Wednesday, February 11, 2009

*Mengapa Tidak Mengahayati Al Quran?..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Menghayati Makna Al Quran.. (Tadabbur)

Dr. ‘Aid Bin Abdullah Al Qarni (penulis La Tahzan) menyebutkan dalam Kitabnya Sejenak Bersama Hidangan Al Quran.. Sesungguhnya seseorang tidak dianggap membaca jika tidak menghayati (tadabbur) apa yang dibacanya..

Kerana apa?..

Mari kita melihat persekitaran kita sahaja.. Ramai dari Kalangan Ummah Islam membaca Al Quran.. Tetapi, kesannya tidak terzahir ke dalam kehidupan.. Perjalanan usianya tidak langsung seiring dengan kalam yang sering dialunkan di bibirnya..

kerana itulah,

Tadabbur ini merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia.. Ianya akan melahirkan iman, menanamkan keikhlasan dalam kalbu dan memberikan pelajaran kepada manusia tentang ketauhidan.. Keyakinan dan keutuhan seseorang itu kepada Allah s.w.t akan semakin bertambah cantik sekiranya menghayati setiap kalam Allah s.a.w..

Tidaklah Al Quran itu diturunkan melainkan untuk dihayati setiap bait-bait maknanya.. Kefahaman yang utuh akan menjadikan sseorang itu bertambah teguh keimanannya kepada Allah s.w.t.. Dia mengetahui apa yang diperintahkan Allah s.w.t dan apa yang ditegah olehNya..

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah s.w.t,

Jika ketika kita bersolat jema’ah.. Apabila seorang imam membaca Al Quran, maka bertanyalah pada diri sendiri:

Siapakah yang telah menurunkan Al Quran?..
Apakah yang diinginkan olehNya dengan Al Quran ini?..
Dan apa seharusnya kita lakukan pada waktu membaca atau mendengar Al Quran?..

Allah s.w.t berfirman menerusi Surah Shaad ayat 29

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.”

Muslimin dan Muslimat,

Para Ulama’ ada menyebutkan beberapa contoh manusia yang hayatnya hanya dilimpahi dengan bertadabbur Al Quran.. Dahulu ada seorang wanita solehah yang pekerjaannya hanya membaca (bertadabbur) selama 17 tahun.. Begitu juga terdapat kisah yang menyebutkan sebahagian hamba-hamba Allah s.w.t yang hanya mengkhatamkan Al Quran sekali sahaja sepanjang hayatnya (bertadabbur)..

Tidak hairanlah mengapa para sahabat r.hum tidak mempelajari dari Rasulullah s.a.w melebihi 10 ayat dan tidak lebih dari itu, melainkan setelah mereka memahami maknanya dan mengamalkan isinya.. Mereka berkata “Maka kami mempelajari Ilmu dan mengamalkannya sekaligus”..

Di dalam riwayat hidup Abu Bakar As Siddiq r.a bahawa dia memiliki sebuah mushhaf Al Quran yang digantungkan di rumahnya.. Setiap kali memasuki rumahnya, Abu Bakar r.a mengambil mushhafnya untuk dibaca, dihayati kemudiannya diamalkan.. Kerana itulah, Abu Bakar r.a bagaikan “mushhaf yang berjalan”.. Kehidupannya sepenuhnya dihiasi dengan peribadi yang terkandung di dalam Al Quran..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Tidaklah Al Quran itu diturunkan agar dibacakan hanya kepada manusia yang telah mati, untuk dibacakan di dalam mana-mana majlis, serta bukan ditulis dan dijadikan azimat atau benda keramat kemudiannya digantungkan dileher.. Dipertandingkan bacaannya sahaja..

Ketahuilah, Al Quran itu lebih besar peranannya.. Al Quran itu kitab Aqidah, kitab keimanan, dan kitab yang membicarakan politik, mu’amalat, akhlak, perilaku malah sains dan teknologi..

Al Quran berbicara kepada kita tentang tauhid, kemudiannya beralih kepada pembicaraan solat.. Selesai membahaskannya, Al Quran dihiasi dengan pembicaraan tentang hari Qiamat, kemudiannya berpindah ke persoalan Jihad dan begitu juga proses penciptaan alam yang mulanya bermula dengan satu kemudiannya berpecah kepada langita dan bumi, proses kejadian manusia dan sebagainya, ketahuilah Al Quran ini diturunkan oleh Yang Maha Mengatahui segala rahsia langit dan bumi.. Allah s.w.t mengatahui apa keperluan manusia kerana Allah s.w.t lah yang menciptakan manusia..

Muslimin dan Muslimat,

Sebagai akhirnya, pesanan kepada penulis dan kepada pembaca, hendaklah membaca Al Quran dan berhenti pada setiap penggal ayat untuk merenungkan maknanya.. jika didapati akan seruan perintah, maka hendaklah melaksanakan perintah itu, jika mendapati akan ayat larangan, mqkq hendaklah tidak melanggarnya, dan jika mendapati ayat pengkhabaran seperti Alam Ghaib, maka hendaklah menyakini kebenarannya..

Allah Maha Mengatahui..

Sekian, terima kasih..

Al Faqir Ila Allah..

Sumber : Kitab Sejenak Menghayati Hidangan Al Quran
Dr ‘Aid bin Abdullah Al Qarni.. Penterjemah : Abdul Halim Shalih.. Editor tambahan : Blogger..

Sunday, February 8, 2009

*Cinta Fatimah Az Zahra’ (Siri 2)

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Kisah Cinta kepada Sang Maha Kasih..

Sambungan,

Ketika menginjak usia dewasa, Fatimah memberi tauladan kepada para gadis beriman dalam memilih calon pendamping hidup, hendaknya mementingkan iman dan akhlak lelaki yang akan menyuntingnya, bukan kekayaan.. Fatimah telah memilih jiwa yang terbungkus tubuh Ali r.a k.w.j.. bukan harta yang dibawa oleh kedua tangannya.. Fatimah mementingkan jiwa dan iman jejaka yang akan menjadi pendamping hidupnya bukannya kekayaan yang memayungi langit kehidupan suaminya..

Fatimah az Zahra’ adalah wanita yang berakhlak luhur, terpuji, berjiwa mulia, bijak, cerdas, murah hati, dermawan, lapang dada, tabah, berani dan tidak angkuh serta sombong.. Imam Ahmad Ibn Hambal r.a meriwayatkan suatu kisah peribadi luhur Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w ini walaupun dalam kehidupannya yang serba kekurangan : Suatu hari Fatimah datang menemui Rasulullah s.a.w untuk mengharapkan bantuan daripada Rasulullah s.a.w.. Baginda s.a.w bertanyakan kepadanya, “Ada apa engkau menemuiku, wahai puteriku?”.. Fatimah menjawab: “Aku datang untuk meyampaikan salam kepada ayah. Dia malu untuk mengajukan permintaan kepada Nabi s.a.w walau dalam keadaannya kesempitan, lalu kembali ke rumahnya..

Sampai di rumah, Ali bertanyakan kepada Fatimah. “Ada yang telah engkau pinta kepada ayah kita?”.. Fatimah menjawab : “Aku malu untuk meminta sesuatu kepada baginda s.a.w”.. Ali lantas mengajak Fatimah menghadap Rasulullah s.a.w.. Di hadapan Baginda s.a.w, Ali r.a berkata “Wahai utusan Allah, aku selalu mengambil air dan membawa sendiri sehingga punggungku sakit”.. Fatimah r.ha juga bercerita kepada Rasulullah s.a.w “Aku mengadunkan tepung dan membakar roti sendiri sehingga kedua tanganku melepuh. Kami mohon supaya ayah memberikan kepada kami seorang pembantu”..

Rasulullah s.a.w menjawab : “Demi Allah s.w.t, aku tidak akan memberi kalian seorang pebantu. Aku tidak mungkin membiarkan ahli suffah (penghuni lorong masjid) kelaparan.” Aku memang akan menjualkan harta rampasan dan tawanan perang itu, akan tetapi hasilnya akan aku berikan kepada ahli suffah..

Rasulullah s.a.w lau berkata: “Wahai Ali dan Fatimah! Lantunkanlah puji sanjung (tahmid) kepada Allah s.w.t sepuluh kali, bertasbihlah sepuluh kali, bertakbirlah sepuluh kali..” (Musnad Ahmad, Hadith no.797) Fatimah dan Ali kemudian pamit kepada Nabi s.a.w untuk kembali ke kediaman mereka tana memperoleh seorang pembantu.. Fatimah menerima ketentuan dengan hati yang lapang dan jiwa yang jernih tanpa sedikit keresahan walaupun dalam keadaan kesulitan hidup.. Sedangkan beliau merupakan anak kesayangan Rasulullah s.a.w..

Fatimah r.ha memiliki karektor yang terpuji berupa kesabaran, belas kasihan, kelapangan dada, ketenangan, kewibawaan, cerdas dan selali memelihara kesucian diri.. Sebelum Rasulullah s.a.w wafat.. Fatimah hidup dengan curaham kemuliaan, hidup bahagia, wajah berseri dan selalu tersenyum.. Tebaran senyumannya tidak pernah hilang kecuali selepas kewafatan ayahnya.. Lidahnya tidak bergerak kecuali untuk menyatakan kebenaran.. Fatimah r,ha tidak berbicara kecuali untuk sesuatu yang benar.. Dia tidak pernah menyebut seseorang dengan kejelekan..

Dia tidak pernah mengumpat dan mencela.. Dia selalu menjaga rahsia, memberi nasihat yang benar serta mahu menerima pendapat.. Dia mengampuni kejahatan dan memaafkan kesalahan.. Dia membalas kejahatan dengan membalas kelembutan dan maaf.. Dia tidak menerima derma dan sukakan kebaikan.. Fatimah r.ha adalah wanita yang dapat dipercayai dan bias menyimpan rahsia.. Dia tidak merelakan dirinya menyebarkan rahsia orang lain atau mencampuri urusan yang bukan urusannya.. Dia mengaminkan sabda ayahnya s.a.w “Berbahagialah hamba-hamba yang tidak diperhatikan orang.. Allah s.w.t mengenali mereka, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengatahui jati diri mereka.. Mereka adalah pelita hidayah dan sumber ilmu pengatahuan.. Kepada mereka tampak setiap fitnah orang-orang zalim.. Mereka adalah orang-orang yang mampu menyimpan rahsia dan tidak berperangai kasar (bengis)..

Fatimah r.ha adalah wanita yang berada di puncak kesucian diri dan kejujuran.. Dia manusia yang tak ternoda dan solehah.. hawa nafsunya tidak dapat mengalahkan dirinya.. Fatimah r.ha bahkan mampu menggapai maqam kesucian yang tinggi dan kesolehan tertinggi.. Fatimah r.ha termasuk insan yang difirmankan Allah s.w.t di dalam Al Quran Surah Al Ahzab ayat 33.. “Sesungguhnya Allah s.w.t hendak menghilang kan daripada dosa-dosa Ahlu Bait dan mensucikannya dengan sesuci-sucinya”..


Bersambung..



Kitab Kisah Cinta Dalam Al Quran..
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Majadhi El Hamadi..

Thursday, February 5, 2009

*Tips mudah menghafal Al Quran..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Menghafal Al Quran?..

Bagaimana menghafal Al Quran?.. Apakah cara-cara yang dapat membantu menghafal?..


Berkata Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al Qarni..


Antara kaedah yang dapat dipaktikkan bagi orang yang memikirkannya adalah seperti berikut:


Pertama : Ikhlas.. Hal ini berdasarkan Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Bayyinah ayat 5.. “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.”


Dan di dalam Surah Az Zumar ayat 3..


“Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik)..”


Niat yang ikhlas mutlaq diperlukan dalam menghafal Al Quran.. Motivasi terbesar dalam menghafal Al Quran adalah ketaatan pada Allah s.w.t dan mengharap rahmat daripada Allah s.w.t.. Dengan demikian Allah s.w.t akan member kemudahan kepada anda dalam menghafal..
Jangan sampai keinginan memdapat upah duniawi yang amat sedikit menjadi tujuan anda, atau sekadar menghafal bahan pelajaran untuk persediaan ujian, sehingga dalam waktu yang singkat akan terlupa..


Niat yang buruk dalam menghafal Al Qurana banyak sekali caranya..


• Tujuan mencari nafkah..

• Mendapat gelaran Qari..

• Agar manusia terpesona oleh keindahan suara dan tilawahnya..

• Agar mendapat nama baik dan populariti..

• Kemaslahatan sesaat seperti menghafal untuk kepentingan duniawi seperti ujian..

Sesiapa yang sungguh-sungguh memiliki keinginan untuk menghafal, maka sebaiknya terlebih dahulu membersihkan hatinya daripada unsur-unsur yang menjadi penghalang..


Kedua : Mengosongkan diri dari hal-hal yang mengganggu fikiran, kerana Al Quran tidak akan menjadi kukuh dalam fikiran yang kacau bilau dan sibuknya perhatiannya kepada hal lain.. Diperlukan konsentrasi dalam menghafal dan dijadikan kegiatan menghafal sebagai pekerjaan terbesar, dengan demikian hafalan akan mudah dan lancar..


Ketiga : Memperbanyakkan istigfar.. Nabi Muhammad Rasulallah s.a.w menunjukkan contoh tauladan kepada Ummah Islam.. Walaupun Rasulallah s.a.w seorang yang maksum.. Tetapi, Rasulallah s.a.w tetap membersihkan jiwa nuraninya dengan beristigraf seratus kali sekali.. Tujuannya, untuk pembersihan hati daripada segala kekotoran..


Jadi, Istigfar dapat membuka yang tertutup.. Dan dengan istigfar, maka hafalan akan mudah bertambah dan melekat dalam fikiran..


Keempat : Mengulang-ulang hafalan,


Rasulallah s.a.w telah bersabda di dalam satu Hadith Soheh riwayat Imam Bukhari dan Muslim “Jagalah Al Quran, demi Dzat yang jiwaku ada di tanganNya, sungguh ia (hafalan Al Quran) lebih mudah terlepas daripada unta yang ditambat..


Ini adalah hikmah dari Allah s.w.t bahawa Al Quran tidak akan bertahan kukuh melainkan dalam dada yang hidup bersama Al Quran dan menjaganya.. Kalau tidak dijaga hafalanNya, maka hafalannya Al Quran akan mudah hilang..

Kelima : Hafalan sedikit (ayat) sahaja setiap hari, kerana jika engkau memperbanyakkan hafalan setiap hari maka engkau akan berasa bosan dan payah..


Jadi, pada setiap harinya hafalkan beberapa ayat sahaja, jaga hafalan tersebut, jadikan ianya sebagai zikir dan bacalah ia setiap kali selesai solat.. Kemudian bacalah tafsirnya agar engkau mudah memahami dan menghafal Al Quran sebagaimana apa yang diperkatakan oleh para sahabat..


Keenam : Pilihlah waktu yang tepat untuk menghafal, di antaranya setelah solat Subuh hingga datangnya waktu untuk bekerja atau belajar..


Ketujuh : Hendaklah hafalan itu dilakukan dengan bersandarkan pada satu jenis mushhaf dan tidak diganti-ganti dengan mushhaf yang lain.. Hal ini untuk memudahkan dalam menginga dan fikiran kita dengan mudah dapat mengingati apa yang dilihat oleh mata..


Kelapan : Mendengar bacaan Al Quran melalui pita suara dengan mengulang-ulangkan ayat yang sedang dihafal, khususnya bacaan qari’ yang bersuara bagus..


Kesembilan : memahami makna ayat yang sedang dihafalkan, sebab mengetahui makna ayat akan memudahkan hafalan. Ini dapat dilakukan melalui buku-buku tafsir, sekaligus berusaha memahami kata-kata yang pelik..


Kesepuluh : Menggunakan ayat yang telah dihafal untuk bacaan dalam solat..


Kesebelas : Mengulangi bacaan hafalan dengan memperdengarkan pada teman atau isteri untuk menguji kemampuan hafalan anda.. Sebab menghafal seorang diri belum dapat memastikan kualiti hafalannya..


Semoga Allah s.w.t memberikan kemudahan bagi saya dan bagi kalian dalam menghafal Al Quran, agar kiea mencapai darjat yang tinggi di hari pertemuan dengan Allah s.w.t..

Sekian, terima Kasih..

Al Faqir Ila Allah..


Kitab Sejenak Menikmati Hidangan Al Quran..

Dr. 'Aid Abdullah Al Qarni..

Note : Sedikit perubahan stuktur ayat dari penulis..

Sunday, February 1, 2009

*Cinta Fatimah Az Zahra’ (Siri 1)


Fatimah Az Zahra' tauladan sepanjang zaman.. Agungnya Kasih pada Muhammad s.a.w


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Kisah Cinta kepada Sang Maha Kasih..

Fatimah Az Zahra’ adalah puteri terkasih Rasulullah s.a.w.. Lahirnya beberapa saat sebelum Rasulullah s.a.w diangkat menjadi pesuruh Allah.. Garis takdir Fatimah telah digariskan hidup dan dibesarkan di dalam naungan Madrasah Nubuwwah.. Fatimah lahir dan membesar seiring dengan kebesaran dakwah dan membesar seiring penyebaran Islam.. Fatimah diasuh oleh lelaki paling sempurna dan wanita sempurna.. Fatimah menjadi saksi hidup perjuangan ayahnya dalam menyiarkan agama Islam.. Fatimah melihat, mendengar, merasakan setiap derap langkah dakwah ayahnya..


Semua penistaan terhadap Rasulullah s.a.w disaksikan Fatimah dengan mata kasarnya, Fatimah merasakan kepedihan yang dialami ayahnya, dan amat menyesali kaumnya yang melakukan keburukan pada ayahnya.. Dia berusaha membantu ayahnya dengan memperbodohkan logik fikir mereka yang tidak mahu menerima seruan ayahnya, serta berkata putera puteri para musyrik yang tidak menerima seruan dakwah ayahnya dengan mengatakan bapa-bapa mereka sesat dan menyesatkan.. Fatimah mengejek-ngejak berhala yang menjadi sembahan mereka..


Tekanan yang dialami Rasulullah s.a.w bukan sahaja secara mental.. Tetapi, Para kafir Quraisy menghalang kehidupan Rasulullah s.a.w dan Ummah Islam.. Kehidupan Fatimah menjadi terasing serta dia merasakan kepahitan dan kegetiran hidup yang menerpa diri ayahnya dan Ummah Islam.. Fatimah merasakan tekanan itu secara peribadi, baik melalui perkataan mahupun perbuatan.. Fatimah melihat, merasakan dan menyentuh semua kegetiran tentangan Kaum Qurasiy terhadap perjuangan sang ayah dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t..


Semua duka nestapa perjuangan Rasulullah s.a.w begitu terpateri di kalbu dan benak Fatimah, mengalir dalam memori rasa dan ingatannya.. Fatimah juga ikut menyingkirkan noda kotoran perjuangan yang menyakitkan ayahnya, terkadang melalui kedua tangannya atau dengan linangan air matanya..


Sebuah riwayat menceritakan : Suatu ketika Solatnya Rasulullah s.a.w di Kaabah.. Sebahagian musyrik duduk-duduk di samping tempat solat Rasulullah s.a.w.. Salah seorang daripada kafir Quraisy mendatangi Baginda s.a.w dan dengan bongkaknya melempar dengan kotoran unta.. Rasulullah s.a.w tetap teguh melaksanakan ibadahnya, hingga dapat Fatimah lalu menyinkirkan kotoran itu daripada Rasulullah s.a.w.. Dalam riwayat yang lain, pernah suatu hari Ummu Jamil isteri Abu Lahab melempar kotoran-kotoran dan najis di depan rumah Baginda s.a.w.. Fatimah membantu Rasulullah s.a.w menyingkirkan kotoran –kotoran itu dengan tenang dan sabar..


Fatimah berusaha membersihkan kotoran-kotoran yang dilemparka Ummu Jamil sehingga bersih semula.. Di lain harinya, Ummu Jamil si kafr jahat itu bersua dengan Rasulullah s.a.w lalu melemparkan tanah keras ke kepala Rasulullah s.a.w, Baginda s.a.w tidak membalasnya, Baginda s.a.w pulang ke rumah dengan kepala yang berdarah.. Melihat sang ayah pulang dengan pendarahan di kepala, Fatimah tidak tahan daripada mengalir air matanya, dia segera membersihkan darah yang bercampur darah di kepala ayahnya sambil menangis kepiluan yang teramat dalam..


Ayah mana yang tidak merasa hiba melihat mengalir air mata anak tercinta lantaran kehibaan.. Maka, tatkala Rasulullah s.a.w melihat linangan air mata puterinya di pipi, baginda s.a.w mendakap sang puteri dan menasihatinya untuk tabah dan menghiburkannya dengan untaian kata-kata yang menyejukkan hati sang puteri.. “Janganlah menangis wahai puteriku.. Kerana Allah s.w.t melindungi ayahmu..”


Pergolakkan dakwah terus berlangsung sehinggakan Rasulullah s.a.w dan Ummah Islam terpaksa meninggalkan Mekah untuk berhijrah ke Madinah tanpa sebarang kepentingan dunia.. Fatimah Az zahra’ juga termasuk di dalam golongan Muhajirin yang beriman kepada Allah s.w.t yang melunaskan perintah Hijrah yang diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w..


Bersambung..

Kitab Kisah Cinta Dalam Al Quran..
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Misbah Em Majady..

Wednesday, January 28, 2009

*Wajib Berjihad Ke Atas Semua Muslim..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Jihad dan Setiap Muslim..


Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah menurunkan ujian kepada semua Ummah Islam untuk mengambalikan tautan Hati kepadaNya iaitu Takwa.. Terutamanya Ummah Islam Palestin yang hari ini terus menerus dirobek kedaulatan mereka hanya kerana ingin menegakkan kalimat tauhid di atas muka bumi ini..


Selawat dan Salam ke atas Saidina Musthafa Muhammad Ibni Abdullah s.a.w kerana Baginda s.a.w telah menjadi contoh ikutan kepada semua Mujadideen Hamas Palestin yang terus menerus memberi Inspirasi ke dalam benak hati semua Mujahid dan Mujahidah Palestin..


Muslimin dan Muslimat yang dikasihi..


Wajib ke atas kita untuk berjihad menentang kezaliman Yahudi Laknatullah mengikut kemampuan yang ada pada diri kita.. Lihatlah, bermula zaman kejatuhan Khalifah Uthmaniah sehinggalah hari ini.. Ummah Islam terus menerus menderita dan sentiasa disirami air mata darah.. Anak-anak yang tidak mengerti erti kehidupan telah dibunuh dengan sekejamnya.. Wanita kaum yang lemah terus menerus dihimpit dan diseksa..

Wahai saudaraku.. Nabi Muhammad s.a.w menerangkan sekiranya melihat kezaliman, kemungkaran dan kemaksiatan berlaku.. Wajib ke atas kita mencegahnya dengan apa yang termampu.. Sekiranya kemampuan pengusaan dimiliki oleh kita seperti pemerintah Negara.. Wajib ke atas mereka untuk membantu, menentang dan menyelamat Ummah Islam Palestin.. Memutuskan hubungan diplomatik dan memboikot semua import eksport ke atas negara atau sesuah organisasi yang melakukan kemungkaran dengan nyata serta menghulurkan bantuan kepada Ummah Islam yang tertindas.. Manakala sebagai rakyat, kuasa ekonomi sebagai pengguna ada pada kita.. Maka, wajib untuk memboikot semua hasil atau perniagaan yang mempunyai hubungan dengan Yahudi kerana kesannya kita mampu melumpuhkan ekonomi Yahudi dan Amarika.. Kerana hari ini ramai Ummah Islam menjadi pengguna tegar kepada barangan Yahudi seperti McDonald dan Nestle.. Zalim ke atas Ummah Islam sekiranya terus menerus membeli dan meningkatkan ekonomi Yahudi sekiranya mempunyai pilihan untuk menggunakan barangan Ummah Islam..


Jika kita tidak mampu.. Maka, gunalah lisan untuk menyebarkan kepentingan memulaukan semua barangan dan ideologi Yahudi dan sekutunya Amarika Syarikat.. Hebahkan kemugnkaran Yahudi terhadap Ummah Islam.. Yahudi ini merupakan Bangsa yang dikutuk oleh Allah s.w.t.. Bangsa yang dilaknat oleh Allah s.w.t.. Oleh kerana itu, sewajibnya kita tidak mengikuti telunjuk dan kemahuan Yahudi.. Kerana mereka akan memperkudakan Ummah Islam semuanya.. Sekiranya dengan lisan ini tidak mampu juga.. Maka, tekatlah di dalam hati untuk membenci segala kekejaman yang telah dilakukan oleh Yahudi Laknatullah.. Sekurangnya, bibir kita sentiasa dibasahi dengan alunan doa munajat meminta pertolongan Allah s.w.t dan ini merupakan selemah-lemah Iman.. Namun, apa yang penting ini semua memerlukan semangat Jihad kepada Allah s.w.t.. Jihad merupakan terbiyah yang dapat menggerakkan semua Ummah Islam untuk melaksanakan semua ini mengikut taraf kekuatan diri yang ada..



Muslimin dan Muslimat,


Berjihad merupakan suatu ketetapan fardhu yang diwajibkan ke atas semua Muslim seperti puasa dan solat.. Wajib beramal dengannya berterusan sehingga Hari Qiamat.. Kewajiban ini jatuh kepada semua Ummah Islam.. Namun, ianya bergantung pada kondisi seseorang Muslim itu..



Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 216..



" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."



Sabda Rasulallah s.a.w "(Kewajiban) Jihad itu berterusan sehingga Hari Qiamat.."



Jihad juga dapat dilakukan dengan usaha mengumpulkan kekuatan yang ada samada berbentuk madaniyyah (kebendaan) atau maknawiah, dan menyusunnya untuk memerangi musuh dengan segala cara yang bersesuaian dengan fitrah manusia tanpa merobek kemuliaan manusia dan disertai oleh seluruh Ummah Muhammad s.a.w..



Firman Allah s.w.t di dalam Surah At Taubah ayat 36..


"dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa."

Muslimin dan Muslimat,

Sebagai akhirnya, marilah sama-sama kita memupuk semangat jihad di dalam dada kita.. Marilah sama-sama kita tekad di hati untuk mengembalikan daulah Islamiah yang sudah terkebur.. Semoga kita dirahmati..

Sekian, terima kasih..
Al Faqir Ila Allah..

*Kewajiban Berjihad..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Jihad dan Setiap Muslim..

Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah menurunkan ujian kepada semua Ummah Islam untuk mengambalikan tautan Hati kepadaNya iaitu Takwa.. Terutamanya Ummah Islam Palestin yang hari ini terus menerus dirobek kedaulatan mereka hanya kerana ingin menegakkan kalimat tauhid di atas muka bumi ini..

Selawat dan Salam ke atas Saidina Musthafa Muhammad Ibni Abdullah s.a.w kerana qudwah Baginda s.a.w terus menerus menjadi contoh ikutan kepada semua Mujadideen Hamas Palestin yang terus menerus memberi Inspirasi ke dalam benak hati semua Mujahid dan Mujahidah Palestin..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi..

Wajib ke atas kita untuk berjihad menentang kezaliman Yahudi Laknatullah mengikut kemampuan yang ada pada diri kita.. Kezaliman Yahudi terhadap telah lama wujud bermula zaman kejatuhan Khalifah Uthmaniah sehinggalah hari ini.. Serangan Yahudi bermula 27 Disember lalu bukanlah suatu perkara baru kepada dunia Islam..

Semenjak penubuhan negara haram Israel.. Ummah Islam Palestin terus menerus menderita dan sentiasa disirami air mata darah.. Anak-anak yang tidak mengerti erti kehidupan telah dibunuh dengan sekejamnya.. Wanita kaum yang lemah terus menerus dihimpit dan diseksa..

Muslimin dan Muslimat,

Nabi Muhammad s.a.w menerangkan kepada Ummahnya sekiranya melihat kezaliman, kemungkaran dan kemaksiatan berlaku..
Wajib ke atas kita mencegahnya dengan apa yang termampu.. Mengikut apa yang kekuatan yang dimiliki..

Sekiranya kemampuan pengusaan dimiliki oleh kita seperti pemerintah Negara.. Wajib ke atas mereka untuk membantu, menentang dan menyelamat Ummah Islam Palestin.. Memutuskan hubungan diplomatik dan memboikot semua import eksport ke atas negara atau sesuah organisasi yang melakukan kemungkaran dengan nyata serta menghulurkan bantuan kepada Ummah Islam yang tertindas..

Manakala sebagai rakyat, kuasa ekonomi sebagai pengguna ada pada kita.. Maka, wajib untuk memboikot semua hasil atau perniagaan yang mempunyai hubungan dengan Yahudi kerana kesannya kita mampu melumpuhkan ekonomi Yahudi dan Amarika.. Kerana hari ini ramai Ummah Islam menjadi pengguna tegar kepada barangan Yahudi seperti McDonald dan Nestle.. Zalim ke atas Ummah Islam sekiranya terus menerus membeli dan meningkatkan ekonomi Yahudi sekiranya mempunyai pilihan untuk menggunakan barangan Ummah Islam..

Jika kita tidak mampu.. Maka, gunalah lisan untuk menyebarkan kepentingan memulaukan semua barangan dan ideologi Yahudi dan sekutunya Amarika Syarikat.. Hebahkan kemugnkaran Yahudi terhadap Ummah Islam.. Yahudi ini merupakan Bangsa yang dikutuk oleh Allah s.w.t.. Bangsa yang dilaknat oleh Allah s.w.t.. Oleh kerana itu, sewajibnya kita tidak mengikuti telunjuk dan kemahuan Yahudi.. Kerana mereka akan memperkudakan Ummah Islam semuanya..

Sekiranya dengan lisan ini tidak mampu juga.. Maka, tekatlah di dalam hati untuk membenci segala kekejaman yang telah dilakukan oleh Yahudi Laknatullah.. Sekurangnya, bibir kita sentiasa dibasahi dengan alunan doa munajat meminta pertolongan Allah s.w.t dan ini merupakan selemah-lemah Iman.. Namun, apa yang penting ini semua memerlukan semangat Jihad kepada Allah s.w.t.. Jihad merupakan terbiyah yang dapat menggerakkan semua Ummah Islam untuk melaksanakan semua ini mengikut taraf kekuatan diri yang ada..

Muslimin dan Muslimat,
Berjihad merupakan suatu ketetapan fardhu yang diwajibkan ke atas semua Muslim seperti puasa dan solat.. Wajib beramal dengannya berterusan sehingga Hari Qiamat.. Kewajiban ini jatuh kepada semua Ummah Islam.. Namun, ianya bergantung pada kondisi seseorang Muslim itu..

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 216..


" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."


Sabda Rasulallah s.a.w "(Kewajiban) Jihad itu berterusan sehingga Hari Qiamat.."


Jihad juga dapat dilakukan dengan usaha mengumpulkan kekuatan yang ada samada berbentuk madaniyyah (kebendaan) atau maknawiah, dan menyusunnya untuk memerangi musuh dengan segala cara yang bersesuaian dengan fitrah manusia tanpa merobek kemuliaan manusia dan disertai oleh seluruh Ummah Muhammad s.a.w..


Firman Allah s.w.t di dalam Surah At Taubah ayat 36..


"dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa."

Muslimin dan Muslimat,

Sebagai akhirnya, marilah sama-sama kita memupuk semangat jihad di dalam dada kita.. Marilah sama-sama kita tekad di hati untuk mengembalikan daulah Islamiah yang sudah terkebur.. Semoga kita dirahmati..

Sekian, terima kasih..
Al Faqir Ila Allah..



Wednesday, January 21, 2009

*Akidah Muslimin..




Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Soalan dan Jawapan Akidah Islamiah..

>Apakah dimaksudkan dengan Fardhu ‘Ain daripada Ilmu agama?.

Setiap Mukallaf wajib mengatahui kadar seharusnya diketahui dari perkara aqidah, bersuci, solat, puasa, zakat bagi yang wajib mengeluarkannya dan haji bagi yang berkemampuan.. Begitu juga, semestinya dia mengatahui tentang maksiat-maksiat yang dilakukan oleh hati, tangan, mata dan selainnya..

Firman Allah s.w.t Surah Al Zumar ayat 9 “Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"

Sabda Rasulallah s.a.w menerusi hadith riwayat al Baihaqi “Menuntut ilmu itu adalah satu kefardhuan bagi setiap Muslim”
..

>Apakah Hikmah di sebalik kejadian jin dan manusia?..

Hikmahnya supaya Allah s.w.t memerintah mereka menyembahNya..

Firman Allah s.w.t Surah Al Zaariyaat ayat 56.. “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu”..

Sabda Rasulallah s.a.w riwayat Bukhari dan Muslim “Hak Allah s.w.t wajib ditunaikan oleh para hambanya ialah menyembahNya dan tidak menyengutukanNya dengan sesuatu”..




>Bagaimanakah caranya supaya ibadah diterima?..

Ibadah kepada Allah s.w.t diterima bagi mereka yang beri’tiqad bahawa Allah s.w.t itu wujud, tidak menyerupakanNya dengan sesuatu dari kalangan makhlukNya..

Firman Allah s.w.t Surah Al Syuura ayat 11 “Tiada sesuatupun yang sebanding dengan(ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya)..

Rasulallah s.a.w menjelaskan “Tidak boleh memikirkan tentang Zat Tuhan..” riwayat Abu al Qasim al Ansori..


Al Ghazali r.a berkata “ TIada sah sesuatu ibadah melainkan setelah mengenali Tuhan yang disembah”..

>Kenapakah Allah s.w.t mengutuskan para Rasul?..

Allah s.w.t mengutuskan para Rasul untuk mengajar dan mendidik manusia tentang kemaslahatan agama dan dunia mereka.. Begitu juga untuk menyeru manusia unyuk menyembah Allah s.w.t dan tidak menyekutukanNYa dengan sesuatu..

Firman Allah s.w.t Surah Al Baqarah ayat 213 “maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata,”

Rasulallah s.a.w bersabda “Yang paling afdhal diucapkan olehku dan Nabi-nabi sebelumku ialah Tiada Tuhan Melainkan Allah s.w.t”.. Diriwayatkan oleh al Bukhari r.a..

Bersambung...


Pimpinan Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki r.a..
Ahli Jawatankuasa Mufti Kerajaan Negeri Sembilan..
Diperakui oleh Fakulti Usuluddin Universiti Al Azhar, Mesir..

Dengan Nama Allah s.w.t..