kateria-kateria yang sewajibnya pada jiwa setiap da'ie.. Hijrah mengajarkan kaedah terbaik dalam proses pembentukan dan pembangungan modal insan yang dapat dimanfaatkan oleh para da'ie..

Hijrah merupakan suatu peristiwa yang amat besar dan penuh kepayahan.. Ianya merupakan peristiwa yang benar menguji keimanan semua para sahabat r.hum.. Hanyalah manusia yang benar-benar meyakini kalimah syahadah mampu melakukannya.. Keimanan yang utuh inilah merupakan asas pencirian yang perlu ada dalam diri setiap para da'ie..

Hebatnya perancangan Allah s.w.t yang mengizinkan peristiwa ini berlaku.. Sememangnya peristiwa ini mempunyai natijah yang besar kepada Ummat Muhammad s.a.w lantaran banyaknya hikmah yang dapat difahami dalam peristiwa ini..

Sekiranya Allah s.w.t tidak mengizinkan penghijranan kaum Muhajirin.. Tetap, Allah s.w.t boleh menjaga Rasulullah s.a.w di Kota Mekah.. Tiada siapa yang boleh melakukan kemudharatan kepada Baginda s.a.w dan para muhajirin tanpa keizinan Allah s.w.t.. Tetapi, peristiwa ini penting untuk menjadikan Rasulullah s.w.t sebagai contoh tauladan bagaimana sebenarnya sifat seseorang da'ie dan menjelaskan matlamat yang perlu dicapai oleh para da'ie...

Berlakunya Hijrah itu untuk menzahirkan bahawa Rasulallah s.a.w ini mempunyai sifat qudwah.. kemudiannya da'ie kepada Allah s..w.t mesti bermujahadah untuk bersifat dengan sifat qudwah iaitu sifat kepemimpinan.. Ianya menggambarkan sesuatu yang ingin disebarkan kepada manusia perlu para da'ie itu melunaskannya.. Kerana itulah.. Kata Syeikh Muhammad Alawi al Maliki.. "Bagaimana canggih persatuan tersebut.. bagaimana hebat ilmu yang dipersembahkan.. walaubagaimana tinggi pemikiran yang dihamparkan.. orang tidak akan ikut kalau tidak ada orang yang mengikut pemikiran itu.. kalau tak ada orang yang mengamalkan ilmu itu tersebut.".. Jadi, dakwah yang paling utama iaitu da'ie yang paling utama.. Yang paling hebat iaitu da'ie itu terlebih dahulu lakukan apa yang dikatakan.. apa yang difikirkan tersebut..

Inilah masalah utama yang tiada pada diri pendakwah zaman ini.. Ketika dirinya bersemangat memanglah.. Tetapi, ianya tidak istiqamah.. Perlunya hadir dalam diri pendakwah itu sifat qudwah.. Maka, perlulah bermujahadah untuk menggapainya.. Apa yang kita kata.. Kita lakukan dahulu.. Rasulallah s.a.w mengarahkan hijrah.. Baginda s.a.w tetap melakkan Hijrah.. Cuma walaupun baginda s.a.w terakhir sekali berhijrah disebabkan urusan dan keizinan Allah s.w.t.. Tapi, tetap Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke kota Madinah al Munawwarah..

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah di rahmati sekelian,

Saya ingin membawa contoh.. Da'ie yang benar-benar menghamparkan dirinya kepada Allah s.w.t.. Saidina ali k.w.j.. Kanak-kanak pertama yang menyakini dua kalimah syahadah.. Sewaktu Saidina Ali k.w.j mengatahui bahawa Rasulallah s.a.w akan dibunuh akan dipancung pada malam Baginda s.a.w hendak berhijrah.. Tetap dia menyerahkan dirinya untuk mengantikan dirinya untuk tidur di tempat tidur Baginda s.a.w dan berselimut dengan selimut Baginda s.w.t.. Kerana itulah Ulama Sirah menyatakan "orang yang pertama sekali membeli dirinya daripada Allah s.w.t dengan sanggup bermujahadah, sanggup bermujahadah dirinya dengan kematian adalah saidina Ali k.w.j."..


Perlu diingatkan kerana diri kita milik Allah s.w.t kerana firman Allah s.w.t "bahwa Allah s.w.t menciptakan kamu dan segala apa yang kamu lakukan"kerna itulah kita kene membeli diri kita dengan pengorbanan.. Kerana secara totalnya diri kita milik Allah s.w.t.. Tiada apa satupun milik kita hakikatnya..

Kerana itulah Saidina Ali k.w.j ada bersyair menunjukkan kebanggaannya kerana sanggup berkorban demi Saidina Muhammad s.a.w.. "Aku telah mempertahankan dengan diri aku, sebaik baik orang yang berjalan di atas muka bumi dan sebaik baik orang yang tawaf di baitil atiq yakni baitillah dan hajarul aswad".. Dialah manusia yang menjadikan dirinya sebagai ganti untuk Rasulallah s.a.w . Kerana itu turun firman Allah s.w.t merujuk kepada Saidina Ali k.w.j "Ada di kalangan manusia (yakni saidina Ali k.w.j) telah membeli dirinya itu untuk menuntut redha Allah s.w.t.."


Selapas itu, Rasulallah s.a.w keluar dan membaca Surah Yassin ayat satu sehingga ayat sembilan dan berdoa kepada Khalidnya.. Dengannya itu menyebabkan Kafir Quraisy itu terleka ataupun tertidur.. Sebab itulah Para Ulama ataupun mereka yang berjuang ke jalan Allah s.w.t kata Syeikh Muhammad Alawi al Maliki dalam Manjah Dakwahnya "Antara yang perlu dikakukan oleh da'ie lagi iaitu mujahadah diri untuk sentiasa merujuk segala urusan kepada Allah s.w.t dengan cara berzikir, beristigfar, berselawat dan bermunajat .. jangan langsung kita ini orang yang berdakwah di jalan Allah s.w.t tidak ada masa untuk kita berzikir, beristigfar, berselawat dan bermunajat.. kerna kita akan menjadi lemah.. kekuatan ita melalui minajat kepada Allah s.w.t..


Lantaran itu, Rasulallah s.a.w sebelum terjun ke medan Badar sekalipun sebelum berperang.. Baginda s.a.w berdiri semalam berdoa bermunajat kepada Allah s.w.t.. Sehinggakan jatuh selengang Nabi Muhammad s.a.w.. Itulah peperangan yang pertama yang menjamin kelancaran kelangsungan agama Allah s.w.t di muka bumi.. Nabi Muhammad s.a.w berdoa sepanjang hari sepanjang malam.. kernajadi itulah, hendaklah kita pada hari ini mempunyai zikir kita , mempunyai selawat kita, mempunyai aurad kita.. Kerana dalam medan dakwah ini.. Kita mempunyai pelbagai halangan.. Mempunyai pelbagai dugaan.. Jadi yang boleh menjaga, membantu, dan menolong kita hanyalah Allah s.w.t.. Maka, kerna itulah Nabi Muhammad s.a.w tidak lupa berzikir,tidak terus keluar sahaja, ada zikirnya ada amalannya.. Yang mana seperti ulama terdahulu.. Mereka mempunyai amalannya yang membenteng dirinya.. Sebab itu para ulama sebagai contoh Abu Hassan al Sazuli r.a pendakwah yang hebat.. 60 tahun umurnya.. buta matanya.. Tetapi, masih lagi bersama dengan tentera melawan dengan penjajah di Mansurah Mesir.. Dialah orang pertama memukul mencanangkan dakwah menyeru muridnya berdakwah kepada Allah s.w.t.. Siang waktu baginya berjihad.. Tetapi malamnya bermunajat kepada Allah s.w.t.. Muzakarah ilmu tidak ditinggalkan.. Walaupun dalam medan perang.. Istirehat mereka adalah muzakarah ilmu.. Berbincang bersama tentang ilmu pengatahuan..

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah di rahmati,



Sebagai akhirnya, kekuatan lahiriah itu akan terbentuk dengan wujudnya kekuatan batin yang tinggi dalam diri para pendakwah.. Hanyalah tawakkal kepada Allah s.w.t mencetus kejayaan dakwah menyeru manusia.. Bukannya ikhtihar dan usahamu menjamin kejayaan dakwahmu.. Jangan sandarkan hatimu pada selain Allah s.w.t.. Kerana hakikatnya segalanya itu fana dan dusta.. Bila tautan hatimu hanya pada Allah s.w.t.. Maka, akan bersatulah hati-hati yang mencari Cahaya Jalan Yang Lurus itu.. Kerana dalam medan perjuangan ini memerlukan pautan hati.. Paduan jiwa.. Bisikan nurani.. Luahan rasa.. Setiap para pendakwah itu.. Lahirnya kejayaan dakwah itu hadir pabila bersatunya hati-hati mereka yang menyambung tugas tinggalan Nabi Muhammad s.a.w.. Ketahuilah, inilah khazanah yang satu-satunya dimiliki oleh ummat Muhammad s.a.w..

Al Fakir ila Allah..

Monday, September 15, 2008

*Hai!!! Mengapakah Tinggalkan Terawih?..



Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Terawih dan Ummat Muhammad s.a.w..

saya ada terdengar dan melihat manusia berkata "ala, terawih itu sunat je. bukan wajib pun. aku mengantuk la" ada juga yang berkata "aku penat la semalam, jangan la jadikan perkara sunat benda wajib." .. tak kurang juga ada yang langsung tidak mengendahkan panggilan selawat oleh muazzin sedangkan mereka berada berhampiran masjid.. lantaran mengutamakan tugas yang bukannya wajib di lakukan ketika itu..

sedikit kejangalan menyorot difikiran saya.. saya hairan dengan insan yang mengakui keislaman mereka.. bagaimana mereka boleh memandang remeh dan kecil kursus terawih yang hanya ditawarkan dalam jami'ah ramadhan.. mereka tidak melihat kursus terawih sesuatu yang besar.. dan amat rugi dan sepatutnya menyesal sekiranya tidak menghidupkan malam di malam ramadhan.. menyebabkan tercetus sedikit idea untuk melirik artikel ini..

muslimin dan muslimat yang insyallah dirahmati,

saya cuba untuk melanjutkan pemikiran kita untuk berpaksikan sirah nubuwwah supaya kita dapat menilai sejauh mana tahap kesedaran atau kemahuan kita terhadap kursus-kursus yang disediakan dalam jami'ah ramadhan.. walau saya mengetahui tidak mungkin dapat mengakses keseluruhan sirah secara menyeluruh lantaran kekurangan pengatahuan diri.. cuma yang dapat dikongsikan merupakan yang terdapat di dalam diri saya..

tidak dinafikan dikhabarkan dalam sirah bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w cuma melakukan solat terawih di bulan ramadhan tiga malam sahaja dan cuma melunaskan lapan rakaat secara berjemaah.. kemudiannya Baginda s.a.w pulang dan menyelesaikan sehingga dua puluh rakaat..

namun, cuba kalian palingkan minda ke arah sirah saidina Umar al Khattab r.a.. ketika dia mencanangkan supaya solat terawih dilaksanakan secara berjemaah.. kemudiannya, semua para sahabat besar r.a tidak seorangpun membantahnya termasuklah saidina uthman r.a, saidina ali r.a dan saidina abdul rahman bin auf r.a.. cuba fikirkan mengapakah saidina Umar r.a cuba melakukan sesuatu perkara yang belum pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. 

jangan kalian lupa, bahawasanya saidina Umar r.a bukanlah manusia biasa kerana sehinggakan musuh utama manusia yaksi saiton laknatullah sendiri takut kepada saidina Umar r.a.. sehinggakan pernah Rasulallah s.a.w mengisytiharkan "sekiranya ada nabi selepas kewafatanku. maka orang itu adalah Umar Al Khattab r.a." begitu juga perintah Rasulallah s.a.w supaya mengikuti sunnah Khulafak ar Rasyidin.. sekiranya tidak ada penyelesaian terhadap sesuatu masalah.. ini menunjukan bahawasanya saidina Umar r.a itu bukanlah manusia biasa yang pandangannya mendahalui masa.. banyak sekali sebab nuzul sesuatu ayat Allah s.w.t kerana beliau r.a seperti pengharaman arak..

mari kembalikan persoalan yang dicetuskan.. mengapa saidina Umar r.a mencanangkan solat secara berjemaah.. sedangkan tidak pernah dilakukan oleh rasulallah s.a.w.. maka, ketahuilah.. bagaimana saidina Umar r.a melihat bahawasanya solat terawih itu merupakan suatu anugerah yang tidak tergambar besar kurniaanya.. kerana inilah antara kursus utama yang sepatutnya menjadi teras kepada semua mukmin.. sewajibnya ianya dilakukan dan disempurnakan.. dan bagaimana hebatnya pemikiran saidina Umar r.a sehinggakan digelar pemisah antara haq dan batil.. Beliau r.a mengatahui bahawasanya lebih akan sempurna pelaksanaan TARAWIH sekiranya dilakukan secara berjemaah.. maka, kerna itulah dia mencanangkan solat secara berjemaah.. jangan kalian lupa.. bahawa solat tiga orang secara berjemaah leib baik daripada dua orang yang berjemaah.. saidina Umar r.a mengatahui bahawasanya bagaimana kedudukan tahap keimanan manusia yang sentiasa berputar ibarat roda.. ketika di atas ibarat pejuang badar dirinya.. namun, ketika di bawah seakan pejuang uhud yang kalah selepas kemenangan.. kerna itulah beliau r.a mahu mengumpulkan mukmin di bawah satu jamaah untuk mengumpul kekuatan..

ketahuilah, bukannya Nabi Muhammad s.a.w tidak mahu melaksanakan terawih secara berjemaah sepanjang ramadhan.. bukannya Baginda s.a.w tidak mahu bersama para sahabat r.a menghidupkan malam ramadhan.. namun, kerana kasihnya baginda s.a.w ke atas ummatnya.. kerana cintanya baginda s.a.w kepada ummatnya.. kebimbangannya sekiranya dilakukan sepanjang malam akan ditafsirkan ianya suatu kewajiban kepada ummatnya.. kerisauannya terhadap ummatnya terbeban dengan amalan yang dicintai baginda s.a.w.. kerana itulah walaupun baginda s.a.w tidak bersama berjemaah sepanjang malam tetap baginda s.a.w melunaskan dua puluh rakaat dirumahnya..

muslimin dan muslimat yang insyallah dirahmati,

cuba kalian renungkan.. bagaimana manusia yang telah pasti dijamin kebahagiaan di akhirat.. bagaimana manusia mulia yang berpijak di muka bumi ini.. bagaimana manusia yang mana hadirnya membawa rahmat ke seluruh alam ini.. bagaimana manusia yang namanya telah hadir sebelum diciptakan manusia.. begitu konsisten dan istiqamah dalam mengharungi dua puluh rakaat dengan sujud dan rukuk kepada Allah s.w.t.. begitu asyik dan lazat menjalani ibadah kepada Allah s.w.t.. kerana dirinya mengetahui bahawasanya maha pemurahnya Allah s.w.t dengan rahmat dan keberkatannya.. kerana dirinya mengerti hakikat kurniaan Allah s.w.t.. sehinggakan isterinya bertanyakan kepada Baginda s.a.w mengapa sampai berbengkakkan anggota sujudnya melaksanakan ibadah kepada tuhannya.. maka, ringkas jawapannya.. salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur.. kerana baginda s.a.w mengerti

firman Allah s.w.t di dalam al quran surah sejadah ayat kesembilan

"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur."


begitu juga para sahabat r.a yang mana Allah s.w.t berfirman untuk mereka di dalam surah bayyinah ayat terakhir..

"Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya."



mereka merupakan para manusia yang diredhai oleh Allah s.w.t dan dijamin dengan syurga.. namun, tetap mereka melaksanakan solat terawih sepanjang bulan ramadhan.. dan merekalah yang mencanangkan secara berjemaah kerana mereka tahu sabda nabi s.a.w "sekiranya dikumpulkan iman seluruh ummatku dan dibandingkan dengan imam saidina abu bakar.. maka berat lagi timbangan iman abu bakar as siddiq.".. kerana saidina umar r.a memang pemimpin yang berkarisma dan tidak dapat disangkal ketokohannya..


muslimin dan muslimat yang insyallah dirahmati,

ada dikalangan kita memberikan alasan kekangan masa menyukarkan palaksanaan solat tarawih.. sekiranya dilihat aktiviti Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.. mereka merupakan ketua kerajaan islam.. mereka juga merupakan aktivis pedagang antarabangsa.. mereka juga merupakan bangsawan.. mereka juga merupakan pelajar keilmuan.. tetap juga mereka beriadah.. tetap mereka bermuamalah.. , mereka juga bermunakahat.. namun, sesibuk manapun mereka.. tetap melaksanakan kursus tarawih di bulan ramadhan.. sekiranya, ada mengatakan mereka bukan jurutera.. adalah satu kesilapan yang besar tanggapan itu.. kerana saidina umar r.a merupakan jurutera awam yang beriman kerana di telah merencanakan projek lebuhraya sepanjang jalan dagang antara mekah dan syiria.. dia juga menyediakan r & r di sepanjang perjalanan dagang mekah syiria.. namun, tetap mereka melunaskan kursus tarawih..


muslimin dan muslimat yang insyallah dirahmati,

cuba singkap pemikiran kalian.. mengapa para sahabat r.a.. begitu berkecenderungan menghidupkan tarawih.. jawapannya.. kerna redha dan rahman Allah s.w.t yang mereka kehendaki.. mereka melihat akhirat itu suatu perkara yang besar.. tetapi, kita cuma memandang anting akhirat itu.. mereka mencintai baginda s.a.w.. kerana mereka tahu.. Sabda rasullullah saw “ sesiapa yang menghidupkan sunnahku, sesungguhnya dia telah mencintai aku, dan sesiapa yang mencintai aku, dia akan bersama daku du syurga.”

muhasabahlah diri sendiri.. mengapa kita tidak langsung mempunyai kecenderungan untuk melaksanakan sunnah Nabi s.a.w.. sedangkan pengakuan dalam syahadah menyakini Nabi Muhammad s.a.w sebagai petunjuk Cahaya Jalan Yang Lurus.. sedangkan kita masih tidak mengatahui keadaan destinasi akhir ketika berhadapan dengan Allah s.w.t.. ingatlah

firman Allah s.w.t.. dalam surah Ali imran ayat 185..

"setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian."..



berapa banyakkah amalan kalian untuk persiapan melangkah ke alam yang baru.. di mana alam pemisah dunia dan kiamat.. maka, kursus solat terawih inilah antara medan untuk membina amalan dan landasan untuk menggerakkan pautan hati kembali hanya kepada Allah s.w.t.. 

ada manusia yang ketika mana dia ditimpa musibah.. dia mencari ketenangan dengan menyuburkan nafsunya dengan dendangan suara yang bertemakan dunia.. ada yang mencari lakonan tipuan manusia untuk menghiburkan rasah dijiwa.. tapi, cuba kalian mengkaji semula.. sejauh mana ketenangan itu hadir di lubuk jiwa kalian.. adakah ianya benar sebati dengan jiwa dan fitrah kalian.. janganlah menipu diri kalian dengan bayangan dunia yang sememangnya fana.. 

kembalikanlah fitrah ketuhanan dalam diri kalian.. walaupun, bukanlah secara drastik.. tetapi praktikkanlah ianya sedikit demi sedikit.. terawih antara kursus yang boleh menyemai jiwa kalian untuk kembali bertaut pada Allah s.w.t.. kerana ketenangan abadi itu hanyalah daripada Allah s.w.t.. didiklah nafsumu.. untuk mengenal hakikat kebenaran..



ketahuilah, sememangnya perjalanan menuju hakikat kebenaran ini letih dan penat.. sememangnya mujahadah yang tinggi untuk melunaskan segala sunnah baginda s.a.w kerana ianya hadir dalam bentuk maknawi yang hanya dapat dinilai dengan keimanan seseorang.. namun, sahabat sekelian.. janganlah mudah mengalah.. kerana kemanisan yang bakal kalian dapat sekiranya menghayati kursus terawih ini tidak dapat ditafsirkan ke dalam apa jua penilaian dan tafsiran.. bagi mereka yang beristiqamah dengan kursus terawih walaupun sekadar lapan rakaat.. tahnian diucapkan.. kerana hanyalah mereka yang mendapat hidayah yang mampu melunaskan kursus terawih yang besar ganjaranya..


muslimin dan muslimat yang insyallah dirahmati,

sebagai akhirnya.. peringatan untuk diri dan sesama kita.. berdoalah kepada Allah s.w.t.. agar diberi kekuatan untuk melunaskan kursus terawih sepanjang ramadhan dengan sebaiknya.. kerana bukan semua manusia yang mengerti dan memahami tarbiyah ramadhan ini.. marilah kita letakkan diri dalam keredhaan Allah s.w.t.. sama-samalah kita nasihat menasihati dalam usaha mencari Cahaya Jalan Yang Lurus.. insyallah..

peringatan....

saya tidak mengatakan bahawa mereka yang tidak menunaikan kursus terawih sebagai fasiq ataupun apa-apa tafsiran.. cuma saya agak terkilan sekiranya manusia yang mengakui sebagai ummat muhammad s.a.w tidak mengendahkan tarbiyah ramadhan ini.. kerana teramatlah sayang sekiranya ianya tidak dimanfaatkan oleh setiap insan yang bergelar muslim.. semoga kita mendapat hidayat daripada Allah s.w.t.. ameen..

Al Fakir ila Allah..


Dengan Nama Allah s.w.t..