Tuesday, May 26, 2009

*Pemuda dan Tamadun (Siri 2)


Hai!! Bagaimana diri ini ingin menggerakkan organisasi ini?..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Peranan Pemuda dalam mengmbalikan ketamadunan Islam..


Telah kita semua ketahui. Bahawasanya, barisan pemuda memainkan peranan yang paling dominan ketika Proses Pertamadunan Islam bermula.. Telah kita ketahui juga, bagaimana golongan pemuda Al Khafi memainkan peranan dalam usaha memulihkan sistem-sistem pemerintahan yang rosak dan punah ketika zaman ketamadunan meraka selepas dibangkitkan dari tidur.. Begitu juga sejarah yang berlaku kepada gerakan Islamiyyah di Tanah Melayu.. Pemudalah yang menjadi perintis harakah Islamiyyah.. Memacu perubahan pengislahan kepada sistem Islam seperti mana yang dicanangkan oleh Dr Baharuddin Al Helmi..

Lantaran itu, sebagai golongan pemuda.. Tiga pencirian karektor utama yang perlu diadaptasikan pada tiap jiwa pemuda yakni wara', prakmatis dan praktikal..

Pemuda perlu menjadi seorang yang wara' dengan cara menimba ilmu.. Pemuda perlu memahami sejarah perjuangan Islamiyyah ini.. Perlu menguasasi ilmu mengurus sistem kehidupan.. Samada ilmu aqidah, ilmu fiqh, ilmu tasawwuf, ilmu politik, ilmu ekonomi dan ilmu pengurusan.. Pemuda perlu mengukuhkan idealisme perjuangan dengan ilmu dan memperjuagankan Islam dengan Ilmu.. Bukan hanya bertaklid semata..

Pemuda perlu prakmatis.. Perlu menjadi perancang strategi yang hebat.. Setiap perancangan perlu mengambilkira kesannya dalam jangka masa yang panjang.. Dia perlu mengatur strategi dengan ilmu yang dimilikinya.. Dia perlu mengambil semua aspek dalam mengatur langkah perjuangannya.. Dia perlu berbincang dengan sahabat gerakannya dalam melebarkan ideologi perjuangannya..

Pemuda juga perlu prakmatis.. Setiap perkataan yang dilafazkan perlu dibuktikan dengan tindakan.. Pemuda tidak boleh hanya berkata "perkara itu salah" atau "perkara itu perlu dibetulkan" apabila melihat sesuatu kerosakan dalam sistem kehidupan masyarakat.. Tetapi, pemuda itu sendiri perlu bertindak.. Mencanang perubahan, mengatur strategi, membaiki kerosakkan sistem yang dilihatnya..

Ketiga-tiga elemen ini perlu diadunkan serentak dan diukirkan lakaran dengan gambaran perjuangan.. Harapannya hanyalah untuk melihat kelestarian perjuangan kebangkitan Daulah Islamiyyah.. Dengan dipandukan perancangan strategi-strategi yang dapat diolah berdasarkan dengan ilmu.. Ianya perlu untuk digunapakai dalam usahanya mengembalikan kegemilangan Daulah Islamiyyah di muka bumi Allah s.w.t ini..

Setiap pemuda perlu mengeksplorasi setiap kemahiran di dalam diri masing-masing.. Pemuda perlu tahu akan kekuatan yang ada pada jiwanya.. Pemuda perlu tahu kemahiran yang ada pada dirinya.. Setiap pemuda pasti akan mempunyai kelebihan dan keistimewaan  yang tersemat pada tiap jiwa.. Maka dengan kita mengatahui tahap kekuatan diri.. Perlu kita aturkan dan rencanakan.. Dimanakah posisi yang adil serta tepat di dalam harakah Islamiyyah perlu kita hamparkan diri untuk menyambung rantaian perjuagan Harakah Islamiyyah ini..

Selain itu juga, setiap pemuda.. Perlu menjernihkan pegangan aqidah.. Perlu memperteguhkan dan memperkukuhkan Aqidah Islamiyyah.. Kerana ianya merupakan asas paling penting untuk mengembalikan peranan pemuda sebagai pendokong harakah Islamiyyah.. Hanya dengan keyakinan dan kefahaman yang tinggi akan dapat menterjemahkan amal yang berkualiti untuk mengembalikan cahaya kegemilangan Daulah Islamiyyah.. Dia tahu jatuh bangunnya, kalah menangnya, suka dukanya dan sedih gembiranya dalam perjuangan adalah takdir ketentuan Allah s.w.t.. Dia tahu firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 286 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Pemuda yang teguh aqidahnya juga akan berdoa dengan doa di dalam Firman yang seterusnya di dalam ayat 286 surah Al Baqarah.. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Sekian, terima kasih..

Al Faqir Ila Allah..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com

Saturday, May 16, 2009

*Pemuda dan Tamadun

Pemuda perlu memenuhi ilmu di dada

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Pemuda dan Perubahan Ketamadunan..


Revolusi kebangkitan sesebuah ketamadunan itu sebenarnya bermula daripada kekuatan pemudanya.. Barisan pemuda merupakan aset yang amat penting dan ajaib dalam mengubah sesuatu dasar di dalam sesebuah ketamadunan.. Perubahan kepada keadilan dan kesaksamaan itu akan bermula daripada gerakan pemuda sesebuah tamadun itu..


Sekiranya kita melihat gerakan pemuda di zaman ketamadunan Islam Madinah Al Munawwarah.. Rasulullah s.a.w menjadi pencetus gerakan pemuda untuk melakukan perubahan suasana semasa masyarakat Arab Jahiliyyah kepada satu suasana yang baru yang lebih Adil, berkebajikan dan bersistematik..


Lihat bagaimana sistem politik, sistem ekonomi, sistem institusi kekeluargaan dan sistem sosial yang punah dan rosak dapat dipulihkan serta dikembalikan kejernihan dalam sistem kehidupan masyarakat Arab berlandaskan wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.. Semua perubahan ini bermula daripada gerakan-gerakan pemuda.. Pemuda menjadi roh perubahan dalam ketamadunan Islam itu..


Sekiranya kita melihat pula kisah pemuda Al Kahfi.. Bagaimana ketika mana mereka ditidurkan selama 100 tahun dan ada yang menyatakan seribu tahun.. Ketika itu, beberapa tamadun jatuh dan bangun kerana kezalimanan lantaran kerosakan sistem kehidupan mereka.. Bermulanya daripada ketamadunan Hammurabbi sehinggalah ketamadunan Namrud.. Namun, apabila bangkitnya pemuda ini daripada tidur.. Maka mereka keluar menyeru kaumnya dan melakukan perubahan ke arah yang lebih bersifat yang adil dan telus..
Boleh kita gambarkan hikmah dari kisah pemuda Al Kahfi.. Apabila tidurnya generasi pemuda sesuatu tamadau atau sekiranya pemuda di sesebuah tamadun itu diam membisu apabila melihat berlakunya kezaliman dan penindasan di persekitaran zamannya.. Maka akan punah dan hancurlahlah sesuatu tamadun itu.. Dapat dijelaskan bahawa pemuda itu memainkan peranan yang amat penting dalam keunggulan dan kejatuhan sesebuah tamadun itu..


Pemuda memainkan peranan yang amat besar dalam proses ketamadunan manusia.. Kreteria dan sifat-sifat dalam jiwa pemuda itu merupakan satu aset yang perlu digunakan dan perlu dijanakan untuk menggerakkan pemulihan serta membaiki kepunahan-kepunahan yang ada dalam sesebuah tamadun.. Sekiranya berlaku korupsi di dalam politik.. Pemuda perlu bangkit mencanagkan perubahan.. Sekiranya berlaku kezaliman dan penyelewengan.. Maka, permuda perlu tampil menyuarakan keadilan dan kesaksamaan..


Terdapat tiga ciri-ciri utama yang perlu ada dalam diri pemuda dalam merealisasikan mesej ini.. Pertama, pemuda perlu bersifat wara'.. Dia perlu memenuhi dirinya dengan ilmu.. Sejarah perlu diketahuinya untuk menjadi pedoman supaya sesuatu kesilapan silam tidak berlaku..Dia perlu lengkap dengan Ilmu aqidahnya, Ilmu feqahnya, Ilmu tasawwufnya, Ilmu ekonominya, Ilmu sosialnya, Ilmu Politiknya.. Kedua, pemuda perlu bersifat prakmatis.. Dia perlu menjadi seorang yang berfikiran jauh.. Setiap perancangannya dia telah menilai 10 tahun kehadapan kesannya.. Ketiga, praktikal.. Pemuda perlu menjadi mereka yang praktikal.. Dengan kata lain, setiap yang strategi yang dirancang dan dikatakan pada hari ini.. Praktikalnya akan bermula keesokannya..


Sekian, terima kasih..


Al Faqir Ila Allah..
http://pena-zulfirdaus.blogspot.com


Sunday, May 3, 2009

*Nikmat Sihat dan Lapang..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Segala puji bagi Allah s.w.t, Dialah yang telah mengaturkan kehidupan manusia keseluruhannya.. Tiada suatupun perkara yang terlepas daripada pentadbiranNya.. Allah s.w.t meletakkan ujian kepada hambanya dalam setiap perkara yang hadir dalam kehidupan hambaNya.. Dititipkan kesempitan waktu pada sebahagian hambaNya dan dihamparkan kesenangan waktu pada sebahagian yang lain.. Tujuannya hanyalah satu untuk menilai hamba manakah yang paling bertakwa dan paling hampir disisi Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Hujuraat ayat 13 “Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu."

Allah s.w.t merencanakan Sirah Kehidupan seorang insan yang cukup lengkap sempurna yakni Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w.. Perjalanan hidup baginda s.a.w amat lengkap dan tersusun samada ketika mana beratnya tugasan yang sedang dipikul baginda s.a.w mahupun ketika mana lapangnya masa baginda s.a.w.. Kerana itulah Rasulullah s.a.w pernah berpesan nikmat yang sering dilupakan oleh Ummatnya ialah nikmat kelapangan masa dan nikmat kesihatan..

Ketika mana manusia itu berada dalam keadaan sihat.. Ramai sekali yang lupa.. Kelak, akan tiba suatu waktu di mana nikmat kesakitan pula akan hadir ke dalam dirinya.. Ramai yang tidak mahu mengekspolasi nikmat sihatnya untuk menghamparkan diri beribadah kepada Allah s.w.t.. Sedangkan ketika inilah, Seluruh fizikalnya telah tersedia untuknya melakukan pecutan untuk meningkatkan ibadah kepada Allah s.w.t..

Begitu jugalah nikmat kelapangan masa yang diberikan oleh Allah s.w.t .. Ketika inilah ramai yang lupa akan kesempitan yang pernah dilaluinya.. Ramai yang melakukan pembaziran waktu ketika lapangnya dirinya dengan perkara-perkara yang lagha dan maksiat..

Sewajibnya, ketika mana hadirnya kelapangan waktu dan kesihatan tubuh fizikal.. Seorang mukmin itu perlu menggunakan kedua nikmat ini untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Hampirnya diri seseorang itu kepada Allah s.w.t hanyalah dengan pengatahuan atau makfirat kepada penciptanya.. Sewajibnya kita memohon kepada Allah s.w.t supaya diberikan kefahaman dalam Ad Din dan menggunakan nikmat yang ada untuk menambah ilmu pengatahuan dalam Ad Din Islam ini..

Sebagai akhirnya, peringatan ini sebenarnya merupakan perkara yang diperlukan oleh penulis sendiri.. Hanya kerana ikatan ukhuwwah islamiyyah.. Penulis merasakan ialanya perlu dikongsi bersama.. Namun, mungkin banyak kelemahan yang terungkai disini.. Maka, bersamalah kita mengekspolasi diri untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t dengan menggunakan dua nikmat yang sering dilupakan Manusia..

Sekian, Terima Kasih..

Al Faqir Ila Allah..

Dengan Nama Allah s.w.t..