Saturday, February 4, 2012

*Wahai Kekasih (1433H)

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Wahai Rasulallah! Jadikan kami umatmu.. Ameen..


Wahai Rasulallah!

Aku bimbang ,

Aku menjadi umatmu yang hanya mampu melisankan salam dan selawat kepadamu,

Sedangkan hatiku kosong dengan ingatan padamu,

Kalamku menyatakan Engkau qudwahku,

Sedangkan jiwaku kontang makrifah padamu,


Wahai Rasulallah!

Tingkahku tidak menzahirkan perilakumu,

Amalanku tidak menunjukkan aku umatmu,

Aku tidak mampu berkata, mengikutimu,

Aku tidak mampu berakhlak, mengiringmu,


Wahai Rasulallah!

Diriku penuh dosa noda,

Nafsu itu seakan memerintahku,

Seakan aku diruntun amarah tiap langkahku,

Sesungguhnya syaitan sentiasa cuba menyesatkanku,


Wahai Rasulallah!

Aku memohon keberkatan darimu,

Aku ingin seumpama Saidina Anas r.a,

Biarpun amalanku tidak seumpamamu,

Namun,

Jadikanlah cintaku padamu meruntuh jiwa kecilku,

Terimalah aku sebagai umatmu,

Pintaku,

Semoga dapat aku bersamamu dunia dan akhirat..

Ameen Ya Rabbal ‘Alameen..


Al Faqir Ila Allah Al Ghaniy..

12 Rabiul Awal 1433Hijrah




Inilah generasi yang bakal meneruskan perjuangan Rasulallah s.a.w

Wednesday, January 4, 2012

*Pengharapan

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..



Menanti sesuatu keindahan dengan pengharapan..


Sejenak ku terkenang, Kesilapan silam, Yang Penuh Kegelapan,

Betapa beratnya rasa hati, Menanggung derita,

Dek dosa – dosa lalu,

Yang membelenggu diri ini,


Ku pasrah, dengan segala,

Ketentuan Ilahi, di dalam hidup ini,

Kerana ku mengerti, siapalah diri ini,

BerbandingMu, Ya Ilahi,


Oh Tuhan,

Ku mengharapkan kasih sayangMu,

Agar tenang hidupku, sentiasa dirahmatiMu,

Ku mengharapkan hidayahMu, hadir di jiwaKu,

Agar liku hidupku, sentiasa dibimbinhMu,

Ku memohon hanya, padaMu,

Kernaku tahu disitu letak keredhaanMu,


Oh Tuhan,

Ku tak mengerti, mengapaku begini,

Menzalimi diri sendiri,

Walaupun, telah Engkau beri,

Pelbagai nikmat duniawi, yang telahku kecapi..


Ku Mengharapkan hidayahMu,

Agar lurus liku kehidupanku,

Ku sering terleka dan terlupa,

Mencari cinta redha dunia,

Oh Tuhan terimalah aku..




Moga Kegembiraan pada zahir menggambar Kesukaan pada hari

“Ya Allah ! Bantulah aku untuk mengingatiMu, di dalam usaha untuk mensyukuri nikmatMu dan perbaikilah amal ibadahku”..

Ameen Ya Rabbal ‘Alameen..

Allahu wa Rasulu ‘Alam..

Al Faqir Ila Allah Al Qhaniy,

Tuesday, October 25, 2011

*Kenali Rasulallah s.a.w (episod 1)


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Ya Rasulallah !! jadikan kami sebahagian ummahmu yang bersamamu..

Keistimewaan Rasulallah s.a.w..

Manusia di akhir zaman hari ini seakan dibalakan oleh Allah s.w.t dengan meninggalkan bicara berkaitan manusia kecintaan Allah s.w.t yakni Saidina Muhammad Rasulallah s.a.w.. Tidak ramai yang setiap harinya lisannya dibasahi kalam selawat dan salam memuji-muji Rasulallah s.a.w.. Natijahnya, perwatakan zahirnya tidak mampu menuruti peribadi mulia Rasulallah s.a.w.. Maka, pastinya cahaya Muhammad Rasulallah s.a.w tidak mampu untuk menyuluh hati manusia itu menyebabkan gelap hatinya untuk melihat sesuatu perkara itu di dasari dengan sumber Al Quran dan As Sunnah..

Namun demikian, wujud juga golongan yang hanya mahu membincangkan perkara – perkara berkaitan tentang perjuangan dan pertabiyyah Rasulallah s.a.w tanpa memahami dan mengetahui bagaimana sifat – sifat dan ciri – ciri yang wujud pada diri Rasulallah s.a.w yang menatijahkan iltizam dan istiqamah Rasulallah s.a.w akan perjuangannya..

Kerna itu, ramai pemuda – pemuda yang diberikan sedikit kesedaran kepada Islam akhirnya gugur dalam jalan dakwahnya kerana mereka tidak difahamkan akan peribadi perintis kepada jalan dakwah ini.. Natijah daripada kegagalan memahami keinsanan Rasulallah s.a.w.. Hal ini kerana, sebelum menerima pentarbiyyah Rasulallah s.a.w.. Wadah kemanusiaan Rasulallah s.a.w perlu dihalusi supaya pentarbiyyah yang diterima mampu untuk diserap oleh naluri manusia itu kerana dia memahami nilaian kemanusiaan Rasulallah s.a.w..

Ada golongan yang hanya asyik dengan jubah dan suginya.. Tetapi, lupa kepada sifat amar makruf nahi mungkar Rasulallah s.a.w.. Ada juga yang asyik akan perjuangan politiknya.. Tetapi, lupa akan pertabiyahan diri manusia untuk membentuk akhlak yang mulia dan tawaduk.. Ada juga sibuk dengan isu Palestin dan kemsyarakatannya.. Tetapi, berpaling daripada pimpinan Ulama yang wajar bersama mereka.. Hakikatnya, perjuangan dan pertarbiyyah Rasulallah s.a.w bermula dengan pentarbiyyahan yang menjadikan medium dakwah dan siyasah wadah untuk mengangkat Islam di atas muka bumi ini..



Para Pemuda yang mencintai Rasulallah s.a.w dan perjuangannya..

Maka, sepanjang usaha untuk para da’ie mengimplimentasikan tarbiyyah Rasulallah s.a.w di bawah pimpinan Para ‘Alim Ulama’.. Wajar diketahui, dibincangkan, diajar dan diterangkan keistimewaan Rasulallah s.a.w untuk menambahkan kuantiti dan lualiti ilmu serta adap yang menatijahkan penghayatan amalan dan perjuangan Rasulallah s.a.w.. ini kerana, mustahil seseorang boleh meletakkan seseorang di tempatnya, apatah lagi mencintainya dan menyakininya tanpa mengenalinya terlebih dahulu..

Asas yang penting ditekankan oleh Syeikh Abdul Aziz al Dabbagh r.a “ Sesungguhnya seseorang hamba itu tidak akan mencapai makrifah Allah s.w.t (mengenal Allah s.w.t) kecuali setelah merngenali Penghulu Sekelian Makhluk yang wujud s.a.w” Penting bagi kita untuk mencapai kejayaan di dalam usaha berdakwah dan mentarbiyyah bermula dengan memahami dan mengenali keinsanan Rasulallah s.a.w.. Barulah buah kejayaan Negara Islam Mekah dan Madinah terhasil setelah asas perjuangan Rasulallah s.a.w difahami.. Hanyalah manusia yang mengenali Allah s.w.t memahami keperluan yang dituntut olehNya

Kerana itulah, sebahagian arifin pernah menitipkan kalam yang indah di dalam selawat mereka ; “Terlalu besar kesempurnaanmu untuk diungkapkan oleh lisan, terlalu hebat kecantikanmu untuk difahami oleh hati insane dan terlalu tinggi kesabaranmu untuk terlitas di hati.” Sesungguhnya kebesaran dan kemuliaan rasulallah s.a.w yang sebenar tidak mapu untuk difahamioleh sesiapa.. Hanya Allah s.w.t Yang Maha Agung dan Maha Besar jua yang mengerti dan memahaminya.. Namun, perlu kita berusaha untuk mengenalinya supaya dapat kita mengambil natijah untuk sentiasa iltizam dan istiqamah di dalam perjuangan..

Bersambung……




Generasi - generasi masa depan yang bakal menatijahkan kemenangan Islam..
InsyaAllah..

Al Faqir Ila Allah Al Ghaniy..

Zulfirdaus Bin Zakaria..






Tuesday, September 20, 2011

*Taman Abadi Bonda


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Ya Allah!! Engkau Ampunilah dosa - dosa kedua ibubapaku.. Ameen..

Ku susuri denai kecil bertanah kontang,

Bertebaran debuan pasir dalam derapan langkah ini,

Lalu ku dongakkan mata ke langit,

Di dadanya meluncur beburung penuh selesa,

Sayu jiwa ini melihat redup awan,

Membiru berpancaran sinaran sore,


Langkahku berdikit – dikit,

Menghampiri taman abadi pengakhiran dunia,

Dalam sunyi diteguri suara hati,

Berbisik sayu dijiwa memberi harapan,

Semoga ibu dirahmati dan diampuni,

dijemputNya di bulan Ramadhan,


Aku silakan kaki di sisi nisan,

Yang setia menunggu di pusara,

Mulaku aturkan kalam memuji Allah s.w.t,

Selawat juga singgah meniti bibir,

Moga berkatNya untuk ibu,

Moga syafa’at Rasul untuk ibu,


Ku akhiri lisan menutur pengharapan,

Semoga ianya menjadi bekalan buat ibu,

Pintaku semoga ianya menjadi cahaya di alam barzakh,


Titisan hujan mula mencurah,

Bagai menyahut titisan air mata ini,

Kembali hati menegur,

Dibentang saat bahagian bersama ibu,

Dibelai dikucupi dipeluki dan diasuhi,

Sejak anak kecil ini bertatih hingga dia mampu berjalan,


Masih terasa kehangatan kasih ibu,

Bahang pengorbanan insan yang tiada tara,

Biar jasadku dingin kerna tangisan awan,

Biar dua alam telah memisahkan dua jiwa,

Si anak dengan ibunya,

Semuanya takdir Allah s.w.t yang lebih tersusun untuk para hamba,


Dalam sebak aku melangkah pulang,

Meninggalkan pusara ibu sendirian,

Hanya pepohan bunga tinggal setia,

Menemani makam dengan tasbihNya,

Hati menegur lagi,

Tinggalkanlah ibu dengan doa quddus pada Allah s.w.t,


Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Jadikanlah pusara ibu ini sebahagian daripada taman – taman syurga,

Dan jangan Engkau jadikan ianya sebahagian daripada lubang – lubang neraka..

Ameen Ya Rabbal ‘Alameen..


4 Ramadhan 1432 H

Al Faqir Ila Allah Al Qhaniy Muezzin Jalanan..


Tafakkur mengingati mati akan menjadikan kita beriltizam dengan Jema'ah Islamiyyah

Ameen Ya Rabbal ‘Alameen..

Allahu wa Rasulu ‘Alam..

Al Faqir Ila Allah Al Qhaniy,

Dengan Nama Allah s.w.t..