Thursday, September 30, 2010

*Ad-deen VS Agama

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w.


Hari ini, kejahilan masyarakat dalam memahami Islam sebagai ad deen ataupun dibsebut sebagai Islam sebagai cara hidup semakin menular dengan melampau dalam pemikiran manusia.. Hatta, Ummat Islam itu sendiri dibelenggu dengan pemikiran kolot yang disuntik oleh para kuffar yang memandang Islam sekadar solat, puasa, zakat, haji, membina masjid dan sekitar kepada urusan kematian serta perkahwinan..

Islam telah dipandang sekadar agama spritual sahaja dan tidak boleh disatukan dengan urusan kehidupan dunia seumpama pengusan pentadbiran, politik, ekonomi dan undang-undang. Rata –rata ummat Islam hari ini tidak memahami ataupun jahil kerana tidak faham bahawasanya Islam itu sebenarnya merupakan methodology yang diwahyukan untuk mengurus segala keperluan manusia..

Firman Allah s.w.t di dalam Suraj ‘Ali Imran “Sesungguhnya Ad deen (cara hidup) yang di terima di sisi Allah ialah Islam”.. Ayat ini menjelaskan bahawa hanya Islam yang diterima oleh Allah s.w.t untuk dijadikan sebagai manhaj ataupun kaedah untuk manusia mengatur kehidupan di dalam mentadbir alam baik darisegi pengurusan peribadi, masyarakat mahupun kenegaraan..



Rempit ke Masjid!!!! JOM !!! JOM!!! JOM!!! Dapat pahala!!!

Hari ini ramai Ummat Islam yang mengambil idealogi-idealogi yang diciptakan oleh manusia untuk dijadikan panduan dalam mengurus kehidupan dan mengetepikan Islam untuk dijadikan sebagai pedoman.. Sebagai contoh, di dalam pentadbiran negara ataupun politik ramai ummat Islam yang mengambil idealogi Nasionalisme dan meninggalkan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w..

Apabila Nasionalisme diangkat sebagai pedoman dalam mengatur urusan pentadbiran.. Natijahnya, Isu-isu Ummat Islam tidak lagi menjadi suatu perkara yang besar dan ianya dianggap sebagai Isu perkauman dan bangsa.. Cuba kita melihat Isu Palestin yang dicerobohi oleh yahudi laknatullah.. Isu ini dianggap sebagai isu bangsa Palestin.. Hal ini menjadikan Mesir dan Negara – Negara Islam lain hanya berpeluk tubuh daripada mengatasi masalah ini dengan alasan bangsa dan perkauman.. Adapun pemimpin Negara yang ke hadapan hanya sekadar jeritan kanak-kanak bergaduh sesame mereka..

Sedangkan Palastin merupakan tempat di mana warisan an biyya’ terlalu banyak di situ.. Merupakan bumi yang penuh bersejarah bagi Ummah Islam.. Kota yang dibuka oleh Saidina Umar Al Khattab r.a dan Al Imam Salahuddin Al Ayyubi.. Tetapi, apabila nasionalisme telah menguasai manusia menyebabkan Ummat Islam hanya dipandang lekeh dan hina..

Ini sekadar satu contoh apabila Ummat Islam itu sendiri gagal untuk memahami bahawasanya Ad deen yang disebut oleh Allah s.w.t itu sebenarnya mengandungi jawapan kepada kesatuan Ummat Islam.. Sayangnya ramai diantara kita tidak memandang Islam mampu untuk menyatukan Ummah dan lebih menandang tinggi idealogi nasionalisme mampu untuk mentadbir alam..



Berkhemah juga merupakan ibadah di dalam Islam


Kejahilan Ummat Islam memandang bahawa Islam itu sebagai manhaj ataupun kaedah untuk mentadbir alam menjadikan senario hari ini seperti kes penzinaan (rogol,liwat dan sebagainya) buang bayi, bunuh, rasuah dan selainnya berleluasa dengan banyaknya.. Terbaru kes pembunuhan jutawan kosmetik sosilawati.. Semua kegiatan negetif ini berleluasa kerana manusia tidak mahu kembali kepada Al Quran dan As Sunnah dalam menyelesaikan masalah manusia..

Satu lagi contoh yang melihatkan tindakan manusia yang masih lagi menggunakan aqal mengatasi peranan wahyu iaitu kewujudan sekolah untuk pelajar perempuan yang hamil.. Inisiatif yang diambil untuk mengatasi masalah mengandung di luar nikah.. namun, sejauh maha ianya dapat mengatasi masalah pembuangan bayi dan pemulihan akhlak..

Apakah ini merupakan penyelesaian yang dianjurkan oleh Allah s.w.t melalui Rasulallah s.a.w?.. Islam sebenarnya telah mengajar kaedah terbaik untuk mengelak zina yang disebabkannya lahir anak luar nikah dan seumpamanya.. Allah s.w.t sendiri mewajibkan ummat Islam jangan mendekati zina.. Malah, pensyariatan penutupan aurat oleh perempuan dan lelaki sebenarnya diajar untuk mengelakkan perbuatan zina..

Pengabaian terhadap penjagaan auratlah sebenarnya masalah yang diajar oleh Islam perlu dipelihara untuk mengelakkan masalah pembuangan bayi, pelajar perempuan hamil, rogol dan seumpamanya.. Islam telah menggariskan jawapan kepada segala masalah yang berlaku kepada manusia.. Tetapi, kerana kejahilan manusia tidak memandang Islam sebagai ad deen menjadikan Islam diabaikan.



Matan Presiden PMIUSMKKj contoh Pimpinan Pelajar Islam

Allah s.w.t yang menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini.. Tidak logik Allah s.w.t tidak membekalkan panduan kepada manusia untuk mengatur alam.. Sekiranya seorang jurutera mencipta sebuah kereta.. Pasti dia akan mewujudkan buku panduan untuk menggunakan sebuah kereta.. Sekiranya kita tidak menggunakan buku panduan itu untuk menggunakan kereta.. Sudah pasti kereta itu akan rosak dan punah kerana tidak mengikut system yang telah ditetapkan oleh jurutera yang mencipta kereta..

Itulah perumpaan yang boleh dibuat.. Allah s.w.t yang mencipta manusia.. Maka, sebagai Pencipta pasti Dia akan bekalkan buku panduan untuk menggunakan manusia.. Al quran diturunkan kepada Rasulallah s.a.w merupakan buku panduan menguruskan manusia.. Jadi, tidak wajar Al Quran dan As Sunnah itu tidak mampu untuk mengatasi masalah manusia..

Sebagai akhirnya, di ruangan yang terbatas.. Saya ingin menegaskan bahawa Islam itu merupakan ad deen yakni cara hidup.. Islam bukan agama seperti yahudi, kristian dan selainnya.. Yang memandang agama hanya spitual sahaja.. Islam mengajar manusia daripada sekecil-kecil perkara sehingga mentadbir Alam.. Ingatlah peringatan Allah s.w.t di dalam Surah ‘Ali Imran ayat 85 “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Thursday, September 2, 2010

*Ketika cinta kian pudar

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w.


Bagaimanakah ramadhan untukku di tahun ini? Apakah bermakna?

Pertengahan fasa ketiga

Alhamdulillah.. Akhirnya kita diizinkan Allah s.w.t memasuki pertengahan fasa yang ketiga di madrasah ramadhan.. Sebagai Umat Muhammad s.a.w wajib kita menjadikan saat genting ini untuk menggunakan saki baki ramadhan untuk mencapai “outcame based education” (OBE) iaitu ketakwaan..

Di dalam proses mencapai “Key performance index” (KPI) yang perlu diraih oleh setiap manusia yang beriman yakni takwa.. Allah s.w.t melalui Rasulallah s.a.w telah memberikan bantuan talian hayat yang dapat membantu manusia..

Tiga talian hayat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada semua hambaNya.. Pertamanya, di sepuluh malm yang pertama dengan rahmat Allah s.w.t yang dapat membantu manusia beribadah.. Keduanya, keampunan ke atas setiap dosa noda yang telah dilakukan terdahulu dan akhirnya disediakan jaminan pelepasan api neraka..

Kini, dengan keizinan Allah s.w.t.. Kita diberikan subsidi nyawa untuk hidup di fasa ketiga yang amat didamba oleh setiap orang beriman yani pelepasan azab neraka.. Di dalam memenuhi ruangan masa di sepuluh malam terakhir yang malamnya tersembunyi satu malam yang disebut lailatu qadar.. Elok kiranya kita melihat sirah nubuwwah yang tersimpan penuh hikmat..



Ya Allah jauhkan aku daripada azab nerakaMu!!!

Antara contoh tauladan yang boleh diambil daripada sirah Rasulallah s.a.w ialah ketika mana Rasullah s.a.w bertemu dengan malam lailatul qadar.. Pada malam tersebut, rasulallah s.a.w bertahajjud pada malam lailatul qadar dan membaca ayat al quran dengan bacan yang tartil..

Rasulallah s.a.w tidak akan membaca ayat yang menyebutkan tentang rahmat melainkan berhenti seketika untuk memohon rahmat Allah s.w.t.. Rasulallah s.a.w juga tidak akan terus membaca ayat yang membicarakan tentang azab tanpa memberhentikan seketika bacaannya untuk memohon pelepasan daripada Allah s.w.t..

Terhimpun di dalam solat Rasulallah s.a.w dengan bacaan al quran, doa dan tafakkur.. Inilah semulia dan afdhal amalan serta sempurna yang wajib dilakukan pada malam sepuluh akhir Ramadhan.. Inilah antara contoh yang perlu dijadikan inspirasi kepada orang beriman untuk beribadah kepada Allah s.w.t..

Golongan salafus soleh juga memberikan tauladan yang baik kepada umat islam untuk mencontohi kesungguhan mereka menghidupkan malam sepanjang bulan Ramadhan khususnya di sepulu malam terakhir..

Al Imam sufyan al thauri r.a pernah berkata “Berdoa pada malam lailatul qadar lebih saya sukai daripada solat.. Maksudnya, banyak berdoa lebih afdhal daripada mengerjakan solat yang tidak mengandungi doa yang banyak,, Tetapi sekiranya dihimpun solat dan berdoa sekali, adalah lebih baik”..




Terimalah aku sebagai hambaMU Ya Allah!!!

Maka, sebagai manusia awam yang penuh dengan kelemahan dan dosa noda yang terpalit di jiwa.. Wajib kepada kita untuk mendirikan malam di waktu terakhir madrasah ramadhan ini untuk mencontohi Rasulallah s.a.w .. Sedarilah, kita penuh dengan dosa dan noda.. Banyak kemungkaran dan kekejian yang dilakukan oleh kita..

Maksiat hari ini berleluasa di mana sahaja.. Manusia semakin hilang malunya sehingga sanggup melakukan dosa noda tanpa rasa bersalah kepada Allah s.w.t.. Wanita yang mengakui beriman, ramai yang mendedahkan auratnya.. Adapun yang tertutup, bentuk lekuk tubuhnya terpamer murah untuk menjadi tatapan kaum lelaki..

Di zaman fitnah ini , tidak boleh lari kita daripada melakukan dosa.. Maka, ramadhan menyediakan peluang untuk kita menghadapi fitnah yang berlaku di zaman ini.. Penekanan juga diberikan kepada mereka yang mengaku berjuang dijalan Allah s.w.t..

Ramadhan merupakan pentas untuk para pejuang meningkatkan keimanan dan ketakwaan untuk menghadapi cabaran dakwah yang penuh dengan onak duri.. Tarbiyyah rohani perlu kuat pada diri para pejuang kerana golongan ini akan diuji dengan penuh gentingnya.. Hanya mereka yang bersedia akan terus istiqamah berjuang dan tidak future.. Inilah kunci kejayaan Rasulallah s.a.w dalam proses penyebaran islam itu sendiri..

Sebagai akhirnya, di dalam sebuah hadith , daripada Abu Hurairah r.a “ Sesiapa yang bangun (menghidupkannya dengan melakukan solat tahajjud dan amalan-amalan lain) pada malam lailatul qadr dengan penuh keimanan dan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah s.w.t , nescaya diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”..


http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Dengan Nama Allah s.w.t..